Alhamdulillah, ramadhan yang kita semua tunggu dah pun berakhir. Sekejap je masa berlalu..  A ku bersyukur sangat sebab Allah masih beri ...

Berakhirnya Syawal Yang Dinanti

11:46 PM Mera Hussain 2 Comments

Alhamdulillah, ramadhan yang kita semua tunggu dah pun berakhir. Sekejap je masa berlalu.. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih beri peluang dan kesempatan untuk kita bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ni.  

Hari ni dah nak berakhirnya Syawal yang ke-4. Sedihnya rasa bilamana orang lain masih seronok kat kampung bercuti aku dah mula berkerja. Waaaa!! kenot accepted!!.. 😩😩 Bila scroll facebook, scroll ig berderet semua post gambar pergi beraya laa, pergi open house laa, makan sedap-sedap. Hmm jeleesssnyaaaaaaaa... :( Takpelah, tahun ni rezeki beraya kat kampung kejap je.. Lagipun kerja aku banyak lagi tertangguh. mungkin ade hikmah disebalik kejadian. Planning Allah tu cantik. Cuma aku je yang suka mengeluh. Huhu

Raya tahun ni takde ape yang menarik sangat selain bila dapat beraya dengan family tercinta. Giteww! Yang tak seronok sebab tak dapat duit raya je. Hehehe.. Mintak maaf ye pada kawan-kawan yang lain sebab tak berkesempatan untuk ziarah ke rumah walaupun balik cuti ke kampung awal. Hopefully kita semua dipanjangkan umur supaya dapat berjumpa pada masa yang akan datang walaupun bukan bulan syawal. Kan? 

Sebelum undur diri, aku nak mohon maaf atas segala salah silap sekiranya ade buat kesilapan secara sengaja atau tidak. Semoga segala kebaikan dan amal yang kita lakukan sepanjang dalam bulan ramadhan yang lalu diterima olehNya. Diharapkan amalan ini akan berterusan terdidik dalam diri kita. Aamiin.. Salam 0-0 ye??? Hehehe


Selamat Hari Raya to all readers! :* xoxo


Jom tido.. esok kerjaaaaaaa😂

2 Comment:

Selamat hari raya.. masih beraya ke, kite dah start keje dah ni.. hihihi

yanie yusuf said...

alah cian dia.. xpe esok kan umh kaklong open house.. jangan lupa terjah umh kaklong tau hihi.. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin... Kosong-kosong ye..

yanieyusuf.com