Betul lah orang cakap "Beauty is pain". Terasa penatnya buat senaman ni. Ni la task yang aku dapat masa buat penggambaran dengan ...

Shooting Bersama RTM : Tumit Tinggi (Segmen Bersama BLOGGER)

2:26 PM Mera Hussain 4 Comments

Betul lah orang cakap "Beauty is pain".

Terasa penatnya buat senaman ni. Ni la task yang aku dapat masa buat penggambaran dengan RTM minggu lepas dalam Segmen Tumit Tinggi. Penat weyy.. Tu je aku mampu cakap!.Hahah..


Penggambaran untuk episod kali ni diadakan di Go Fit With Me yang terletak di Blok C, Jalan Atmosphere 6, The Atmosphere Business Centre, Seri Kembangan. Nak lagi senang korang waze je The Atmosphere Seri Kembangan mesti jumpa. Hehee.


Ni la dia owner Go Fit With Me.. Kak Fazilah yang mana instructor kat sini. *first impression aku nampak kakak ni, slim giler.. jeles gila tengok body dia macam anak dara.. kalah aku. Hahaha ;D
Ingat lagi Kak Fazilah cerita, dulu berat dia cecah sampai 72kg. Selepas dia amalkan cara pemakanan yang sihat dan rajin exercise dia berjaya turunkan berat badan dia sehingga 22kg. Pergh!!Terkejut aku. Kagum aku dengan semangat dia nak kurus. Berkat usaha dia end up dia dapat jugak berat badan yang ideal and badan yang fit. *aku bila tah? ;D Haha.. Nasib baik diberi peluang shooting kat studio Go Fit hari ni. Boleh laa nak kumpul tips kurus. #kumpulje. Hehehe

Dalam episod kali ni aku diberi cabaran untuk mempelajari satu teknik baru dalam senaman yang dipanggil Piloxing dan yang paling best aku kene buat teknik ni bersama dengan instructor Piloxing. Piloxing ni pun aku tak tahu mende. Haha.. So, bila dah dapat task ni aku kena laa buat research sikit untuk tahu ape benda Piloxing ni. Piloxing ni merupakan teknik senaman yang menggabungkan 3 jenis senaman iaitu Pilates, Boxing dan Dancing. So, bila digabungkan ketiga-tiga jenis senaman ni maka terhasillah nama Piloxing. Nah aku share sikit video tentang Piloxing sebelum korang meneruskan jari menscroll entry ni.

Sepanjang pengambaran di Go Fit with Me bersama Kak Fazilah dan juga Andien (master Piloxing) banyak info yang aku dapat mengenai Piloxing ni. Pada hari tu, Andien ajar aku cara buat Piloxing bersama beberapa orang ahli lain yang turut serta jugak pada hari tu. So, agak mencabar jugak la untuk aku yang baru 1st time nak buat. Sebab aku tau ni bukan teknik senaman biasa-biasa yang macam kita buat especially untuk orang yang terlalu rajin buat exercise macam aku. Ofcourse laa susah nak follow. Haha..

Masa nak buat teknik Piloxing ni, satu benda yang harus ada ialah sarung tangan yang macam aku pakai tu. Sarung tangan ni mempunyai beban 250gm setiap sebelah. Fungsi sarung tangan ni pulak sebenarnya adalah bagi membantu membentuk bahagian atas badan kita terutamanya tangan dan memaksimumkan kesihatan cardio (jantung).

Ni adalah salah satu teknik Piloxing yang Andien sempat ajar pada aku. *nampak, genggam tangan pun tak betul . :Haha :D

Alah alah alaaahh~ Sopan amakk! Andien pun gelak tengok aku genggam tangan tu. Hahah
Piloxing ni sebenarnya menggabungkan kekuatan dan kepantasan dalam boxing dengan fleksibiliti dan membentuk otot dalam Pilates. Actually ada 3 jenis program di bawah Piloxing ni. Pertama Original Piloxing yang mana menggabungkan ketiga-tiga jenis teknik iaitu Sleek Sexy powerful (Boxing), Pilates dan Dancing (Tarian) di gabung dalam satu sesi. Kedua Piloxing KnockOut yang mana merupakan senaman High Intensity Interval Training dimana terdapat latihan functional dan drill selain Boxing dan Pilates. Ketiga adalah Piloxing Barre, yang mana hanya fokus pada Boxing sebagai element cardio dan pergerakan Pilates yang berunsur Ballet bagi menguatkan core dan otot- otot kecil.

Apa yang aku suka dalam Piloxing ni adalah dia punya choreography. Sangat berlainan dengan zumba. Zumba ibarat dance/tarian. Dalam Piloxing ni ada jugak gerak tarian tapi elemen tarian yang ada dalam Piloxing hanya sebagai "suka-suka".

Step ni agak susah jugak aku nak buat. Lenguh kaki nak tahan. Make sure posisi badan mesti tegak and jari kaki menghadap ke atas. Tangan pulak mesti lurus dan berikan tekanan ke bawah.

Dalam Piloxing ni menerapkan format Interval Training and Barefoot Training (berkaki ayam) bagi membantu membakar kalori dan meningkatkan stamina seseorang. So, bila kita buat teknik Piloxing ni sebenarnya ianya boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung, membentuk otot2 dan membakar kalori sehingga 400 - 1200 dalam setiap session. Seriously! Banyak kot.. Kalau buat zumba pun belum tentu boleh buang kalori banyak ni.. :p

Kat sini bukan golongan muda remaja je tau yang join buat aktiviti piloxing ni. Kata Andien, Piloxing ni sesuai bagi semua peringkat umur dari belasan tahun kepada yang lebih dewasa. Tambahan, latihan barefoot ni boleh menguatkan kaki serta mengaktifkan saraf- saraf supaya lebih pantas bertindak. Masa aku datang tu ade je yang sebaya maka-mak aku turut serta dalam kelas ni. Peww makcik.!! nak buat pinggang untuk raya ke mak cik... Heheheh. :p :p Tapi kagum pulak aku tengok makcik-makcik ni gigih buat Piloxing. Segan aku bila diorang boleh buat lagi power dari aku yang muda ni. Hahaa..

Sejam buat Piloxing ni seriously mengah! Nampak tak betapa pancitnya aku. Hahah..Baru 10 minit pertama masa aku buat Piloxing ni peluh dah keluar mencurah-curah. Mana taknya, setiap pergerakan yang dibuat agak laju dan padu. Aku pun tak dapat follow sangat. Tapi seriously enjoy!. Mula-mula memang rasa penat tapi badan kita rasa selesa sebab dapat keluarkan peluh and ade jugak bahagian-bahagian otot yang mula terasa sakit lepas buat benda ni. :D

Yeay!!! dapat air sedap! hehe.. Lepas settle Piloxing terus Kak Fazilah bagi minum air ni. Aku taktau apa nama air ni. Tapi yang aku tau kandungan air ni sangat berkhasiat sebab semua campuran buah-buahan.Terus rasa nak buat sendiri kat rumah hari-hari. Hahaha *kalau nak dapat air ni join kelas dengan kak Fazilah. :D

Aku rasa pada korang yang tak tahan nak buat teknik ni mesti surrender awal. Tapu rugi la! sebab sejujurnya aku cakap teknik ni memang mampu memberi kesan yang ketara pada korang yang nak kurus atau nak dapatkan badan yang fit. Banyak kelebihan and kebaikan yang ada dalam teknik Piloxing. 
Selesai penggambaran aku sempat mintak tips penjagaan makan dengan Kak Fazilah. Kita tengok kat Gym & Fitness centre dah berapa orang yang dah bertahun exercise tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan.Sebabnya mereka tak faham dan tak menjaga 80% nutrition dan mengharapkan exercise sahaja.

Pesan Kak Fazilah, walaupun kita mengamalkan senaman, kita juga perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang yang mana cukup protein,karbohidrat, vitamin dan mineral. Kita ni nak jaga kesihatan memang senang tapi nak maintain sihat, sangat lah susah. Satu benda yang aku rasa sangat penting untuk kita tahu, senaman ni bukan sekadar untuk jadi kurus tapi untuk dapatkan kesihatan yang baik kita perlu bersenam dan jaga pemakanan. Baru lah sellimmm! :p

Bayak lagi yang aku nak kongsikan dengan korang mengenai Piloxing ni, tapi kalau nak tahu cerita full kene la tunggu bila episod ni disiarkan nanti. Heheh.. Rancanagn Tumit Tinggi ni dah pun bersiaran kat TV1 sekarang dan segmen aku akan disiarkan pada episod 7 nanti. Haa, jangan lupe tengok tau. #muahciked :D xoxo

4 Comment:

tahniah mera.. bestnya ada yg ajar senam..
mlmnya letih tak mera?

Shark Kay said...

gambar lastu tu nampak sgt menipu :p
hahahahaha
congrat babe..
aku tunggu depan tv nnti.

Miera Hassan said...

Bestnya.. Miera la tu yg senam tak kurus sebab makan tak jaga T_T

Cikk Mimin said...

weyh.. pakai seluar tak sesuai lahhh.