Shellout  atau sejenis style makan tabur atas meja atau makan secara berjemaah ni memang famous betul kat Malaysia. Sekarang dah tak boleh ...

Sh3llout Kapal Pecah Rahsia Selera Timur...

6:29 AM Mera Hussain 7 Comments

Shellout atau sejenis style makan tabur atas meja atau makan secara berjemaah ni memang famous betul kat Malaysia. Sekarang dah tak boleh panggil nama shellout sebab nama ni dah di patternkan. So, nama baru dia adalah Seafood Lambak! ataupun boleh jugak gunakan "sh3llout". Haa.. Dah banyak kedai makan yang buat food style macam ni sekarang ni. Sama jugak macam Sh3llout Kapal Pecah. Walaupun style yang sama tapi ofcourse rasa sangat berbeza! Yela.. lain tangan lain lah caranya kan??.. Heheh.. 
Sebenarnya ni adalah pertama  kali dalam seumur hidup aku, aku merasa makan sh3llout ni. Lokasinya di Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Alamat nanti aku bagitahu kat bawah. Seriouly rasa teruja gila! Teruja eh bukan jakun! Maklumlah kali pertama kan. Heheh.. So, apa yang aku tahu ianya sejenis makanan seafood. Tapi disebabkan kali pertama nak makan aku nak tahu jugak lah ape benda yang istimewanya sh3llout kat sini. Sebab ramai yang kata makan sh3llout ni bila ramai-ramai sedap. hmm,, yeke?? Nak tahu aku makan sedap ke tak, apa kata korang teruskan scroll. ;)

Masa nampak pekerja restoran bawak keluar hidangan sh3llout ni terus tekak ni rasa tak sabar gila nak makan. Tengok setiap lauk yang dituang kat atas meja yang beralaskan kertas putih tu.. Udang Masak Sweet Sour, Ketam Masak Cili, Sotong Masak Merah dan Lalah masak buttermilk. Ya Allah... I cannot tahan + sabar! Rasa macam "INI SEMUA AKU YANG PUNYAAAAAAA!!" Bila sejenis sikap tamak aku datang. Hahaha.
Photo by: jmr23.com



Dalam banyak-banyak makanan ni 1st yang aku tak makan adalah Lalah. Aku memang tak makan sejenis spesis kerang ni dan yang sewaktu dengannya since aku kecik lagi. Aku pun taktau kenapa.. Tapi pernah jugak aku try makan kerang sebelum ni tapi tekak aku tak boleh terima. Sampai ada yang gelar aku ni manusia yang paling rugi sebab tak makan bebenda ni. Haha.. Tapi malam tu aku cuba untuk makan Lalah Masak Buttermilk ni. Weyyyy!! sumpah sedaaapp!! Seriously aku memang menyesal gila tak makan benda ni dari dulu.. Lepas rasa satu, tanpa segan silu bertambah-tambah pulak aku makan. Hihiks!

Korang sendiri dapat tengok betapa berseleranya muka aku bila menikmati semua seafood-seafood ni. Memang tak pandang kiri kanan dah. Heheh.. 
Ikan Masak Steam ni sedap. Isinya pun lembut + ada rasa lemon pada kuah untuk elakkan daripada rasa haniyr. Sangat kena dengan tekak aku. Sedap kitorang meratah sebab kalau tekak aku selera makan dengan lauk biasa. Korang aku taktau lah. Heheh

Yang menjadikan aku makan lagi berselera bila dapat minum  air sedap ni.Air hungga ni salah satu keistimewaan yang ade kat sini. Kombinasi rasa dari campuran beberapa buah dan sayur seperti lemon, apple hijau, daun pudina dan serai dah cukup melengkapkan rasa air ni. Kalau nak tahu rasa dia kene datang sini dan cuba. Nyaman sekali airnya. Heheh..

Alhamdulillah, licin semuanya. Memang menyelerakan. :)

Pada korang yang nak try datang makan sh3llout kat sini, ada beberapa pakej set yag disediakan. Setiap set ni boleh dipilih mengikut jumlah yang datang. So, kita boleh order mengikut kuantiti dan kesesuaian. Makanya, tak de la berlakunya pembaziran disini.. Hehehe..

Tambahan
Oh ya, lagi beberapa hari je bulan ramadhan bakal tiba. Korang mesti dah plan mana nak cari tempat berbuka puasa yang menarik kan? Di Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga ni pelbagai jenis makanan boleh didapati sewaktu bulan puasa nanti. Antaranya masakan berlauk, makanan goreng, tomyam, seafood roti canai, kuih muih, dan banyak lagi. Semuanya ada disini. Senangkan? semuaya ade kat sini. Tinggal order dan makan je. Hehehe

Lokasi restoran ni terletak di Subang 2, Jalan Euro 3, Jalan Sungai Buloh. Untuk memudahkan korang cari tempat ni, ianya berdekatan dengan pasaraya Superseven.

SELAMAT MENCUBA!! :)
video

7 Comment:

Ucing said...

saya pun belum pernah makan macam ni (^_^).

sedapnyaaa.. tngok pulak time lapar. hehe

JMR said...

nampak macam banyak tambah nasi tu..

Sue Izza said...

bukan lalah,lala la hahahaha lalalallalaa...eh dekat ngan umah mak abg eddy,jon mera belanja akak hahaahah

Cikk Mimin said...

untunglah mkn sedap x ajak

Hi salam kenal.. done followwww :)

Jasmi Bakri said...

Sedapnya ketaam..