Kulit muka ni kalau kita tak jaga  boleh menyebabkan pelbagai masalah. Antaranya kulit kering, masalah jerawat, jeragat, blackhead and whit...

Product Review - Dr. G Hydra Intensive Toner

7:16 PM Mera Hussain 1 Comments

Kulit muka ni kalau kita tak jaga boleh menyebabkan pelbagai masalah. Antaranya kulit kering, masalah jerawat, jeragat, blackhead and whitehead. Kalau nak tahu macam mane terjadinya whitehead/blackhead dan cara membuangnya boleh tengok entry ni. 

Masalah yang biasa jadi pada aku adalah masalah kulit kering dan parut jerawat.. Kulit aku kalau tak pakai moisturiser confirm akan mula menggelupas. Lagi-lagi bila aku kerja bawah airocnd and kulit muka aku sering terdedah dengan cuaca sejuk, ia akan menyebabkan kulit muka mula terasa kasar dan pedih. Tambahan pulak hari-hari pergi kerja pakai makeup. Bila kulit muka kering nak pakai makeup pun jadi tak best sebab texture kulit tak cantik. Then bila kita touchup dengan foundation akan menampakkan makeup tak sekata and buatkan kulit muka jadi gatal.

Disebabkan aku tak tahan rasa pedih and gatal pada kulit muka, tengah hari tu jugak aku ajak kawan aku pergi Aeon cari moisturiser. Aku terus masuk ke Sasa dan akhirnya aku jumpa produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka aku ni. Dapat bantu ke tak dapat bantu tu aku tak tahu.. Sebab based on Sales girls tu cerita kat aku dia kata produk ni bagus and ni salah satu produk yang best seller! Yeyo'or je budak ni. Maka itu, aku pun percaya dan terus beli tanpa tengok review pengguna. Dah beli baru tengok. Hahaha

Dr. G Hydra Intensive Moisturiser
Ciri-ciri produk:
  • Terdapat 6 jenis faktor pelembap semula jadi yang menjadikan kulit kita lembap.
  • Ia mengawal tekstur kulit dan  menyejukkan kulit sensitif tanpa rasa sakit.
  • Empat bahan-bahan pemakanan yang meningkatkan halangan kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan luaran yang berbahaya. 
  • Ianya selamat untuk digunakan kerana terdapat sedikit kegatalan pada kulit.
Cara Penggunaan:
  • Titiskan pada kapas muka dan apply pada kulit selepas mencuci muka.
Dr.G ni salah satu produk dari Korea. Ramai yang cakap produk dari Korea ni bagus sebab kandungan yang ada dalam produk-produk mereka ni mengandungi bahan-bahan semula jadi yang mana dapat memberikan banyak kebaikan pada kulit wajah, yang mana bukan pakai seminggu dah ploless! Hehehe

Balik office aku cuci muka and terus try guna moisturiser ni. Ehh!!! bestnye...... Rasa sejuk je muka tapi bila sapu moistriser ni still ade rasa pedih sikit. But suprisely, rasa gatal kat tempat yang menggelupas tu berkurang!! Eh, seronoknya...

Setiap hari aku apply moisturiser ni siang dan malam. Alhamdulillah, dah 3bulan pakai dan masalah kulit kering dah takde malahan kulit sentiase rase lembap. Hehe.. Yang paling best, seminggu kemudian aku datang semula ke Sasa and grab lagi produk ni. bukan satu tapi 2! Hahaha.. tunggu lah esok aku cerita. Hehe

1 Comment:

Sue Izza said...

bertambah cantik la awakkkkkk