Hye, kali ni aku nak sambung balik entry roadtrip Thailand aku yang dah nak basi.Perghh, makan tahun jugak eh nak settlekan entry ni. Menac...

KBBA | Roadtrip Thailand Part IV - Hello Hatyai!!

6:42 PM Mera Hussain 4 Comments

Hye, kali ni aku nak sambung balik entry roadtrip Thailand aku yang dah nak basi.Perghh, makan tahun jugak eh nak settlekan entry ni. Menacabar sungguh! haha.. Tapi peduli apa kan?? aku nak jugak cerita. :p :p

Hari ke-4, hari terakhir kitorang kat Thailand. Hmm sekejapnya dah lastday lepastu nak balik Malaysia dah. Hmm.. Kalau tengok balik gambar-gambar kat Thailand serious rindu gila. Paling best moment kat Krabi. Tapi takpe.. aku dah move on dah. Hehehee. Ok, back to my story.

So untuk lastday ni destinasi kitorang adalah Khlonghae Floating Market. Ni lah tempat yang orang paling suka datang sebab tempat ni syurga makanan bagi pengunjung yang datang ke sini. Macam aku. Ngeh ngeh ngeh :D

Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, kitorang singgah sekejap di Safari Elephant Trekking dan Krabi Town. 



Abaikan pipi aku yang sama bulat dan kaki aku yang sama besar dengan gajah. Hahah

Biasanya pengunjung yang datang ke sini diorang cuma datang tengok dan bagi makan je pada gajah. Satu bekas pisang dijual dengan harga 50baht. 

Gajah kat sini jinak. Korang yang berani dekat tu boleh laa pegang-pegang dia ke ape ke.. Aku cuba jugak berani kan diri nak datang dekat usap belalai dia. Tapi tak berjaya. Gambar aku yang tengah pegang gajah tu acah-acah berani je sebenarnya. Sekali da hulur belalai dia terus aku lari jauh. Hahaha. Pada yang berkeinginan nak jalan-jalan menaiki gajah  tu, charge yang dikenakan cuma 500baht je. Aku rasa mahal so aku tak naik. Hehhe..

Kat Krabi Town ni takde apa yang menarik pun. Kebanyakan orang yang berkunjung kesini cuma singgah sekejap untuk ambil gambar dengan King Crab kat belakang ni je. Hehehe 
Perjalanan dari Krabi ke Hatyai cuma mengambil masa dalam 4jam je. Tapi sepanjang perjalanan aku tido. So tak tau nak estimated berapa jarak perjalanan dari Krabi ke Hatyai. Hehe :p . 
 Masa on the way tu driver kitorang sempat bawa kitorang makan aiskrim. Apa yang aku boleh cakap aiskrim ni memang sedap. Kalah Sangkaya. Huhu.. 7scope aiskrim + isi kelapa + 3jenis topping cuma 35baht je. KAlau korang datang Krabi cari aiskrim ni ok. :D hehe
Yeay!! Finally sampai jugak kat sini. Heheh



Terlalu banyak kedai yang jual makanan sampai tak tau nak makan apa.. Kat sini adalah kawasan penjual muslim jual makanan. So korang jangan risau sebab korang takkan jumpa cengkerik goreng, cicak goreng, belalang goreng ke apa. Sebab ni mslim food area. Non muslim punya area di seberang dan agak jauh sikit kalau nak berjalan kat sana. 




Cantik bekas air ni.. 30baht je.. Lepas minum jangan buang. Boleh bawak balik jadikan perhiasan kat rumah atau buat letak kat office. Heheh
Semua dah kenyang makan. So, masa untuk shopping pulak. Hehee.. Kat sini souvineur yang dijual lebih kurang je macam dekat Krabi and Phuket je. Harga pun lebih kurang. Tapi kalau nak beli ole-ole(makanan ringan) untuk bawak balik Malaysia kat sini memang murah. 

Trip kitorang berakhir kat sini.. Alhamdulilah  seronok sangat!. Hehe..Actually kat Thailand ni banyak je tempat best kalau nak pergi. InsyaaAllah kalau ade kesempatan boleh repeat lag cuma makesure nama tak kena blacklist dengan imigresen ok je. Hahha.. Thanks to Ayden Averroes Travel untuk trip ni. Banyak lagi tempat yang Ayden boleh bawak korang pergi. Just follow ig dan fb diorang untuk dapatkan info. 



4 Comment:

lama bebenor nak tunggu sambungan cerita thailand ni . hahahahah

tenku butang said...

Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

Uncle Zuan said...

huyoo siap buat road trip lagi tu

terliurnya tengok eskrem tue..