Assalamualaikum,,, Sebelum aku meneruskan cerita aku dengan lebih lanjut, aku nak tanya korang.. korang pernah naik grab car/uber/teksi...

First Time Rasa Takut Naik GRAB CAR!

3:53 PM Mera Hussain 5 Comments

Assalamualaikum,,,

Sebelum aku meneruskan cerita aku dengan lebih lanjut, aku nak tanya korang.. korang pernah naik grab car/uber/teksi tak? Sepanjang korang menggunakan public trans macam tu ade tak korang dapat pengalaman yang menakutkan??

Mesti korang tertanya kenapa aku tanya soalan macam tu kan? Hmm,,aku nak cerita la ni.. Benda ni jadi pada aku semalam sewaktu aku nak pergi shooting bersama RTM kat The Atmosphere, Seri Kembangan. Shooting aku hari ni start pukul 10.00am di Go Fit With Me. Jadi  pukul 8.00am aku dah keluar rumah untuk ke sana. Hehe.. Disebabkan aku tinggal di Shah Alam dan takde transport sendiri nak ke Seri Kembangan, aku keluar la awal pagi dan naik train untuk ke sana. So aku turun di stesen Serdang sebab kakak kaunter KTM cakap tu je stesen yang terdekat kalau nak pergi Seri Kembangan. Hmm, no choice! Aku pun beli la tiket ke sana..

40minit dalam train aku sampai di Kl sentral dan transit KTM menghala ke Serdang.  Around 9.30am aku sampai di Serdang. Baru sampai Serdang tapi macam mane aku nak ke Seri Kembangan? Emm, aku terfikir nak gunakan uber. Kemudahan dah ada kan? kena la gunakan dengan sebaiknya,, Hihi.. Before proceed aku cek dulu charge yang dikenkan. Amekaw!! sekali tengok charge dia RM16.00. mahal doe! aku terus download apps grab car sebab orang cakap grab car murah. *gigih laa aku menunggu sampai habis donlod semata nak dapatkan yang murah. Hahaha.. Yes! Murah! beza RM3.00 ok.. Di zaman pak jib ni banyak benda kena berkira, Hahaha.. Ok, sambung.. Kebetulan memang ade sorang driver tengah free and dengan serta merta aku grab dan terus call untuk buat confirmation.

10minit kemudian...

Driver sampai. Fuyyoo~ Bezza baru...Aku pun terus menuju ke kereta tu. Masuk-masuk kereta aku bau kedai. Hahah.. Driver yang aku dapat ni adalah seorang lelaki berbangsa Melayu + Bugis, berasal dari sabah dan grab car adalah part time job dia. Kerja tetap dia pun aku tau. Nampak tak? Hahaha..

Nak dijadikan cerita. sewaktu dalam grab car.. aku berborak dengan dia.. Banyak jugak kitorang borak tapi more to tempat best kat Sabah and dia tanye aku pasal kerja yang aku nak buat masa hari tu. Yelah orang tanya baik-baik takkan kita nak balas sebaliknya kan.. Aku pun terus la layan berborak dengan dia sepanjang perjalanan.. Tapi makin lama aku jadi makin tak senang pulak sebab ade beberapa soalan dia buat aku fikir negatif pasal dia.

Mula-mula dia tanye aku tinggal kat mane.. Lepastu tanya asal usul aku pulak. Aku pun jawab menipu. Haha. Bukan sengaja.. just untuk keselamatan aku je.. Hehe.. Then dia tanye pasal fon no aku pulak.. tetiba aku terfikir "eh dia nak buat apa dengan fon no aku??" Masa ni aku tak boleh nak twist sebab aku ade call dia. So aku diam. Lepastu dia tanye lagi samada no aku ni ade whatssap atau tak?? Siap tanye aku lagi dekat whatssap ada gambar tak?? "dia ni nak mandrem aku ke ape tanya gambar bagai". Soalan dia ni terus buat aku takut and fikir negatif pasal dia. On the spot aku bukak whatssap and aku privatekan gambar aku. Hahaha

25minit kemudian...

Sampai jugak kat The Atmosphere, Seri Kembangan. Serious aku rasa takut masa tu. Aku rasa dah tak sabar sangat nak turun dari kereta tu sebab tetiba aku rasa macam aku taknak tengok muka driver ni. Menakutkan je. Siap offer diri nak teman aku sementara nak tunggu Kak Fazila(orang gym) datang untuk bawak aku ke gym dia. Terus laju je aku tolak offer dia. Hahaha *takut punye pasal*
Aku tak tau lah kalau niat dia baik memang nak teman aku sebab aku sorang perempuan kat situ ke ape, Kalau betul niat dia baik bagus lah. tapi kalau sebaliknya tu yang aku takut. Sepanjang aku naik uber aku tak pernah lagi alami benda ni and tiba-tiba bila kena macam ni buat aku jadi takut nak naik grab/uber/teksi. Kalau dapat driver perempuan ok la jugak. Rasa secure sikit. Hehehe

So kat sini aku bukan nak blame orang yang buat business uber/grab/teksi ni semua ada niat buruk. Tak! sama sekali aku tak maksudkan macam tu. Cuma aku nak pesan pada korang(pengguna) and untuk diri aku jugak. Kita ni jangan mudah sangat ramah dengan orang. takut dalam kita tak sedar kita boleh terbagi details kita pada dia walaupun kita rasa "ooo..dia ni ok", "alaa..aku bukan jumpa dia lagi lepas ni".. no no no... Jangan sesekali buat macam tu. Bahaya okkk.. Especially kita ni perempuan. 

Sekarang ni bahaya kat mana-mana boleh jadi. Kadang orang yang kita nampak baik dan ok tu lah yang sebaliknya.. Haih! mintak dijauhkan dengan orang macam ni. Eh, kejap! habis lepas ni sape nak jadi driver aku ni... ??? hmm macam dah kene cari boyfriend je ni.. hihiks! :p :p

5 Comment:

Mommy Cici said...

kalau I pun I serammmm -___-

entahlah kadang kadang orang terlebih friendly ni lelaki ke perempuan ke I macam tak selesa. maybe cara diaorang extra caring but yelah bab bab personal takyah lah korek T_T

tapi bunyiknya macam driver tu nak ngorat je =p

Husein Rider said...

better pergi jalan bawak sekali kawan utk temankan walaupun seorang. Bukan dalam kereta je bahaya, luar kereta pun bahaya jugak. Tak elok orang pompuan jalan sengsorang. btw, alhamdulillah takde pape terjadi.

Aiman said...

tapi kadang2 ni mungkin cara nak raih rating. tapi mungkin keterlaluan la kot. tapi better kalau nak pergi mana2 berteman la. alhamdulillah tiada apa2 berlaku/

Mieza S said...

ye la. org tanya banyak2 kita jadi takut

Jasmi Bakri said...

Seram jugak macam tu. ebih baik jalan sama2 dengan kawan..

btw, salam perkenalan dari blogger Indonesia follower #315

theamazingjasmi.com