Hye korang!!! Hari ni aku nak share sikit produk yang aku guna untuk keluarkan whiteheads/blackheads yang degil kat muka. Aku rasa masalah...

Cara Keluarkan Whitehead/Blackhead Degil!

10:55 PM Mera Hussain 3 Comments

Hye korang!!! Hari ni aku nak share sikit produk yang aku guna untuk keluarkan whiteheads/blackheads yang degil kat muka. Aku rasa masalah ni memang ade pada korang jugak.. pakai laa ape produk kecantikan pun and even muka korang flawless tahap pantul cermin whiteheads/blackheads ni mesti ade kan2?? Baik ngaku cepat! Hehehe
Image result for how to treat whiteheads
Ramai yang tak tau sebenarnya kulit muka kita terdapat banyak kotoran akibat seharian terdedah. Macam-macam produk kita guna untuk lindung kulit kita daripada itu dan ini. Namun tak semestinya produk yang kita guna tu mampu cover and protect kulit kita dari mendapat masalah macam ni. Actually terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya whiteheads/blackheads pada muka. Antaranya..

Bila kita tak cuci muka dengan betul. Kulit muka kita ni terdedah seharian  dan jugak dipenuhi dengan makeup setiap hari. Tapi kalau korang yang jenis tak pakai makeup  pun kene ingat kulit tu seharian terdedah dengan kotoran asap dan debu. So kalau kita tak cuci dengan betul akan tersumbat dalam liang roma/pori kita yang mana boleh memyebabkan whiteheads/blackheads.

Penggunaan produk makeup pun menjadi satu penyebab whiteheads/blackheads. Biasanya produk yang boleh menyebabkan muka berminyak akan membuatkan kita dapat masalah kulit sebegini. Aku dulu pun pernah dapat masalah kulit berminyak ni. Maklum laa kekonon nak nampak glowing, shining bagai tapi kita taktau produk macam tu laa yang buatkan kulit kita jadi tak sihat. MasyaaAllah... insof hakak. Terus tak pakai dah. Haha..

Seperti pemakanan jugak. Pengambilan makanan berminyak yang berlebihan pun tak bagus. Sebab boleh bagi kesan yang tak baik pada kulit dan mudah dapat kulit yang berminyak. 

Kekurangan air dalam tubuh badan pun boleh jadi faktor penyebab berlakunya whiteheads/blackheads. Percaya tak?? Semua orang dah noticed memang kita perlu minum air atleast 7gelas atau 3litre sehari.. So kalau badan kita tak cukup air kulit akan jadi kering. Then badan kita jugak tak dapat nak lakukan proses detox dengan sempurna. So, ia menyebabkan badan kita jadi bertoksin dan menjadi masalah kulit yang mana mudah  untuk dapat whiteheads/blackheads.

Ok ni aku bagi a few sebab yang paling utama penyebab masalah whiteheads/blackheads ni. So hari ni mood aku terajin and aku baru dapat toys baru.. aku nak tunjuk sikit cara-cara aku keluarkan whiteheads/blackheads yang degil tu guna toys baru aku. Hehehe.. 

1. Cuci muka muka terlebih dahulu dengan pencucu muka.


Aku guna produk Dr.G. Produk ni from Korea and before aku beli aku baca review memang produk ni produk yang baik untuk kulit and  boleh dikatakan best seller kat Malaysia.

2. Steam muka.

Before nak buat proses buang whitehead/blackhead aku akan steam muka telebih dahulu bagi liang pori terbuka and memudahkan whitehead/blackhead keluar. Sorry gambar terlebih lighting. Hehehe

3. Gunakan Black masker.


Hasil selepas menggunakan black mask Charcoal
Black masker ni aku beli murah je. RM19 satu and boleh pakai banyak kali. Heheh.. Make sure sapu blackmasker ni ditempat berkenaan je. Elakkan dari pakai bawah mata. And one more thing pakai tebal sikit supaya mudah nak tarik bila nak pilled off.

4. Gunakan Beauty Device
Beauty device ni boleh charge kalau battery habis. 



Before guna beauty device ni aku ulang balik step 2. Buat dalam seminit dua je just nak bagi muka lembap sebab nanti bila korang guna benda ni korang kene sedut and kulit muka tertarik. So bila permukaan kulit muka kering akan menyebabkan rasa sakit. Make sure buat sampai keluar habis segala whiteheads/blackheads kat muka. Kalau ade jerawat pun langgar je. Hehehe. Please elakan dari guna jari tau sebab boleh menyebabkan kulit luka and jari kita tak 100% bersih. then nanti akan tinggalkan parut yang lama..

5. Sapukan moisturiser/pelembap.

Sapukan moisturiser/pelembap muka untuk menutup semula liang pori. 
Rupanya tak cukup bila kita gunakan black masker je untuk tarik keluar whiteheads/blackheads ni sebab dia tak keluar habis. Bila aku sedut guna beauty device ni masih ade lagi yg keluar. Hahah.. Nah aku tunjuk.
Whiteheads yang dapat dikeluarkan
Kotoran lain yang dapat disedut
Banyak jugak whiteheads yang keluar dari muka aku. Seriously geli nak tengok weyh. Betapa kotornya muka aku.. Ingat dengan cuci muka setiap hari muka dah cukup bersih ke?? no no no ok. Sebagai perempuan kebersihan memang perlu diutamakan. Kita pakai pakaian bersih, cantik-cantik tapi muka kita tak bersih.

Tak salah if korang nak pakai produk or barang makeup tapi make sure korang kene cuci dengan sebersih-bersihnye muka tu sebab minyak-minyak  tu laa yang boleh buat liang pori muka kita tersumbat. Tu yang whiteheads/blackheads tumbuh subur kat muka. Hahhaha. Kalau nak cantik kene la rajin.. satu hari kita cuma spentkan 1jam untuk kulit muka kita. Tak lama pun..Huhu.. Nah gambar testimoni. Sis sangat puas hati dengan muka sis. Hahah
Before
After
Seriously after aku buat whitehead treatment ni kat muka rasa fresh sangat2!. Tapi after buat proses ni, ianya akan meninggalkan sedikit kesan pada kulit kat tempat yang bermasalah. Macam kita buat bekam jugak. Hehe.. tapi kesan tu akan ok semula dalam masa sehari dua. Don't worry... yang penting kulit dah bersih and lagi rasa fresh!. Heheh..

Korang try la.. Best tau! aku buat treatment ni seminggu 2kali kalau rajin. kalau malas seminggu sekali. Hee~

Oh ya! tips ni bukan untuk perempuan sahaja. Lelaki pun boleh buat jugak ok. Baru kacak bergaya muka tu. Hee~ :p

Kalau korang ada pendapat dalam tips penjagaan muka jangan segan silu untuk share. Sama-sama memberi sama-sama menerima. Thanks for reading. Heheh

3 Comment:

Ucing said...

Produk menarik.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

nampak macam bagus produk ni untuk menghilangkan masalah whitehead/blackhead. Boleh nak try guna. Saya memang ada banyak pun kat hidung ni

Cikk Mimin said...

mahal tak mera ?