Hye korang!! Hehehe.. Lama gila kan aku tak update entry. Ini semua gara-gara ade sikit penyakit `mim’ dalam diri aku + busy dengan kerja. ...

Make over muka dengan Deeja cosmetic

10:55 PM Mera Hussain 3 Comments

Hye korang!! Hehehe.. Lama gila kan aku tak update entry. Ini semua gara-gara ade sikit penyakit `mim’ dalam diri aku + busy dengan kerja.  Maklumlah baru kerja tempat baru kan… Heheh.. Bila korang baca tajuk entry ni mean korang mesti dapat tahu apa yang aku nak cerita dalam entry kali ni. Tapi jangan ada yang tanye aku bukak kelas makeup ke tak lepas ni. Sebab aku bukan pandai sangat makeup pun. Makeup pergi pasar boleh laa. Hahaha

Aku rasa korang sendiri pernah dengar nama produk skincare ni. Setiap kali drama 7hari mencintaiku break for iklan, iklan Deeja cosmetic ni keluar. Keluar lah muka kak Sherry yang dok sedih sambal tulis surat nak bawak diri kononnya.. Eh, tak paham la.. dah cantik pun sedih. Abis aku yang tak cantik ni macam mane pulak??? *nangis kat bucu katil.
Set lengkap 5 dalam 1 Deeja cosmetics ni didatangi dengan sabun pembersih muka, toner nano, krim harian (siang), krim malam dan krim malam nano. Tambahan , Deeja cosmetics ni juga ada keluarkan foundation yang mana membuatkan kita kelihatan cantik je bila makeup. Hehehe.. Aku ada la buat video makeup menggunakan produk dari Deeja cosmetic ni. Dalam video ni aku tunjuk simple makeup harian aku pergi kerja or outing. Takde la cantik macam Asyalie punya makeup.  So, lets enjoy with this short video from me. Heheh
video
Makesure before korang apply apa-apa krim muka pakai toner/moisturizer terlebih dahulu supaya kulit muka kelihatan segar sentiasa.

Pada korang yang ada masalah kulit berminyak, liang pori besar,, krim siang Deeja ni dapat membantu mereka yang ada masalah macam tu dan ia juga berfungsi menjadi sunblock yang mana ada SPF 50 untuk mencegah kulit dari sinaran UV. Kandungan dalam krim siang ni ada Biji Almond , Biji Tomato dan juga Aloe vera. So, kita sendiri tahu yang mana biji Almond ni bagus dan mengandungi vitamin E yang mana boleh protect kulit kita  dari matahari.

Aku suka tekstur krim siang ni sebab tak melekit langsung. So bila apply kat muka tu takde pun jari kita kotor ke ape. Nak apply mekap pun senang. Korang boleh tengok semula video kat atas tu.
Tak perlu nak habiskan duit yang banyak kalau nak nampak cantik. Sebab dalam set Deeja ni dah ade toner,krim siang and krim malam.

Krim malam ni memang korang kena apply everyday if nak cantik lebih awal and nampak flawless. Yang bestnya, krim ni malam ni langsung tak berminyak and melekit macam certain produk skincare lain kat luar sana sekaligus dembantu melembapkan kulit. Dalam krim malam ni jugak mengandungi Retinoid Acid yang mana membantu mengurangkan garis halus pada kulit wajah. Untuk nampak kesan yang lebih baik, gunakan krim malam ni secara konsisten. Sapukan sekali krim malam nano. Baru hasilnya cantik macam sherry. Hehe

 So lepas ni bukan waktu siang je boleh cantik, malam pun boleh cantik. Bangun pagi muka freshy je. Takde la macam hantu kak limah kan? Hahaha.. Kalau yang ade suami tu, bangun pagi agaknya suami pun malas nak pergi kerja agaknya. Nak melekat je sebelah isteri. Hahaha..
Ewaahh… Kemain lagi aku.  Hahah

Set 5 dalam 1 Deeja cosmetics ni boleh mendapat kesan seawal 5 hari sekiranya digunakan secara konsisten.  Cara penggunaannya boleh refer kat bawah ni.

Waktu Siang
1.       Toner
2.       Krim siang
3.       Foundation (kalau nak makeup)
4.       Sabun pencuci

Waktu malam
1.       Sabun pencuci
2.       Toner
3.       Krim malam
4.       Krim nano malam

Testimoni dari ramai pengguna bagi feedback yang baik dan rata-rata mereka yang gunakannya berpuas hati. Boleh follow Instagram dan FB dia. Seronok je baca weyh... Tu yang rasa nak sangat pakai. Nak cantik macam sherry… “keayuan semula jadi” katanya.. Heheh.
Harga untuk 1set Deeja cosmetic ni sangat berpatutan. Di semenanjung RM85.00 manakala Sabah & Sarawak RM90.00. Sangat berpatutan!! Kalau yang tak tahu nak cari produk ni kat mana, pembelian juga boleh dibuat melalui whatsapp/sms ke nombor 0196945950. Lets cantik macam Sherry… 😊 bukan sajat eh. Hehe




3 Comment:

Uncle Zuan said...

banyak betul produk kecantikkan harini

Sue Izza said...

makin lawa laaaa hahahhaha...

mas saari said...

Makin cantiklah Meera pakai produk Deeja. Tapi akak pun suka, best dan memang nampak kesan positif.