Cuti Deepavali korang buat apa?? takkan beraya kot. Hahaha.. Kebetulan Deepavali ni jath hari sabtu, so saja cari alasan berjalan. Kalau ta...

AEON JUSCO SUPER SAVER 2016!!

8:17 PM Mera Hussain 7 Comments

Cuti Deepavali korang buat apa?? takkan beraya kot. Hahaha.. Kebetulan Deepavali ni jath hari sabtu, so saja cari alasan berjalan. Kalau tak Deepavali pun aku tak melekat kat rumah jugak. Ada je tempat aku pergi. Hehehe
Niatnya nak ke Midvalley bertukar ke One Utama. Ni gara-gara kakak aku la ni nak cari baju dinner. Dah diheretnya aku ikut sekali. aku bukan apa, kalau aku keluar mesti ade barang yang aku akan beli walaupun niatnya taknak beli. Tapi kali ni aku nekad lah taknak shopping pape. Sebab barang-barang keperluan aku masih ada lagi. 

Kitorang masuk ke One Utama melalui pintu AEON kat floor berapa tah yang bahagian baju kanak-kanak tu. Aku ni tak familiar sangat dengan One Utama sebab jarang sangat datang ke sini. Tiba-tiba aku nampak ramai sangat orang kat dalam AEON ni. Apahal eh? Macam pelik pulak. Sebab boleh dikatakan memang ramai la sampai kan semua kaunter orang beratur untuk buat bayaran. sekali aku terpandang "SALES"!!! 
 AEON Gift Voucher Announcement
Aku belek-belek la baju-baju budak. Huiyoohhhh!!! Murah gilaaa!!! Kakak aku yang mulanya nak cari barang dia pun terus terparking kaki kat situ cari aju untuk anak dia. Hahahaha
Sales gila-gila punya murah AEON ni. Bukan apa, biasanya sales diorang ni nama je sales. tapi still mahal lagi. Lagi-lagi baju budak ni bukan murah. Harga baju diorang lagi mahal daripada baju orang dewasa. kan?? Sebelum ni pun memang AEON pernah buat sales macam ni tapi aku tak berkesempatan pergi. Tapi kali ni kebetulan pulak. Hahah..

Lama jugak aku tolong kakak aku cari baju untuk anak dia. Sekali main ambil sana sini, eh.. banyak pulak. So, mula belek-belek semula cari mana yang betul-betul berkenan. Hahaha.. then teru spergi kaunter buat bayaran. Sementara nak tungggu buat bayaran, terpandang pulak sesuatu yang dah lama aku nak beli tapi setiap kali nak beli mesti hold dulu sebab mahal! Huhuhu.. Kaunter ni pulak betul-betul sebelah barangan ni. Haish! saje menggugat keimanan aku.

Haa ni lah bantal yang selama ni aku nak! Jean Perry..Hahha.. Seketul bantal ni je pun dah beratus harganya. Gigih la aku tunggu sales. Tapi setiap kali ade sales pun bukan banyak pun harga dia turun. Datang nasib tak baik pergi takde sales. Tapi kebetulan semalam aku pergi memang tengah sales! Belek punya belek berbelah bagi pulak nak beli. Hahaha.. Bantal punya pasal je pun sampai berbelah bagi hati ni. Hahah.. Aku belek pulak comforter. Aduhh!! daripada harga 200++ tinggal 80++. Aaaarghh!! mau menjerit aku kat situ!. 

Kita ni kalau datang saitonirrojim dalam diri memang akan berbelanja tak ingat dunia waktu tengah sales. Sebab apa?? Sebab kita nampak semua barangan yang sales tu murah! Hmm baru niat taknak beli pape, akhirnya lebur jugak. Tapi aku decide beli bantal ni je. Comforter lain tahu aku beli. Hahahhaa

Sales ni dah berlangsung pada 21 Oktober 2016 lagi rupanya. Baru aku teringat AEON ada hantar mesej kat aku yang mereka nak langsungkan promosi ni. Aku ni pulak jenis dapat mesej dari diorang aku ignore je. Baca pun tak cuma bukak then tutup! Hahaha.. 

Untuk korang yang rasa nak membeli-belah kat AEON, promosi ni berakhir pada hari ni 30 Oktober 2016. Cepat! Sementara masa dan peluang masih ada. Tapi kena ingat, berbelanja mana yang perlu.. Jangan sakan sangat. PM dah pesan suruh kita jimat berbelanja. 

7 Comment:

Apa yang senang tu?? Hee.. Jom baca..   1. Safiyya Azra Binti Khairil Anuar - 12/10/2013 2. Muhammad razin Rizqi Bin Abdul Rahman - 2...

Sekali Sambut Je. Senang!!

9:45 AM Mera Hussain 2 Comments

Apa yang senang tu?? Hee.. Jom baca.. 

1. Safiyya Azra Binti Khairil Anuar - 12/10/2013
2. Muhammad razin Rizqi Bin Abdul Rahman - 21/10/2014
3. Fatin Arissa Kaisara Binti Mohd Aswad - 31/10/2013

20/10/2016 - Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meraikan harijadi anak buah aku 3orang ni. Haa,,ni la jadinya bila planning kahwin memasing bulan 11 so anak yang sulung lahir semua bulan 10. Tarikh pun tak jauh. Perancangan yang bagus tu. Huhu.. Persoalannya. Adakah aku akan menyusul seperti mereka?? Jeng jeng jeng!!! Hahahha
Hari jadi untuk budak 3 orang ni disambut secara kecik-kecilan je dengan adik beradik aku. Kitorang pilih Putrajaya sebagai lokasi untuk meraikan hari jadi ni. Sebabnya, mak pak diorang ni haa nak celebrated dekat taman katanya.. Hahaha.. Sambil-sambil tu boleh laa lepak dan bersantai kan. Budak-budak pun boleh bermain kat sini.

Sewaktu kitorang tiba kat taman Putrajaya ni lebih kurang dalam jam 9.00malam. Waktu ni memang ramai orang kat sini. Nasib baik laa dapat jugak tempat kosong untuk bentang tikar. Kalau tak makan berdiri la jawabnya. Hahaha

Segala persiapan untuk sambutan hari jadi pada hari tu kitorang dah siap sedia bawa dari rumah. Hanya makanan je yang kitorang beli kat luar sebab sebelum ke sini kitorang baru je hadiri majlis kahwin sepupu di Bangi. So, tak sempat nak masak kat rumah. Lagipun takut jugak kalau bawak makanan dari rumah nanti tak sempat makan dah basi. Nanti membazir pulak kan?. 

Selain tu, hiasan yang ada kat sini ni pun kitorang bawa dari rumah dan deko sendiri jekat taman. Kreatif kan? Hahah.. Padahal asal boleh je. Hahahha
Antara juada yang ada
Antara juadah yang ada
Cupcake ni kakak aku yang buat. Sedap tau. tapi tak amik tempahan. Hahaha
Sesi buka hadiah ni paling dioang suka aku rasa. Masingmassing Excited dapat permainan baru. Hahah
Seronok jugak sambut hari jadi kat sini. Kalau nak lepak dan bersantai dengan keluarga sesuai je tempat macam ni cuma kena cari port baik sikit la. Alhamdulillah sambutan malam tu lancar dan seronok walaupun disambut bersama keluarga dan secara kecil-kecilan. Hehe..

Apa pun, selamat hari jadi Cik ya ucapkan untuk Safiyya Azra, Fatin Arissa Kaisara dan juga Mohamad Razin Rizqi untuk pertambahan usia dan akal yang cerdik. Cik ya doakan semoga membesar jadi anak yang baik untuk kedua orang tua dan juga berjaya di dunia dn akhirat kelak. Aamiin..

2 Comment:

Makin lama di biarkan makin menjadi-jadibpulak diorang ni! Aku sabar je! Minggu lepas tanya kata takde berita. K fine aku tunggu! Hari isni...

Management Paling Teruk Aku Pernah Jumpa!!!

8:41 PM Mera Hussain 3 Comments

Makin lama di biarkan makin menjadi-jadibpulak diorang ni! Aku sabar je! Minggu lepas tanya kata takde berita. K fine aku tunggu! Hari isnin lepas tanya kata minggu ni! Tapi tak confirm katanya. 

Hari ni aku call lagi dengan Hr aku tanye lagi bila gaji?? Kata minggu depan! Whattt??? Orang lain sampai dah nak masuk gaji bulan 10 dah. Aku ni gaji bulan 9 pin tak dapat lagi. Dari lewat 9hb lepastu lewat ke 11hb lepastu lewat ke 14hb. Now dah berapa hari bulan aku tak dapat lagi gaji aku??? Memang saja naikkan temper aku pepagi buta. Kan dah mendapat setepek dengan aku!

Hey.. Kemon la.. Kau marah bila kitorang salahkan kau sebab kitorang tak dapat gaji. Tapi hakikatnya  memang salah kau pun! Kau tak jalan kan kerja kau langsung! Patutnya kau kena tau apa tanggungjawab HR. Seriously, ni management paling teruk aku pernah jumpa.

Salah ke aku tuntut hak aku????! Tu baru bab gaji aku tuntut. Belum lagi bab epf socso aku yang tak pernah nak bayar langsung! Semua orang ade komitmen sendiri nak kena bayar. Aaarghh!!! Stress kepala otak aku hari-hari datang kerja bergaduh! Ingat aku suka ke jadi macam ni?? Ingat aku suka ke nak bergaduh dengan orang?? Aku pun nak ada perasaan datang office dengan senang hati. Tapi kalau dah macam ni???

Apa aku nak buat lagi sekarang??? Nak report kat labour aku dah buat dah. Tapi cara pegawai diorang layan aku masa aku datang pun macam kerek! Tak mesra langsung! Bila ditanya apa tindakan diorang pada company cuma cakap based on pegawai kita buat kerja macam mana. Kah! Langsung tak boleh terima jawapan diorang ni. Macam tak function pulak aku pergi report! 

Aaarghhh!!!!! Makin serabut aku fikir.

Aku mendoakan rezeki aku dapat kerja datang bergolek secepat mungkin. Banyak tempat dah aku submit resume. Hopefully ada laa rezeki aku kat mana-mana. Tak sanggup dah nak face and mengemis gaji sendiri tiap-tiap bulan. Semua orang pun taknak bergaduh. Tapi kalau dah sampai lewat 3minggu nak jadi ape? Ni baru aku sorang yang datang marah and bergaduh dengan kau. Jangan sampai staff lin buat lagi teruk!

3 Comment:

Pada mereka yang tinggal di Lembah Klang semestinya tau kat mana lokasi hotel ni. Tapi pada yang tak pernah sampai ke sini, Sunway Hotel ...

Sunway Hotel Malaysia

9:47 PM Mera Hussain 3 Comments

Pada mereka yang tinggal di Lembah Klang semestinya tau kat mana lokasi hotel ni. Tapi pada yang tak pernah sampai ke sini, Sunway Hotel Malaysia ni terletak bersebelahan dengan Sunway Lagoon Water Park iaitu taman tema terbesar di Malaysia ni.. Emm, Cantikkan? Dari luar, ianya memang tersergam indah dengan reka bentuk bangunan serta keindahan landskap di sekitarnya yang cukup menarik perhatian sesiapa je yang melihatnya, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ianya nampak lebih cantik apabila kilauan lampu-lampu menyinari kubah-kubah indah yang dibina sebagai hiasan kat sini. 

Hmm, tu baru cerita pasal hotel. Belum lagi cerita pasal tempat-tempat yang menarik yang ada dekat area hotel ni. Pasti menjadi satu keseronokan pada siapa yang menginap kat sini. Haaa nak tau lebih lanjut, keep on reading ea... Hehee


Sebenarnya, banyak je aktiviti yang korang boleh lakukan bila korang berada kat sini. Guarantee takkan bosan. Antaranya:-

1. Berseronok di Sunway Lagoon Theme Park.
Bagi korang yang datang bersama keluarga, lebih-lebih lagi bersama anak-anak, sememangnya tempat ini menjadi lokasi wajib. Taman tema ni terbahagi kepada enam bahagian Nickelodeon Lost Lagoon, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park.

Di Nickelodeon Lost Lagoon ni, budak-budak mesti suka sebab mereka berpeluang untuk bergembira bersama karakter-karakter kartoon popular seperti Spongebob Squarepants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles! Di Water Theme Park pula, korang boleh cuba tarikan utama yang terdapat di sini iaitu vuvuzela tertinggi dan terbesar di negara ni! Best kan?? Haa.. 
Image result for sunway lagoon theme park

Image result for nickelodeon sunway lagoon theme park

Image result for nickelodeon sunway lagoon theme park
Kalau korang bukan jenis yang suka berendam dalam air(aktiviti dalam air).. Hahah, korang boleh habiskan maa di Amusement Park dan Extreme Park. Terdapat pelbagai jenis permainan mencabar yang boleh korang cuba di sini.

Wildlife Park pula sangat ideal bagi yang bawa anak-anak kecil sebab kat sini, mereka boleh exposed to various types of wildlife. Bukan tu je, pendedahan seperti ni juga boleh mendidik mereka secara tidak langsung untuk menghargai hidupan liar.

Di Scream Park pula, korang yang nak uji tahap keberanian diri untuk explore bangunan yang penuh dengan kuasa-kuasa jahat dan menyeramkan, taman ni sangat sesuai untuk korang. Sekarang ni tengah berlangsungnya event "Night of Fright4" kat sini. Apa kata korang cuba atasi ketakutan korang pulak. Hahaha.. Tapi kena ingat ye, ni bukan tempat untuk mereka yang lemah semangat. Kalau nak acah-acah berani takpe. Heheheh


Taman tema ni dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 6petang. Main lah kesemua permainan yang ada kat sini puas-puas. Hahaha.. Korang boleh dapatkan Sunway Lagoon ticket pada rate yang lebih rendah bila korang beli kat hotel Sunway Resort Hotel Spa. Menarikkan?

2. Membeli-belah di Sunway Pyramid Mall.
Pusat membeli-belah ini merupakan yang pertama di Malaysia berkonsepkan kombinasi antara pengalaman shopping dan hiburan. Dibuka secara rasmi pada tahun 1997 yang berkeluasan 4 juta kaki persegi. Besarkan? Seriously besar. Tak habis pusing dah lenguh kaki. Hahaha. Ianya lasti akan memberi pengalaman shopping yang luar biasa untuk korang. Terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Fashion Central, Oasis Boulevard, Asian Avenue dan Marrakesh.

Di Sunway Pyramid Mall, ianya menawarkan pengalaman yang berbeza untuk setiap peringkat umur. Pelbagai kedai baju, jam tangan, kasut, barang kemas, muzik, barangan kulit seperti beg tangan berjenama terdapat di sini yang mana sukar untuk korang membuat pilihan nak masuk kedai yang mana satu. Boleh dikatakan semuanya ada kat sini. Dah tak perlu pergi tempat lain. Semuanya ada dalam shopping mall yang besar ni.

Untuk pengetahuan korang, terdapat berbagai jenis makanan seperti local cuisine ataupun international dishes yang berdekatan dengan Sunway Pyramid Hotel ni tau. Kalau korang taktau kat mane korang search je kat Traveloka lagi senang. Hehehe

Dari sarapan pagi hingga ke hidangan lewat malam, macam-macam sajian ada untuk puaskan selera tekak korang kalau kelaparan. Haa.. 3 hari menginap kat sini boleh gemuk rasanya kalau makan sedap je. Hahah

Ramai yang tak tau sebenarnya macam-macam benda kita boleh explore dan discover bila stay kat Sunway Hotel ni tanpa perlu pergi tempat yang jauh. Pernah tak korang terfikir. Dah habis baca kan? Haa amacam, teruja tak?

Apa tunggu lagi, plan percutian korang mulai sekarang! Tak perlu pergi jauh pun.. Kat dalam negara ni pun banyak tempat-tempat best yang boleh dilawati. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan... Hehehe.. Selamat Bercuti.. :D

3 Comment:

Sapa kat sini suka shopping online? Haaa, ada sesuatu yang aku nak share dengan korang dalam entry ni. Sila scroll untuk dapatkan info. Hee...

Jimatkan Perbelanjaan Anda Bersama Paylesser

6:16 PM Mera Hussain 3 Comments

Sapa kat sini suka shopping online? Haaa, ada sesuatu yang aku nak share dengan korang dalam entry ni. Sila scroll untuk dapatkan info. Heee.

Apa yang aku nak share kali ni adalah cara berbelanja secara online dengan bijak dan jimat. Tambahan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ni kita memang perlu bijak berbelanja . Jangan main beli je. Nanti pokai nangis tepi bucu katil. Hahaha

Hmm.. Macam mana nak jimat berbelanja kalau semua barang memang dah naik harga tambahan dikenakan cas gst lagi sekarang ni?? Takpe.. Korang tak tanya pun aku boleh agak dah soalan ni. Hahaa. Korang tak perlu risau, Paylesser Malaysia boleh tolong selesaikan masalah korang yang kaki shopping online ni. Hehehe.. 

Di Paylesser Malaysia ni mereka menawarkan kupon-kupon yang menarik sehingga penjimatan sebanyak 90% kepada korang. Fuhhh.. Gila banyak!!! 

Apa yang menarik, terdapat lebih dari 100 buah jenama terkenal yang merangkumi fesyen, tempat makan, hotel, tiket penerbangan, produk dan barangan kecantikan dan bermacam-macam lagi yang boleh memberikan korang peluang berbelanja dengan harga yang berpatutan. 

Caranya mudah je. Korang perlu masuk ke website tersebut dan pilih mengikut jenama yang korang mahukan. 
1. Klik website Paylesser.com
2. Klik pada jenama yang diingini.

3. Klik 'get coupon' dan copy kod tersebut.



4. Pilih barangan yang diingini.


5. Masukkan kod tersebut dalam ruangan pengesahan pembelian.



6. Harga selepas diskaun. Dah laa dapat 68% diskaun. Lepastu dapat lagi diskaun RM5 selepas harga diskaun. Berbaloi weyh.

Kalau bukak paylesser ni memang rambang mata. Banyak sangat kupon dan voucher diskaun yang kita boleh dapat. Seperti Lazada...ia menawarkan Lazada voucher yang menarik kepada korang untuk terus berbelanja dengan harga yang lebih berpatutan di Lazada. 

Korang juga boleh dapatkan latest offers dan kupon menarik seperti di spa, tempat makan dan sebagainya di Groupon. Tak perlu dah susah-susah nak tunggu diskaun ke ape.

Dengan adanya cara ni sangat memudahkan korang untuk merasai pengalaman berbelanja dengan lebih baik. Nampaknya, makin berejam lah korang menghadap PC atau phone lepas ni. Hahaha... 

Mudahkan?? Jadi.. Kenapa perlu berbelanja lebih? Paylesser kan ada. Hihi.. 

Hopefully, dengan cara ni dapat membantu korang untuk lebih bijak berbelanja secara online

3 Comment:

Trip kitorang diteruskan pada pagi Ahad. Eh? Trip ape ni? Emm.. Trip ke Sungai Lembing laa.. Hahaha.. Lambat betul aku sambung. Mahap ler.....

Indahnya Ciptaan Allah!

8:18 AM Mera Hussain 3 Comments

Trip kitorang diteruskan pada pagi Ahad. Eh? Trip ape ni? Emm.. Trip ke Sungai Lembing laa.. Hahaha.. Lambat betul aku sambung. Mahap ler.. Akak busy dik non. Harap sudi baca ea. Heeee.

Sebelum ni memang aku pernah plan nak ke Sungai Lembing ni dengan kawan -kawan office aku. Katanya, kat sini air terjunnya cantik! Bila dapat peluang bersama KBBA ni memang tak lepaskan lah. Tak sabar weyh nak tengok depan mata. 

Pagi-pagi kitorang dah bersiap nak pergi mandi air terjun. Perjalanan kitorang dari resort menuju ke Lubuk Beruk mengambil masa lebih kurang 20minit dengan menaiki 4x4. 

Laluan untuk 4x4 pun memang adventure. Redah sungai kecil, langgar lopak air yang besar. Lagi lah malam tu hujan, so jalan agak teruk sikit. Memang best giler! Pengalaman yang berbeza semasa aku kat Taman Negara dulu. 

Sampai je di Lubuk Beruk kitorang perlu melintas sungai ni untuk ke seberang dan barulah hiking ke rainbow waterfall.
Mungkin disebabkan hujan pada malam tu air agak deras, jadi kitorang disuruh pegang tali kuat-kuat suaya tak terlepas. Sungai ni boleh tahan dalam jugak. Aku masuk pun air cicah paras pinggan.Huhu... Masa ni taya fefeeling takut baju, kasut semua basah. Memang korang wajib basah! Hahaha..

Tetiba tertarik pulak dengan batu-batu yang ada kat tepi sungai ni. Cantik je. Macam disusun. Unik kan? 
Perjalanan kitorang diteruskan lagi untuk menuju ke rainbow waterfall. Untuk sampai ke atas tak jauh sangat pun. Lebih kurang 1000meter je untuk sampai ke atas. Hmm, kalau Wak hoq boleh takkan laa korang tak boleh kan? Gitew. Hahaha 

Tengah-tengah hiking kat lerengan bukit dah boleh dengar bunyi air, nampak air turun mengalir kat batu-batu, haihh tak sabar nak sampai. 

Lepas 45minit berjalan, akhirnya kitorang sampai di rainbow waterfall! Subhanallah!!! Cantiknyaaaa!!!!
Masa ni tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Tak sangka boleh nampak keindahan ciptaan Allah yang cantik sangat. Kebetulan kitorang datang memang pelangi muncul pada waktu kitorang sampai. Teruja tau. Terujaaaa!! Haaa

So, tanpa buang masa kitorang terus terjun masuk dalam ni. Air dia memang sejuk gila. Hahahhaa. Nah aku payung sikit gambar kitorang kat sana. Heee





Tapi apa yang aku nak ingatkan kat sini, pastikan korang pakai kasut waktu mandi kat sini sebab dalam ni kawasan berbatu. So agak sakit laa tapak kaki korang kalau mandi tak pakai kasut. Batu dia pun agak tajam. Paling penting jangan cuba buat terjunan pandalela ea. Tak pasal-pasal berdarah kepala korang nanti. Huhuhu

Lepas dah hampir sejam berendam, masing-masing naik dengan muka kelaparan. Haahaha. Tula seronoknya join trip dengan Xcape Resort ni. Mereka akan bekalkan makanan masa kat atas ni.

Sejuk-sejuk macam ni, makan maggi cup dengan milo panas pun sedap. Huhu

Dalam jam 11.30pagi kitorang turun dan pulang ke resort. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak ke sini. Tak dapat pergi dengan officemate tapi dapat pergi dengan kawan-kawan blogger KBBA. Alhamdulillah.

Terima kasih Xcape resort untuk aktiviti dan juga penginapan yang selesa sepanjang dekat Sungai Lembing ni. Ada waktu dan umur yang panjang aku akan ke sini lagi insyaaAllah. Hehehe.




Photo by: Ayu Jean, Afiq Halid

3 Comment:

Bermula hari ni 7hb Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016,  Sunway Lagoon telah dipenuhi dengan zombie dan hantu yang mana hantu-hantu ni sem...

Atasi Ketakutan Di 'Night Of Fright 4' Sunway Lagoon!!

8:32 AM Mera Hussain 2 Comments

Bermula hari ni 7hb Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016,  Sunway Lagoon telah dipenuhi dengan zombie dan hantu yang mana hantu-hantu ni semua akan menghantui hidup korang jugak! Haaaa..  Hahaha... Takde laa.. Aku tipu je.. Heee

Ini bersempena dengan "Night Of Fright 4" yang akan berlangsung selama sebulan di Taman Tema Sunway Lagoon.
Apa yang buat aku rasa tertarik nak pergi, mereka akan membawa korang bertemu secara 'face to face' dengan hantu-hantu dari lagenda tempatan, Hollywoods dan juga hantu misteri moden yang dibawa secara live! Haaa... Kalau tengok video pun dah seram inikan tengok face to face. Agak-agak meremang tak bulu roma? Haaaa

Masa aku datang ke sini dengan geng KBBA, aku tengok ramai yang berpakaian hantu dan muka dah disolek real mengikut watak hantu. Katanya, ini adalah tarikan terbaru yang menjanjikan ketakutan tahap max dan keseronokan berganda. Kalau korang penakut macam aku memang seram la weyh. Aku nak dekat pun tak berani. Hahaha. Tapi memang enjoy gila. 

Kalau korang nak tahu, banyak watak hantu berkeliaran dalam kawasan Taman Tema ni. Sapa yang kena kejar tu beruntung la. Baru betul-betul dapat pengalaman keseronokan berganda. Hahahhaa

 Photo by: Ayue jean
Photo by: Ayue jean
Kat sini ade banyak zon dan rumah hantu yang menyeramkan tau. Antaranya Malaya High School, Chaonei No #81, Diyi-Journey Of Judgement, Kevil Hill Cryonic Corporation HQ dan banyak lagi.. So kalau rasa teringin sangat nk masuk tapi tak kuat nak hadap hantu-hantu tu sila jalan tutup mata macam aku eh. Haha

Ini adalah pengalaman pertama aku pergi sini dan seriously aku seronok! Tapi disebabkan kesuntukan masa dan waktu ade jugak tempat-tempat yang kitorang tak sempat masuk. Huhu

Sejujurnya aku masih tak dapat atasi ketakutan aku sepanjang dalam ni. Seriously, masuk rumah hantu sana sini tak sah tak menjerit. Kesian rambut kak ayu aku tarik. Habis rosak. Hahaha.. 


Sampai begitu sekali penakut aku ni. Nak amik gambar and selfie dengan hantu-hantu ni takya cakap la.. Memang aku tak berani. Ade sorang dua hantu je aku selfie. Seram weyh muka diorang. Orang lain yang selfie sana sini tu takde rasa takut ke? Pelik aku. Hahaha..
Dengan hantu ni je laa aku berani dekat. Sebab dia comel. Hahah
Kalau korang pun nak rasa sendiri and cuba atasi ketakutan korang di NOF4 ni boleh rujuk butiran kat bawah ni. 

Tempat:
Taman Tema Sunway Lagoon

Tarikh:
7 Oktober - 31 Oktober 2016

Masa:
7.30pm - 11.30pm

Hari:
Jumaat - Ahad


Tiket :

RM58 (harga biasa)

RM50 (harga pelajar)

RM120 ( Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket NOF4 

RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)


Untuk info lanjut :

Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com

2 Comment:

Hujung minggu ni malas pulak nak keluar. Cuaca panas kat luar, so rasa nak duduk rumah je. Macam pelik kan bila cuti-cuti macam ni aku dudu...

Agak-Agak Boleh Buat Menantu Tak???

6:37 AM Mera Hussain 5 Comments

Hujung minggu ni malas pulak nak keluar. Cuaca panas kat luar, so rasa nak duduk rumah je. Macam pelik kan bila cuti-cuti macam ni aku duduk rumah. Selalunya aku mesti keluar. Pantang ada cuti merayap je. Hahaha. Elooo.. Sis dah insafff. *mak pesan simpan duit untuk kawen. Hahaha

Hari ni cuti-cuti mood rajin aku datang pulak. Haa.. Dariapada dok melepak twngok tv je kan baik aku kemas almari baju aki, bilik aku yang macam tak berapa sedap mata memandang ni. Huhu
Tengok? Menimbun kan pakaian aku? No baru sikit. Ada sebahagian lagi dari alamari aku tak keluarkan. Hahaha..

Biasa laa perempuan ni kan. Setiap kali pergi shopping mall balik mesti bawak plastik baju. Sampai satu masa ko sendiri nampak almari baju tak muat. Hahaha. So, sekarang ni lah masanya konsep 5S tu berguna untuk aku. Hahaha..

Kalau pattern aku mengemas baju, aku tak suka kemas sikit-sikit. Aku akan kemburkan semua baju aku untuk lipat semula and susun balik cantik-cantik dalam almari. Baru aku puas hati. Hehehe
Tadaaa!!! Dalam masa 1jam lebih siap dah aku kemas semua ni. Haa.. Cantik tak aku lipat and susun? Agak-agak boleh buat menantu tak?? Hahahaa
Mana yang tak pakai aku dah tolak tepi. Huhu. So, almari aku pun dah muat. Kalau tak siap ade yang lipat kena letak luar sebab dah tak boleh nak masuk dalam almari. Hahaha. 

Harap-harap kekemasan ni berterusan sampai sebulan dua lah. Penat lah kalau setiap minggu asyik kena kembur je.. Lepastu kemas balik. Haihh

5 Comment: