Lamanya nak hilang parut chicken pox ni. Memang susah ea nak hilang? Dah lama rasanya parut ni tinggal kat muka aku.. Hampir 5 bulan dah....

Kita Tunggu Resultnya..

11:06 PM Mera Hussain 0 Comments

Lamanya nak hilang parut chicken pox ni. Memang susah ea nak hilang? Dah lama rasanya parut ni tinggal kat muka aku.. Hampir 5 bulan dah. 

Sebelum ni macam-macam jugak produk aku pernah guna.. Vita E, krim parut. Cara tradisional pun aku ada guna. Haa.. Tapi masih ada lagi kesan parut kat muka ni haa. *nangis tepi bucu katil. Huhu.

Masalah parut aku takda la teruk mana dah. Tapi masa awal-awal lepas aku kena chicken pox tu memang nampak teruk gila. Segan nak keluar tanpa makeup. Mesti nak tepek bedak, concealer, foundation kat muka ni haa bagi tak nampak parut. Huhu.. Tapi bila kawan-kawan suggest guna satu produk ni nampak jugak keberkesanannya..
Alhamdulillah parut nampak semakin pudar..Lama dah aku guna.. Lepas kena chixken pox tu terus beli. Tapi parut still tak hilang sepenuhnya. Aku rasa salah aku jugak sebab guna tak consistent. Time rasa nak guna aku sapu, kalau tak sebulan aku skip. Hahaha.. Patut la hilang. Pastu nak memarah kan? Hahaha..

Dua minggu ni aku mula guna secara conistent. Hari-hari aku sapu. Nak tahu jugak result dia dalam masa sebulan ni bila aku consistent guna. Hilang ke tak parut aku ni? Tunggu result dari aku nanti ye. Hehehe.. 

0 Comment:

Hmm.. Penat laa hari-hari macam ni.. Buat keje tapi macam tak dapat apa-apa benefit. Penat weyh.. Hmm Kenapa aku mengeluh? Kalau korang...

Sampai Bila Aku Nak Bertahan???!

9:53 PM Mera Hussain 13 Comments

Hmm.. Penat laa hari-hari macam ni.. Buat keje tapi macam tak dapat apa-apa benefit. Penat weyh.. Hmm

Kenapa aku mengeluh? Kalau korang jadi aku pun korang akan mengeluh. Aku rasa lagi teruk dari apa aku rasa. Kalau yang tak tahan mungkin dah hantar resign letter 24h!

Aku bukan tak seronok kerja kat sini. Seronok.. Cumanya aku rasa macam tak berbaloi dengan apa yang aku beri. Aku keluar tenaga and buat kerja tapi apa hasil aku dapat? Epf aku tak bayar.. Socso aku tak bayar.. Tapi bila tengok payslip, kedua-duanya dah ditolak sip-siap. Adil ke?

Bab gaji pulak. Every month aku akan dapat gaji lambat. Mesti lebih daripada tarikh yang dijanjikan. Kadang-kadang kita sendiri yang kena tanya "bila gaji?". Kalau setiap bulan macam ni, tak ke rasa mengemis. Hmmm

Kat company ni kerja menimbun. Kalau boleh semua benda nak siapkan. Bila dah terlalu banyak sampi kerja sendiri pun tak terkejar. Diorang ni tau nak untung je.. Tapi sikit pun taknak jaga kebajikan staff. Sedih weyh...

Cuma yang aku rasa seronok sini environment dia la.. Kawan-kawan ok, kerja tak push. Yang paling best, memang banyak benda aku belajar kat sini. Dari A hinggalah Z. Tapi bila certain-certain bab tu jadikan kita makin hari makin tak syok pulak keje. 

Orang lain keje yang berbulan-bulan caruman epf, socso diorang dilindungi. Apa patut aku buat eh untuk jaminan masa depan aku? Kalau nak suruh report ke apa ke tu semua dah buat. Agak-agak ada cara lain tak yang korang boleh suggest kat aku??? 

Aku dah patut fikir langkah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku. Kalau aki bertindak lebih agresif confirm kene buang keje. Tapi.. aku dah bersedia dah untuk dibuang kerja. Asalkan aku dapat hak yang sepatutnya aku dapat. Dah tak larat nak hadap benda ni. Huh

Sesiapa tahu ada kerja kosong tolong bagitau aku eh. Huhu..

13 Comment:

Yeahh!! Ke Pahang lagi kita kali ni.. Hehehe.. Alhamdulillah, trip ke Sungai Lembing akhirnya berakhir jugak (senyum lebar). Ini pengalaman...

Bestnya Sungai Lembing.

11:54 PM Mera Hussain 7 Comments

Yeahh!! Ke Pahang lagi kita kali ni.. Hehehe.. Alhamdulillah, trip ke Sungai Lembing akhirnya berakhir jugak (senyum lebar). Ini pengalaman kedua aku bersama KBBA selepas trip ke Taman Negara awal tahu lalu. 
Seronok?? Seronok gileeeee!!! Trip kali ni aku pergi bersama dengan 16 orang rakan dari KBBA. Memang happening habis mereka-mereka ni. Mudah betul terhibur. Hahaha.

Dalam jam 11.00malam kitorang bertolak dari KL dan konvoi bersama 4buah kereta dan 1biji motor. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4jam akhirnya tiba pada jam 2.30pagi. Malam tu kitorang singgah di homestay di Balok Perdana untuk rehatkan diri sebelum  memulakan aktiviti pagi sabtu. 
Seawal jam 9.00pagi kitorang dah keluar untuk pergi ke pekan Sungai Lembing. Perjalanan dari Balok perdana ke pekan Sungai Lembing mengambil masa lebih kurang 40min. Tak jauh dah dari homestay kitorang.

Lepas bersarapan dan jumpa Fied(tour guide) kitorang memulakan misi pengembaraan meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Sungai Lembing dengan menaiki 4x4. Best gileee...Huhu
Tempat pertama yang kitorang tuju adalah Muzium Sungai LembingKat sini diceritakan semua sejarah mengenai Sungai Lembing dari awal hingga akhir.
Untuk pengetahuan korang, nama Sungai Lembing ni asalnya diambil bersempena dengan nama 'lembing' iaitu sejenis senjata yang sering digunakan untuk memburu. 

Kisahnya pula berkisar pada sekumpulan pemburu telah merejamkan sebatang lembing pada seekor kijang. Demi usaha menyelamatkan diri kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tertusuk dibadannya. Kalau nak ikutkan panjang lagi kisahnya. Nak tau lebih gi bukak buku sejarah. Hehehe

Selain itu, terdapat juga barang-barang peninggalan zaman dahulu kala yang dijadikan sebagai sejarah. 









Setelah hampir satu jam lebih kitorang kat muzium, kitorang dibawa ke Tin Mine. Ini adalah kawasan lombong bijih timah zaman dahulu.

Lombong ni sebenarnya adalah lombong bijih timah yang terbesar di Malaysia. Ia terletak 700meter ke bawah dasar bumi.  Jom tengok apa yang ada kat dalam ni. Hehehe



Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar. Tambahan, aktiviti perlombongan ni telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi.

Dalam kita tak sedar, banyak sebenarnya tempat bersejarah yang belum kita ketahui. Tula, dulu masa sejarah taknak focus. Sekarang baru nak amik tahu sejarah Malaysia. Hahaa
Sebelun meneruskan misi, kitorang berhenti rehat kejap untuk mengisi perut. Masing-nasing kelaparan. Tengok batu dalam lombong pun nampak macam ayam goreng. Hahaha.. 

Misi pengembaraan diteruskan selepas makan tengah hari.. Tempat ketiga yang dituju adalah Jambatan Gantung Kolong Pahat.
Kat sini kitorang melawat kedai biskut yang boleh dikatakan famous kat Sungai Lembing ni. Kat sini terkenal dengan biskut dan juga Taufu fa.

Kedai ni terletak dekat deretan kedai selepas turun dari jambatan gantung ni. Haa.. Tapi...nama kedai yang kitorang pergi ni aku tak ingt la pulak. Hehehe

Kat kedai Aunty ni lah yang jual biskut macam rribbon tu. Bukan tu je. Dari biskut ke ubat batuk sampai la ke minyak urut. Semua dia ada jual. Hahaha.. Korang kalau datang ke sini, singgah dan try rasa biskut dia. Mesti nak beli. 


Aku panggil biskut ribbon. Hee
Alhamdulillah, misi pengembaraan di sekitar pekan Sungai Lembing dapat kitorang cover sepenuhnya. Ianya bukan lawatan sesaja je tau. Banyak ilmu dan info mengenai Sungai Lembing yang kitorang dapat. Best giloooo. Huhuhu.. 
Setelah selesai, kitorang kembali ke tempat letak kereta. Selapas itu kitorang dibawa menaiki 4x4 untuk pergi ke destinasi yang seterusnya. Yang ni paling aku tak sabar! Hahaha. Nak tau sila baca entry seterusnya. Hihi

7 Comment:

Part IV : Sharila Resort, Pulau Perhentian Sepanjang aku berada di Pulau Perhentian, tempat penginapan aku selama 3hari 2malam memang ...

Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian

11:28 PM Mera Hussain 5 Comments

Part IV : Sharila Resort, Pulau Perhentian

Sepanjang aku berada di Pulau Perhentian, tempat penginapan aku selama 3hari 2malam memang best. Rasa taknak balik pun ade. Sampai sekarang pun aku masih tak boleh nak move on lagi rasanya. Huhuhu


Kenapa aku kata penginapan kat sini terbaik?


Sharila Resort ni adalah salah sebuah resort yang exclusive dan famous di pulau Perhentian Kecil. Lokasinya yang sangat strategik juga berdekatan dengan Teluk Aur. Resort ni terletak di kawasan coral beach yang mana 21km untuk ke long beach



Sharila Resort ni mempunyai bilik sebanyak 99 unit yang terdiri dari bilik standard hingga banglo. Mesti  mahalkan? Emm, agak-agak berapa aku bayar untuk menginap kat sini??Huhuhu


Kat sini banyak kategori bilik yang ada. Untuk trip aku hari tu, aku dapat bilik Deluxe. Meh, tengok.



Susunan bilik pula mengikut urutan dan mudah untuk dicari. Tapi masak laa sape dapat bilik belakang. Jauh woo nak jalan. Lagi-lagi kalau baru balik hiking, ko rase macam nak ngesot je balik bilik. Tak larat nak jalan jauh. Hahaha
Seni bina bilik di Sharila Resort ni berkonsepkan rumah chalet yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan semula jadi dengan menggabungkan persekitaran yang baik. 

Walaupun bilik ni dikhaskan untuk 3 orang namun ruangan bilik yang luas ni boleh memuatkan seramai 4 orang(maximum). Tapi kene gabung katil ler.. Baru save cost.Heee


Kemudahan yang disediakan pun cukup lengkap. Ada aircond dan kipas kat setiap bilik, hot shower, astro, international direct dial, laundry dan yang paling best 24jam elektrik ada. Heee.. *iron pun ada tapi kalau nak mintak kene call receptionist.(tapi aku tunggu hari tu manjang takde. Sila upgrade service korang).

Ruangan menunggu
Dalam kawasan Sharila Resort ni cantik sangat. Kiri kanan dikelilingingi dengan tumbuh-tumbuhan. Bila jalan kat situ redup je.. Tapi waktu malam takut jugak la. Sebab takde lampu so, agak takut jugak la kalau alan sorang-sorang. So, better berteman kalau kat sana ok. Huhu


Selain daripada tu, juga terdapat mini bar, dan sunset restoran bersebelahan dengan kaunter receptionist. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam juga disediakan pihak resort disini. Diorang ade chef sendiri tau. Makanan sesedap pulak tu. Heee

Pengalaman aku sepanjang 3hari 2malam kat sini rasa kejap sangat. Tapi seriously rasa puas dengn trip ni sebab dapat duduk kat resort yang cantik dan selesa, makan sedap-sedap dan dapat pengalaman snorkeling yang superb best!!

Korang mesti nak tau harga bilik kat sini. Meh aku tunjuk

Kategori Bilik (Shoulder - Super Peak)
Standard chalet : RM180 - RM290
Deluxe chalet : RM260 - RM350
Suite chalet : RM340 - RM430
VIP suite : RM480 - RM590
Bungalow : RM1100 - RM1500

Merecik tengok harga dia kan?? Hahahaha.. Untuk pengetahuan korang harga bilik ni tak termasuk gst lagi.

Tapi, aku cuma bayar RM350 untuk penginapan, makan dan trip snorkeling. Semua ni sebab Perhentian Kravers. Tak sia-sia jumpa diorang ni. Sebab diorang aku dapat menginap kat resort yang aku inginkan ni. Bayangkan la pakej yang diorang tawarkan sangat berbaloi dan murah! Tu belum cerita service dia lagi. Memang korang akan rasa nak repeat perhentian buat kesekian kalinya. *macam aku la. Hahaha. Ok sampai sini je. Hehe

Info lanjut mengenai Sharila Resort:-

Website :-

atau dapatkan package bersama:-

Instagram :-

5 Comment:

Hari tu aku ada bertanyakan di  facebook . "Ikhlas tu macam mana nak describe eh??" Sebenarnya aku faham maksud ikhlas....

Apa Erti Ikhlas???

11:17 AM Mera Hussain 4 Comments

Hari tu aku ada bertanyakan di facebook.

"Ikhlas tu macam mana nak describe eh??"
Sebenarnya aku faham maksud ikhlas. Ikhlas ni ertinya apabila kita melakukan sesuatu perbuatan atau memberi pertolongan dengan niat kerana Allah S.W.T tanpa meminta sebarang pembalasan atas perbuatan tersebut.

Tapi yang menjadi persoalan aku kat sini bagaimana kita nak tahu seseorang itu melakukan perbuatan dengan ikhlas seiring dengan niat dan hati yang ikhlas??

Ini sebahagian jawapan dari rakan facebook :-
Ada satu kiriman dari seorang rakan whatssap aku yang baik hati explain benda ni kat aku. 
Ya, sebenarnya konsep ikhlas ni mudah je kalau kita betul-betul faham. Bila niat kita betul-betul nak membantu kerana Allah S.W.T tanpa meminta sebarang pembalasan, InsyaaAllah kita akan diberi ganjaran pahala dariNya.

Untuk lebih faham.. Cuba baca satu kisah dibawah ni.

“Mari aku ajarkan kamu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”

“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”



Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu.  
Perasan tak, kadang-kadang kita ni ikhlas nak membantu ataupun bila orang mintak tolong pada kita, kita sanggup je buat. Tapi sebelum kita rela lakukan sesuatu tu kita dah merungut macam-macam. Tak pun, tengah kita buat tu kita complain macam-macam. Kan?? Kan?? Kan??

Untuk kita mengetahui seseorang tu betul-betul ikhlas dalam melakukan perbuatan itu memang sukar. Dari segi zahir, Ya. Mungkin kita boleh nampak seseorang tu ikhlas melalui perbuatan tapi samada perbuatan itu seiring dengan niat atau tidak ianya tidak diketahui.

Kadangkala kita ni lalai. Kita tak sedar ada kala kita Riyak dalam beramal. Jadi betul la pepatah mengatakan "ikhlas" ni ibarat semut hitam diatas batu hitam yang berjalan dalam kegelapan malam. Ianya rahsia diantara manusia dengan Allah S.W.T..

Ada jugak yang bagi jawapan kelakar untuk soalan ni. Tergelak baca.. Haha.. 

Apapun, thanks pada semua yang sudi berikan komen dan pandangan atas soalan aku. Semoga lepas ni kita boleh betulkan niat dan ikhlas dalam segala perkara. *peringatan diri nih. 

4 Comment: