Tunku Ismail berang terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan video pelancaran jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini yang...

Tunku Ismail Berang Isu Jersi JDT!

10:13 PM Mera Hussain 2 Comments


Tunku Ismail berang terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan video pelancaran jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini yang dikatakan 'mirip' kepada iklan Nike di Brazil pada tahun 1998.

Perkara itu jelas tidak menyenangkan pemilik kelab dari selatan tanah air itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Jom baca antara petikan yang diungkapkan oleh Tunku Ismail Suktan Ibrahim :-

"Buat masa ini, kita perlu bertanya kepada diri sendiri mengenai perkembangan bola sepak tempatan dan bukannya mencari kesalahan orang lain yang mana menjadi sebab kepada kesukaran bagi negara ini untuk bergerak ke hadapan. "Ini kerana mentaliti dan tahap pendidikan sesetengah individu itu lebih tertumpu kepada perkara yang kecil dan tidak berfaedah.

"Lebih mengecewakan, saya mempunyai ramai kawan dari setiap bangsa tetapi ini membabitkan bangsa saya sendiri yang mempersoalkan Institusi Diraja dan pasukan bola sepak, saya tidak melihat bangsa lain menghentam perkara seperti ini. "Mereka berusaha untuk membiayai keluarga mereka, sedangkan kita berusaha untuk 'membunuh sesama sendiri'. 

"Ini adalah kelemahan Melayu sejak dari dulu lagi. Sekiranya kamu mahu negara ini bergerak ke hadapan dan mahu melihat keadaan bola sepak lebih baik, sila tukar mentaliti dan minda anda," kata Tunku Ismail dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Selanjutnya disini

2 Comment:

Pada 2 Januari 2016 yang lalu, aku ada join bengkel fotografi  kat Agrofarm. Aku ada buat entry tu 2 minggu lepas. Haa ingat tak? Ingat tak...

Aku Rekemen Resort Agrofarmstay!

8:29 AM Mera Hussain 4 Comments

Pada 2 Januari 2016 yang lalu, aku ada join bengkel fotografi kat Agrofarm. Aku ada buat entry tu 2 minggu lepas. Haa ingat tak? Ingat tak? Emm Tak tauu? Tak bace lettuw! Sentap makcik. Penat taip panjang-panjang. Huh

Bengkel ni telah diadakan di Agrofarm Skill Tech Durian Tunggal, Melaka. Haa, aku suka sangat dengan resort ni dan aku nak rekemen Agrofarmstay ni pada korang. Sebab? Meh scroll.


Haa,, Cantikkan tempat ni? Tenang je.. Pada aku la tempat ni boleh dikatakan kawasan ala-ala kampung sikit. Jadi, bila ada suasana kampung macam ni, tentu-tentu laa mendamaikan kan? Haa,, tenang gitew.. Hehe.. Jom tengok apa yang ada kat dalam Agrofarm stay ni.

PENGINAPAN

Di Agrofarm ni terdapat pelbagai jenis penginapan  yang disediakan. Antaranya:-

1. Villa 14 bedded.



2. River View 6 bedded



3. Garden View 8 bedded


Cantik-cantikkan? Paling best kalau duduk villa tu. Besar kau.. Main sorok-sorok pun belum tentu jumpa. Hahaha.. Harga untuk setiap bilik adalah berlainan dan tidak terlalu mahal.  Boleh rujuk sini. Hehehe

KEMUDAHAN

Dari segi kemudahan yang disediakan pun lengkap dan bersih. Nampak kemas dan tersusun je semua. Antara kemudahan yang ada:-

Dewan seminar
Dewan seminar ni siap dilengkapi dengan sistem PA, mikrofon, carta flip, projector dan juga papan putih. Memang lengkap la. Datang dengar ceramah je. Hehe

Bilik mesyuarat/bilik seminar


Surau terapung
Dewan makan.
Dewan makan ni pulak agak terpinggir jauh sikit dari tempat penginapan. Tapi pemandangan dia agak cantik laa sebab berhadapan dengan rumah warna warni tu. Hehehehe..

PET FARM
Dekat sini terdapat beberapa haiwan yang korang boleh lawati. Dah nama pun Agrofarm kan. Takan laa takde binatang. Huhu


Nama kuda ni bujang.  Dalam diam bujang ni agresif jugak. Sape yang baik dengan bujang, bujang akan tinggalkan love bite untuk dia. Hahahaha..  Sweet bujang ni. Beruntung Syima. Hahaha


Sebenarnya banyak jugak binatang kat sini tapi disebabkan pihak Agrofarm dalam proses membuat penambah baikkan tempat ni, haiwan-haiwan yang lain dipindahkan ke tempat lain. Jadi, ini je la yang ade kat sini. Hehehe

TEMPAT BERIADAH

Kat depan villa ni ada satu laman atau padang yang luas tau. Sesuai sangat kalau nak buat aktiviti zumba ke senamrobik atsupun sukaneka.


Nampak ni.. Semangat kitorang berzumba pepagi buta. Merecik laa jugak peluh. Huhuhu

Kolam renang
Kolam renang ni bersih. Hari-hari pihak Agrofarm cuci. Memang dijamin la kebersihan dia. Yang kat bawah bumbung tu bahagian kanak-kanak dan tidak terlalu dalam kalau nak main. Jadi,  selamat untuk kanak-kanak mandi. Apa pun, jangan bagi anak mandi sendirian. Pemantauan dari ibubapa tu penting. Hehehe


Bilik karaoke
Selain dari tu, kat sini pun ade bilik karaoke.. Bilik ni unik sebab berbentuk kasut. Yang hantu karok mesti suka dengan rumah kasut ni. Kalau dah masuk mesti taknak keluar punya... Hehehe.. Haa,, Puas hati kau. Bunyi speaker best. Bilik ni disewa mengikut jam.. Memang selesa lah. Rasa nak tidur dalam ni pun boleh. Hehehe.. 

Untuk pengetahuan korang, pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat sini sebenarnya. Contohnya, aktiviti team-building, kem bina diri, mesyuarat, hari keluarga.. Nak buat kerja kahwin kat sini pun boleh. Tapi yang tu kene bincang dengan pihak pengurusan kat sini lah. Hehehe

Pada aku..tempat ni memang selesa dan aku rekemen sangat kat korang kalau nak buat aktiviti. Lagipun kat sini memang tenang dan jauh dari kesibukan kota yang bising lagi membingitkan tu kan. Bagus jugak line fon takde kat sini. Takde la sibuk nak bersosial dengan gajet je.Hehehe..

Tapi setiap yang cantik kat mata kita pasti ada sedikit cacat cela jugak kan? Aku cuma nak komen sikit la.. Lebih baik rasanya kalau setiap bilik disediakan penyapu. Untuk mereka yang menginap lama mungkin tak selesa rasanya tinggal dalam bilik yang kotor. Sedangkan rumah hari-hari oun kita sapu. Takkan kita sewa bilik seminggu, sepanjang seminggu tu bersih kan? Hehehe..Harap pihak Agrofarm dapat menambah baikkan lagi sedikit kekurangan yang ada.. Apa pun, aku enjoy dengan bengkel dan suasana kat sini. Aku rekemen sangat tempat ni pada korang!

Bersama pengurus Agrofarm.
Sebarang pertanyaan mengenai Agrofarm boleh hubungi pihak pengurusan Agrofarm yang tertera dibawah.

Alamat :
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka
Hubungi :
Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623
Laman web:
Facebook:

4 Comment:

Balik kerja tiba-tiba dapat panggil dari mak. Aku terkejut jugak kenapa lah mak aku call. Sedangkan mak aku baru je lepas call aku dalam ja...

Pak Ngah Pergi Dalam Sekelip Mata.

5:26 AM Mera Hussain 7 Comments

Balik kerja tiba-tiba dapat panggil dari mak. Aku terkejut jugak kenapa lah mak aku call. Sedangkan mak aku baru je lepas call aku dalam jam 4.00petang. Rupanya ada khabar tak baik yang sampai di telinga aku.

Jam 6.00petang pak ngah aku telah di jemput ilahi disebabkan kemalangan jalan raya di kampung aku. Terkedu aku. Tatau nak cakap ape.. Pak Ngah aku pergi dalam sekelip mata!! Sedihnye...



Ya Allah bila aku tengok gambar sayu sungguh hati aku. Kedua-dua moto hancur. Pak ngah aku meninggal kat tempat kejadian. Mat indon tu pulak parah katanya.

Bila aku tengok gambar whatssap yang dihantar oleh saudara mara tiba-tiba aku teringat kejadian yang menimpa keluarga aku dulu. Ayah aku pun meningal dalam kemalangan cuma bezanya situasi je. 

Kadangkala kita sudah cukup berhati-hati ketika berada dijalan raya tapi kemalangan tetap datang menimpa. Semuanya sudah ketentuan. 

Innalillahiwainnailaihirajiun.. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah pak ngah aku dan moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah. 

Peringatan buat kalian... 

Berhati-hatilah dijalan raya.  Biar lambat asal sellamat. Peringatan buat diri aku jugak yang menunggang motosikal. 

7 Comment:

Haa ingat tak beberapa bulan lepas aku ada update entry mengenai brand F.O.S yang terdapat di Zalora . Disebabkan entry tu aku d...

Dapat Voucher RM100 Dari Zalora!!

8:23 AM Mera Hussain 5 Comments

Haa ingat tak beberapa bulan lepas aku ada update entry mengenai brand F.O.S yang terdapat di Zalora.


Disebabkan entry tu aku dapat voucher percuma bernilai RM100 dari Zalora weyh. Perghhh!! Asyuk gile.. Hahaha..


Tapi voucher ni tak boleh ditebus dengan tunai. Dalam syarat tu pun dah bagitahu voucher ni valid unthk barang yang non-sales market place dan yang ade diskaun. Maka gigih la aku scroll nak cari barang bikan sales. Huhuhu.. 

Dah la masa tu Zalora memang tengah buat sales. Mostly barang dia semua sales. Nak jumpa barang yang tak sales ade jugak tapi banyak cecah RM100 ke atas.

Haa, sebelum tu aku nak cerita sikit kisah disebalik kejadian voucher ni. Huhu.. Sebelum aku beli beg ni aku ade pilih beg lain. Tapi aku tersalah buat payment. Aku tak gunakan voucher ni tapi aku terpilih COD dan alamat yang aku billing tu salah jugak. Hahaha..

Bile aku email untuk batalkan pembelian aku kene masuk FAQ untuk buat pembatalan pembelian. Tapi aku tak faham sangat sampai aku main balas-balas email dengan pihak Zalora. Hahaha.. Lastly aku tak buat pun FAQ tu dan staff dia dah call aku nak buat penghantaran. Baru aku bagitahu yang aku batalkan pembelian tu. 

Nasib baik dia tak marah. Bagus betul staff Zalora nie. Kalau tak habis dah aku viralkan macam kisah FMK. Hahahah.. 

Apa pun semuanya dah settle. Akhirnya last tarikh voucher tu jugak baru aku dapat pilih dan beli terus barang yang aku pilh tu. Huhu... Aku pilih handbag brand Zalora. Nah aku tunjuk!


Bile dah sampai depan mata pun cantik! Tak sia-sia aku gigih cari. Besar sangat tak kecik sangat pun tak. Yang sedang-sedang sajaaa.. Haa giteww. Hehehehe.. Terima kasih Zalora untuk voucher ni. Hehehe..

Emm,, korang kalau nak shopping dengan Zalora mesti gigih macam aku jugak kan. Sebab rambang mata. Tak tau nak pilih ape. Huhuhu

5 Comment:

Nak mempelajari ilmu fotografi ni bukan mudah. Ade orang mampu beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu apa fungsi kamera tu  Tapi, pada 2...

Mempelajari Ilmu Fotografi Bersama Adhadi Mohd

6:04 AM Mera Hussain 4 Comments

Nak mempelajari ilmu fotografi ni bukan mudah. Ade orang mampu beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu apa fungsi kamera tu 


Tapi, pada 2 Januari lepas aku diberi peluang untuk menghadiri satu bengkel fotografi bersama En. Adhadi Mohd di Agrofarm, Melaka. Hehehe... Kalau nak tahu ni adalah event pertama aku untuk 2016 yang aku join dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari tau.


Pertama kali dapat ikuti bengkel ni memang aku agak jakun dan teruja sikit la. Hehe.. Bengkel fotografi kot. Sape yang taknak join. Bukan senang nak dapat ilmu macam ni dari orang yang berpengetahuan tinggi tentang fotografi ni. So, jangan jeles laa kalau gambar aku cecantik semua lepas ni. Hahahha

Emm ,tapi aku ada rase sedih sikit la.. sebab aku datang tanpa membawa apa-apa kamera canggih kan. Pakai camera handphone je. Tak mampu nak beli dslr. Sobb..sobb.. Tapi ape pun ilmu tu yang penting. Sebab lepas ni dah boleh laa kumpul duit beli dslr satu. Takpun, mane tau ade yang sedih bace entry aku belikan aku dslr satu kan. Huhuhu.. *berangan kau mera. Hahaha


Bengkel bermula pada jam 10.00pagi - 4.00petang. Sepanjang bengkel berjalan, banyak tips dan pengajaran yang En. Adhadi Mohd ni kongsikan pada kitorang.

Sebenarnya dalam ilmu fotografi yang aku pelajari, apa yang penting adalah maklumat yang ingin disampaikan tu haruslah jelas dan memfokuskan objek kepada apa yang disampaikan. Haaa... Sebelum ni aku tangkap gambar main bedal je kan. Tak tahu apa motif. Asal nampak cantik terus upload. Hahahah


adhadi mohd
Haa,,, kau tengok, memasing kemain fokus. En. Hadi kata bagus kalau dapat murid macam kitorang ni. Senyap je. Hehehe


Kalau nak diikutkan banyak yang aku belajar dalam kelas En. Adhadi ni.  

Ok, meh aku kongsi sikit teori praktikal yang aku pelajari dalam bengkel ni. Hehehe

Teknik Pengcahayaan


Gambar ni aku snap guna fon aku yang cekia ni je. Tak sangka fon aku pun ade jugak sikit-sikit function macam dekat dslr kan. Hehehe . Cahaya ni pulak ada pelbagai jenis. Aku bagi contoh je la kalau korang ambil gambar dibawah sinaran matahari terik gunakan reflector untuk diffuse cahaya supaya objek tersebut tidak menerima cahaya yang keras. Dapat? Tak dapat pi google. Heheh



 Boleh jugak gunakan kertas sebagai reflector

LatarBelakang / Bukeh

Pada aku latar belakang ni penting sangat sebab kalau takde latar belakang lebih baik ambil gambar pasport je kan. Huhuhu.. Contohnya kalau korang nak ambil gambar nampak awan, jangan ambil gambar langit kosong, pastikan ade awan supaya langit kelihatan cantik untuk dijadikan latar belakang.  Jadi cari latar belakang yang baik untuk hasilkan gambar yang baik...

Makin lama makin seronok bengkel ni. Masing-masing tekun dan fokus mendalami ilmu fitigrafi ni. Huhuhu

Duduk dalam dewan je lama-lame bosan jugakkan? Jom kita buat praktikal kat luar pulak. Hehehe



Selain daripada tu, En. Adhadi ada jugak ajar kitorang tentang ISO, Shutter, Rules of third dan Aperture. Kesemua ni sangat penting dalam setting camera untuk snap gambar. 

Fuhh banyak kene balajar ni.  Tapi nasib baik lah ade DVD tutorial dari En. Adhadi ni. So boleh la belajar car

4 Comment:

Sape tengok melodi hari ahad hari tu mesti tau tentang Nanafa Juta Beauty produk ni. Sebab pengasas dia baru je keluar tv masa rancangan me...

Nanafa Juta Beauty -Licin Monne Putih Seppo!

5:01 AM Mera Hussain 4 Comments

Sape tengok melodi hari ahad hari tu mesti tau tentang Nanafa Juta Beauty produk ni. Sebab pengasas dia baru je keluar tv masa rancangan melodi hari tu. Hehehe.


Nanafa Juta Beauty ni telah mengeluarkan 2 produk khas untuk para wanita yang inginkan kulit tampak cantik dan segar. Haa, sape tak nak cantik kan. Tipu laa kalau taknak.. Huhuhu.. Haa, meh nak cerita sikit tentang produk ni. 

Nanafa beauty ni didatangi dengan 2 jenis produk dimana terdapat blanco serum dan juga blanco bar(pencuci muka) dalam satu set..  


Serum ni best weyh..  Sejuk je bila pakai. Muka langsung tak melekit. Selain tu jugak nanafa beauty produk ni banyak kelebihan dia.. 

- Menghilangkan jerawat pasir
- Menghilangkan jerawat batu
- Mencerahkan kulit secara sekata
- Memudarkan parut jerawat
- Memudarkan jeragat
- Mengekalkan kelembapan wajah
- Mengecilkan pori-pori kulit
- Menganjalkan dan mencerahkan kulit
- Membuang toksinp

Penggunaan produk ni mudah je.. Ianya boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Selepas menggunakan serum ni boleh terus apply krim harian pada muka yang korang gunakan setiap hari macam biasa. Tu je. Senang je. Hehehe

Selain tu, Nanafa Beauty ni ada mengeluarkan produk khusus untuk kaum adam diluar sana. Tapi bukan untuk penjagaan kulit muka tau. Yang ni lain sikit. Hehee..

Biasanya yang aku tahu produk-prosuk macam ni yang ade jual kat luar sana khusus untuk perempuan. Tapi kali ni ianya direka khas untuk penjagaan khusus bagi kaum lelaki. Ecehh! Malu pulak nak sebut. Hahaha.. So, paham-paham je la ea. 
Nah aku perkenalkan.... Jeng jeng jengg!!


Ini adalah satu-satunya produk yang ade dekat Malaysia dan keluaran pertama dari Nanafa Beauty tau. Produk ni akubtak pakai tapi aku nak share dengan korang kebaikan dia je. Kang aku pakai macam pelik pulak dan lain pulak jadi.  Hahahah..

Ni adalah kelebihan yang terdapat dalam Heroes Men Wash daripada Nanafa Juta Beauty.

1.Beatin - anti keransangan pada kulit. Mempunyai fungsi antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini.

2.Extra sireh - mengurangkan radang kulit dan melegakan kegatalan.

3.Glycerine - mencerahkan warna kulit.

4.Sea salt - melegakan kegatalan kulit.

5.Catuba extract - membantu mengatasi masalah mati pucuk.

6.Menthol crystal - meningkatkan pengaliran darah dengan meningkatkan pengangkutan oxygen.

7.Free paraben, free sles, free silicone

So, pada kaum adam kat luar sana boleh la dapatkan produk Heroes Man Wash kalau nak rasa kenikmatan dan kehebatan produk ni. Cewahh aku! Macam pakai je cakap. Hahaha.. Tapi pada aku tak salah. Tak semestinya perempuan je kene jaga kebersihan kan. Lelaki pun boleh. Sama-sama jaga kebersihan lagi bagus kan? Heeee.

Korang jangan risau dan jangan ragu-ragu dengan produk Nanafa Beauty ni.. Sebabnya kesemua produk keluaran Nanafa Juta Beauty ni telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, ianya selamat digunakan. Haaa..

Nak tahu harga tak? Murah je.. Mampu milik tau. Hehe.. Harga bagi 1set Blanco bernilai RM80. Ianya juga boleh dibeli secara berasingan.  Blanco Bar hanya RM40 satu dan harga bagi Blanco Serum RM50. Mampu milikkan? Hehehe.. So lepas ni Licin Monne Putih Seppo la korang semua. Huhuhu..


Untuk pembelian secara online atau mahu mengetahui lebih lanjut tentang produk, boleh layari :



Hubungi :
016-412 6546
016-980 6500

Terima kasih tak terhingga kepada pihak Nanafa Beauty kerana sudi memberi tajaan kepada kelab blogger ben ashaari untuk event pertama bagi tahun 2016 yang diadakan di Agrofarm skill Tech Durian tunggal Melaka. 

4 Comment:

Pernah dengar tak tentang 3Bskin? Aku pun baru pertama kali tahu tentang produk ni.. Nampak menarik. Comel je packaging dia. Hehehe. Me...

3Bskin - Masalah Anda Penyelesaian Kami.

5:23 PM Mera Hussain 3 Comments

Pernah dengar tak tentang 3Bskin? Aku pun baru pertama kali tahu tentang produk ni.. Nampak menarik. Comel je packaging dia. Hehehe. Meh aku cerita sikit tentang 3Bskin ni. 


3Bskin adalah syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang mempunyai impian dan minat yang mendalam untuk menceburi industry kesihatan dan kecantikan. Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”. 

Yang ni adalah serum dan hydrating jelly mask.
Produk 3Bskin ini di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengenalan Produk 3BSkin 1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum 


Produk ini menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja. Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki. 




Penamaan bagi jenama 3Bskin adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi. Konsep bagi produk kami adalah penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal). Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan. Visi kami adalah memberikan pelanggan pengalaman bagi merasai produk kami yang memberi kesan yang efektif dan mengejutkan. 



Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016. 




Anda boleh lawati kami di:
Pejabat: 
Penthouse (Level27) 
Centerpoint South, The Boulevard 
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra 
59200 Kuala Lumpur Malaysia 
(Sila Buat Temu Janji) 



(website masih dalam pengurusan) 
FB : 3BSkin
Instagram : 3BSkin 

3 Comment: