Jam menunjukkan 5.45petang. Aku terus tutup pc dan kemas meja kerja. Haihh! tak sabarnya nak pergi bercuti. Hihi..Haa,, Kali ni aku pergi d...

KBBA | Roadtrip Thailand - Part I

9:27 AM Mera Hussain 2 Comments

Jam menunjukkan 5.45petang. Aku terus tutup pc dan kemas meja kerja. Haihh! tak sabarnya nak pergi bercuti. Hihi..Haa,, Kali ni aku pergi dibawah sebuah agensi bersama team KBBA. Nak tahu agensi mana haa kena la baca previous entry aku. Hehehe. Lepas punch card aku terus masuk ke kereta dan bergegas ke KTM Batu Tiga. Petang-petang macam ni waktu orang balik keje.. Jalan jem tu biasa la. Huhuu.. Aku terpaksa kejar KTM sebab aku perlu ada di TBS sebelum 9.30malam. Yela, kalau sampai awal kan bagus.. boleh la rehat-rehat dulu, makan ke apa ke kan?? Takda la terkejar-kejar. Hehehe

Jam 9.30malam kami semua geng yang terlibat dalam trip ni dah berkumpul kat TBS. Cuma Cik Ein je sorang yang gerak dari Perak sendirian. Shian dia sesorang.. Huhuhu..

Tiket bas kami ke Bukit Kayu Itam akan bertolak pada jam 10malam. Sebenarnya, ni 1st time aku naik bas pergi tempat sejauh macam ni. Sebelum ni paling jauh pun aku pernah naik bas pun masa pergi Terengganu dulu. Tu pun masa umur 12 tahun dulu laa. Lawatan sekolah. Kahkahkah

Oleh kerana perjalanan kali ni mengambil masa yang sangat lama.. So, kebiasaan aku sebelum naik bas aku mesti pergi toilet terlebih dahulu. Aku akan buang segala benda yang aku nak buang. Taknak laa baru gerak dah mintak pergi toilet. Kang tak pasal-pasal kena hamun dengan driver. Huhuuu. Tapi disebabkan malam tu aku tak berapa sihat, asyik dok batuuuukkk je. Bas baru 15minit bergerak aku dah message kak ayu cakap nak gi toilet. Seriously tak boleh tahan. Takut punya pasal aku suruh Kak Ayu cakapkan dengan pakcik driver. Nasib baik okey! Hahahaha.

5minit lepastu...

Fuhh!!! Legaaaa.... *muka bahagia.. hahaha

Perjalanan yang mengambil masa selama 8jam akhirnya tiba di imegresen Bukit Kayu Itam pada jam 6.30pagi..  So, kat sini kami perlu membuat pengesahan passport terlebih dahulu. 
Memasing turun bas semua tunjuk muka baru bangun tido. Hahah. 
Emm,, masa nak scan passport ni,  aku antara orang yang takut sebenarnya. Yelah, mana tau tak lepas tiba-tiba kan. Maklum laa bayar PTPTN pun lompong-lompong. Kang tetiba sangkut.. haaa,, padan muka aku. Kalau kes passport dah tamat tempoh boleh jugak pergi renew kat situ kan?? Ni kalau sangkut PTPTN mana kaunter PTPTN aku nak cari kat sana? Tak pasal-pasal patah balik jalan kaki weyh. Hahahaha. Alhamdulillah,, nama aku lepas. Heheh

Tiba-tiba ada salah sorang daripada group kami sangkut pulak kat situ.. Haa, jangan salah faham eh. Bukan sebab tak bayar PTPTN.. tapi sebab tarikh passport dia lagi 2minggu nak expired!. Haa.. Benda pun tak expected nak jadi.

sila take noted!
*tarikh sah laku passport hendaklah 6bulan sebelum tarikh tamat sah laku. so, pandai-pandai     la kira eh. So, 6bulan sebelum tarikh tamat korang perlu renew terlebih dahulu. sekiannnn....


Nasib baik kami naik bas hari tu. So, bila jadi hal macam ni kat sini boleh la buat renewal passport. Kalau naik flight, tak ke kena tinggal member tu?? terpaksa laa ucap selamat tinggal dekat dia.. Huhu (menangis tepi bucu katil). 


Korang kena notice benda ni supaya tak jadi pada korang bila nak travel nanti. menggelabah jugak la kitorang.. Kena cari jalan tolong dia..Takkan nak tinggalkan pulak.. Kan satu team. 


Hampir 2jam kami menunggu, Alhamdulillah semuanya settle. Dengan adanya bantuan dari kawan-kawan masalah dapat diselesaikan. Sebab tu la pentingnya teamwork. Susah dan senang harus bersama. Tu la perkara yang kita harus terapkan bila kita berada dalam satu team tak kira la dalam apa jua keadaan sekalipun kan? Hehehe 

Jam 9.00pagi kami mula bergerak menuju ke Imegresen Sadao, untuk pengecopan passport pula. Waktu nak cop passsport ni make sure korang sediakan RM1 setiap kali nak cop masuk dan keluar. MEMANG WAJIB!!!
Isi white card siap-siap. Hehee
Imegresen Sadao, thailand
Now, segala urusan di sempadan sampai la ke imegresen dah pun selesai. Agak-agaknya ke mana destinasi kami seterusnya ye? Haaa,, nak tahu kemana kami pergi kena la tunggu untuk next entry. stay tuned...