Start dari imegresen tu kami dah off data siap-siap. Kang tak pasal-pasal roaming, balik Malaysia bayar bil beribu. Masak oi!!  Bila nama ...

KBBA | Roadrip Thailand - Part II

9:13 PM Mera Hussain 6 Comments

Start dari imegresen tu kami dah off data siap-siap. Kang tak pasal-pasal roaming, balik Malaysia bayar bil beribu. Masak oi!! Bila nama blogger ni, memang tak boleh hidup kalau takda internet. So, lepas settle cop passport kami terus pergi beli simkad kat deretan kedai berdekatan dengan imegresen Sadao tu.Kalau korang lalu situ memang banyak je kedai jual simkad. Haa..

Kat sini ada beberapa jenis simkad. Tapi kami beli simkad Ais (apa ke pelik nama dia?). heheh.. Katanya internet dia laju. 120Baht dapat 1GB internet seminggu dan topup 20Baht. Kalau ikut rate time tu dalam RM13++ laa.  Even 1GB cukup la untuk 4hari. Siap boleh buat live tu kira cukup la kan? So, tak payah beli data bebanyak. Bukan nak update entry terus pun. Hahaha
Perjalanan kami diteruskan dari Imegresen Sadao menuju ke Phuket (wishlist). Wohhoo!! Tempat yang aku dah lama idamkan nak pergi. Aku tak tahu la kenapa aku nak sangat pergi sana. Mungkin sebab aku suka kan laut  Huhu. Alhamdulillah, bila diberi peluang pergi travel dengan team KBBA, aku rasa ni rezeki besar buat aku pada tahun ni. Sangat-sangat bersyukur!

Untuk hari pertama tu, perjalanan dari Sadao ke Phuket mengambil masa lebih kurang 7 jam. Tapi mustahil la sharp 7jam kami sampai. Banyak tempat persinggahan kami pada hari tu.  Hehe.. Disebabkan kami sampai awal pagi dan tak bersarapan, kami dibawa ke kedai makan Kak Piah untuk lunch terlebih dahulu. 


Boleh tahan jugak masakan orang thailand ni. Laar weyh.. Heheh

Pitstop seterusnya... Phangaa, Thailand.
Berhenti makan di Phangaa.. Kalau korang nak tahu pemandangan kat hentian ni cantik sangat sebab boleh nampak bukit-bukit batu kat belakang tu.

Banana Pancake. Sedap rupanya roti ni. Sampai kat Krabi pun dok sibuk cari roti ni. Macam takda menu lain. Hahaha

40minit kemudian..


Welcome To Phuket!!
Yeayy!! sampai pun.. tapi sampai kat pintu gerbang je la. Heheh

Penat jugak seharian dalam van. Tido bangun tido bangun tak sampai-sampai. Hahaha. Tapi syiok sebab dapat tengok pemandangan sepanjang perjalanan ke sini. 

Dari pintu gerbang ni ke hotel jauh lagi sebenarnya.. lebih kurang sejam lebih macam tu dah boleh sampai. Sebelum pergi ke hotel kami singgah makan malam disini terlebih dahulu sebab masing-masing dah lapar.
Muka lapar.. Heheh


Raha Gold Hotel, Phuket
Malam pertama kami di Phuket, kami menginap di Raha Gold Hotel. Hotel ni takda lah mewah mana tapi selesa. Actually, hotel ni masih dalam pembikinan baik pulih lagi. Masih belum siap sepenuhnya. 

Kami diberi kunci bilik masing-masing. Partner tidur aku malam tu Mar si Putery Memory. Setiap kali aku tidur dengan dia pasti aku akan dapat cipta memory yang terindah bersama dia.. Bertuah betul aku. Bermakna sungguh percutan aku kali ni. Hahahaha... 


 


Bangla Road, Phuket
Malam tu kami keluar jalan-jalan kat area Patong Beach. Patong Beach ni terkenal dengan nightlife iaitu 3.5km dari Patong Beach. kat sini terdpat 2 kawasan yang mana menghidupkan malam suasa malam di kawasan ni iaitu Bangla Road dan Paradise Complex. Kedua-duanya yang dipenuhi dengan banyak bar, disko dan pusat urut. Kat sini memang terkenal dengan gejala tak sihat. Pelacuran di Thailand adalah haram, tetapi diterima, seperti yang berlaku di Patong. 

Pada 26 Disember 2004, Patong Beach dan juga beberapa kawasan lain sepanjang pantai barat Phuket dan Thailand dikejutkan oleh tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi Lautan Hindi 2004. Gelombang yang menyebabkan banyak kemusnahan dan ramai orang terbunuh. Patong adalah salah satu kawasan yang paling teruk terjejas Phuket, walaupun kemusnahan tidak seburuk seperti Khao Lak (berdekatan). Kemusnahan yang berlaku akibat tsunami di Patong telah banyak dibaik pulih.







Malam tu kami balik naik tuk-tuk.. sebab kami suruh Pwae(driver van) kami balik tidur. Esok dia nak drive lagi and kesian dia penat seharian bawak van..Huhu.. baik kan kitorang?. So malam tu dapat la merasa naik tuk-tuk. Heee



Keesokan paginya kami checkout hotel pada jam 8.30pagi (waktu thailand). Disebabkan pagi tu ada salah seorang blogger dimasukkan ke hospital so perjalanan ke Krabi agak lewat sedikit. 



Alhamdulillah.. Rasa bersyukur akhirnya dapat jugak jejakkan kaki kat pantai Phuket even tak mandi pun. Nanti lah ade rezeki pergi lagi kita mandi pulak eh. Heee.. Dah jom kita gi Krabi pulak. Bye.. ;)


6 Comment:

Anak Sarjan said...

WAH BESTNYA DIA...

Woww dh start sambungan.. Ok2 nak marathon nti

lyana ishak said...

wahhhh best nyaaa mera and de genggg =PP

Seru sangat kesahnya jalan ke negeri gajah putih Thailand, Insya Allah sometime I will be there. Amin...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

seronoknya dapat bejalan kat thailand. mesti happening kan..

Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi