Ok, sambung lagi entry KBBA  roadtrip kat Thailand. Hehehe Pada hari-2, kami pusing area Patong beach je.. amik-amik gambar je.. then ...

KBBA | Road Trip Thailand Part III - I Love Krabi!!

9:28 AM Mera Hussain 10 Comments

Ok, sambung lagi entry KBBA roadtrip kat Thailand. Hehehe

Pada hari-2, kami pusing area Patong beach je.. amik-amik gambar je.. then selepas aktiviti kami kat Phuket selesai, kami di bawa pula ke kilang baju.. first expectation aku sebelum sampai sini aku ingatkan ni kilang buat baju yang macam kat kilang tu.. Rupanya kat sini tempat diorang mencetak dan jugak jual semua baju hasil daripada design mereka sendiri.

Banyak sangat baju-baju yang ada kat sini. Daripada size newborn sehingga lah orang dewasa. Kalau korang tengok confirm rambang mata macam aku. Seriously tak cukup 2jam korang masuk sini. Hahaha.. Jangan jadi macam aku. Ke depan ke belakang ke depan ke belakang.. tak habis-habis cari baju. Padahal design tu jugak lah yang kau tengok!. Hahahaha...

Kenapa aku tertarik and aku spent hampir 1000baht kat sini.. ?? Sebab material kain baju yang digunakan sangat best!. kualiti kain jugak sejuk dan tak nipis. Kalau lah entry ni boleh bagi korang rasa kain tu aku dah bagi korang rasa dah. Hahah.. Lepastu design yang ade kat sini adalah hasil daripada kilang ni sendiri dan takda kat kedai-kedai luar. Oh ya!! Baju hard rock pun ada dijual disini tau. Haa.. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan! Pada aku dah murah la ni. Mana kau nak dapat baju hard rodk 250baht?? Ceciter.. Seriously kami masuk dalam ni jadi gila and taknak keluar!. Perangaii. 
Tengok lah berapa banyak kami borong baju untuk bawak balik Malysia.. Sian kak ayu, pakai size kanak-kanak. Dia laa paling banyak borong baju hard rock. Untung laa harga baju dia murah... Hahaha

Selesai disini, kami bergerak menuju ke Phang Nga untuk island hoping. Tapi tak turun mandi pun.. Hehehe.Time ni agak lewat sikit perjalanan kami sebab salah seorang dari team kami dimasukkan ke hospital. Korang boleh baca kat sini kalau nak tahu cerita tu. Hehehe

Sewaktu dalam perjalanan naik boat pergi island hoping ni, dapat la kami tengok pulau-pulau yang canik kat sini. Memang aku menghayati sangat pemandangan kat sini. Nak tunggu datang lagi entah bila la kan??





SubhanAllah..!! cantik betul tempat ni.
Boat kami berhenti disebuah perkampungan Phang Nga untuk makanan tengah hari. Tengah hari tak berapa nak tengah hari la.. dah kol 4.0petang masa ni. Hahaha..

Pipi aku memang macam ni... Kalau lepas makan dia mengembang kejap. setengah jam lepastu dia kempes balik. So, jangan tanya. :p


Alhamdulillah.. Settle trip kat Phuket! Now, kami bergerak pula ke krabi..Wuhooo!! lagi tak sabar nak pergi.. Ni pun salah satu tempat yang ada dalam wishlist aku sebenarnya. Hehehe.. Dah lama aku berangan-angan nak jejakkan kaki aku kat Krabi ni. Tengok gambar kawan-kawan aku yang dah sampai kat sini jeles ok.. Hari-hari aku dok survey tiket flight. Bile laa nak jatuh harga murah untuk flight return. Hahaha.. Kalau kau survey sekarang menangis tengok harga tiket. Hahah..Ok... dah pergi dah pun kan?? hmm..takya sedih-sedih dah. Hihihi

Jarak perjalanan dari Phuket ke Krabi mengambil masa lebih kurang 5jam lebih macam tu.. Emm,, jauh jugak tu sebenarnya. Tapi takde la sejauh masa nak gi Phuket tu weyh.. Memang panas punggung! Hahaha...  Masing-masing ambil masa yang ada untuk tidur sebelum sampai ke destinasi.

Setelah 5jam kemudian...

Akhirnya kami sampai di Krabi. Walaupun ketika tu hari dah gelap tapi kami tak terus menuju ke hotel. Kami singgah di Shell fossil terlebih dahulu yang mana ianya salah satu tempat yang menjual barangan cenderamata, baju dan macam-macam lagi. Boleh tahan murah jugak barang-barang kat sini.. Tapi aku tak beli pape pun. Sebab aku nak spent duit beli barang kat Floating Maket nanti.  "yeke boleh spent???" Huhuhu

Kalau korang nak tahu kat sini ada sesuatu yang menarik untuk aku share. Haa...
Aiskrim.. Huhu.. Aiskrim ni tak sama rasa macam kat Malaysia eh. Ni lagi sedap daripada baskin robbins tau. Mula-mula yang beli aiskrim ni Pwae (driver van kami). Lepastu Jean and Kak Ayu pulak yang makan. Sebab dia lah punca semua orang terjebak makan aiskrim ni. Hahaha.. Tapi sejujurnya aiskrim ni memang sedap. Harga satu kon ni baru 15baht. Murah sangat! Makan satu tak cukup. Nasib baik aku tengah diet. Kalau tak, mesti beli lagi 2 kon. Huh!
Pada malam tu kami menginap di Phu Phanwa Resort yang terletak di Ao Nang, KrabiHotel ni adalah hotel 3bintang kalau korang tengok dalam booking atau agoda. Ruangan bilik yang luas, kekemasan susun atur perabot, bilik mandi yang luas dan juga pemandangan yang cantik dari balkoni bilik seriously buat aku rasa nak duduk lama kat hotel ni. 
Tempat tido memang selesa habis. Elak tak bangun snorkeling je esok. Huhuhu...




Duduk lama-lama kat atas ni tengok pemandangan kat bawah tu boleh menimbulkan rasa nak terjun dalam swimming pool tu. Tak boleh tahan. Hihi




***********************


Keesokan paginya kami semua dah siap sedia untuk aktiviti island hoping di 4 buah pulau kat Krabi. Ini lah saat-sat yang aku tunggu sebenarnyaa.. Aih! tak sabarnyaaaa..!! 

Dah lama aku nak terjun laut tapi hasrat dan niat mampu terpendam je. Aku memang sukakan pulau dan laut. Bukan sebab aku suka main air, tapi aku suka tengok keindahan hidupan yang ada dalam laut tu. Ianya bukan sesuatu yang biasa kita dapat lihat. Jadi bila aku snorkeling aku akan tengok apa yang ada dalam laut tu puas-puas. :D Hihi.. 
Sebelum tu kami bersarapan terlebih dahulu kat Banara (hasil recommendation Kak Ayue & Jean). Roti canai dia memang terbaik lah!.1set ada 2keping. Harga 40baht.

Perut dah kenyang baru boleh snorkeling. Hehehe..
Cantik Betul langit kat sini.. Ditambah dengan model tak berbayar tu.. Patut Makin cantik gambar! Kahkahkah! *sape berotkan bibir dia jeles.



Trip island hoping kami ke 4buah pulau dibawa oleh Mariam tour. Dalam trip ni, boat ni hanya membawa pelancong dari Malaysia je. Boat ni pun gerak slow je tapi ruangan dalam bot besar dan selesa. So, korang boleh laa fefeeling duduk tepi tingkap amik angin laut dan tengok pemandangan sepanjang perjalanan boat untuk sampai ke pulau. Heehe

Sampai di checpoint pertama..

Railay Beach
Related image

Gambar google
Railay beach ni korang perlu berjalan sikit untuk ke pantai. Lokasinya terletak jauh ke dalam sedikit. Kat sini terdapat Gua Princess atau dikenali sebagai Tham Phranang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan nelayan tempatan. Aku rasa kat sini adalah satu tepat pemujaan pada suatu ketka dahulu. Kenapa aku fikir macam tu?? Sebab aku terpandang sesuatu yang membuatkan aku curious nak tahu apa kaitan benda tu dengan tempat ni. Terdapat banyak phallic image berbentuk zakar dengan kalungan bunga dan juga kemenyan dengan harapan dapat meningkatkan potensi seksual, kebahagian dan nasib. So, bila aku dah baca history dia baru aku tahu.. 

Kat sini juga terdapat beberapa aktiviti adventure yang boleh dilakukan. Mungkin sebab tu kebanyakan pelancong asing gemar datang dan tinggal disini. Korang boleh tengok video kat bawah ni.

Poda Island
Image result for poda island
Gambar google
Kat sini kami cuma snorkeling dikawasan belakang Poda Island je.. Kalau nak snorkeling dalam Poda Island korang kene bayar entrance fee. (tak survey harga).. Masa aku snorkeling kat sini tak berapa best sangat sebab ikan tak banyak sangat.. Tapi kat sini banyak nemo. Nemo pun menyorok je banyak time ni. Hahaha



Untuk pakej snorkeling ni termasuk sekali dengan makan dan minum tau. Korang berpeluang untuk rasa makan dalam boat.Makanan pun boleh tahan sedap. Kalau tak sedap tak mungkin laa aku dengan yang lain sanggup naik atas and tambah lagi sepinggan kan? langsung tak cover. Kuat makan betul. Hahaha..

Lepas makan, kami sambung semula island hoping kat 2 buah pulau lagi. Heheh

Chicken Island
Masa kat sini kami tak turun snorkeling pun. Lalu je.. Tapi sempat la rakam video..Heheh.. 


Tup Island
Pualu terakhir yang kami pergi. Kat sini aku rasa seronok sikit untuk snorkeling berbanding dekat Poda Island. Kat ini banyak ikan yang ada. Siap boleh main tangkap-tangkap lagi. Menyesal tak bawak roti. Huhuhu


Aktiviti snorkeling kami tamat di Tup Island. Walaupun cuma snorkeling kat 2 tempat je, tetap rasa puas dan seronok. Tapi kalau aku ofcourse la nak lebih lagi. Haa,, pi bayar sendiri. kan? Hehehe.. Jom lah kita sambung mandi kat swimming pool. Heee~

Pengalaman snorkeling kat sini aku puas hati sebab air laut kat sini cantik sangat. Peralatan snorkeling pun masih dalam keadaan elok. Tapi, jangan sesekali hilangkn google and snorkle yang dia bagi ni. Kalau hilang kena ganti 1000baht kalau tak silap. Haa.. Tapi bagus jugak  bila dikenakan rule macam tu supaya kita tak careless kan. Macam kita jugak.. Kalau kita bagi orang pinjam barang kita dengan baik, mesti kita nak dia pulang barang kita dalam keadaan elok jugak kan?? Hehehe...
Tak puas lagi lepak kat sini dah kena balik. Nanti kumpul duit repeat dengan shuben pulak. Eh?? Hhihi :p


Tak expected trip Krabi best macam ni.. Thanks pada Ayden Averroes Travel Sdn Bhd sebab bagi service yang best dan menarik pada kami semua..

*aku harap aku akan jejakkan kaki aku kembali kat sini tak kira la dengan siapa aku pergi waktu tu. Sebabnya..... aku dah jatuh cinta dengan Krabi. Krabi cantik sangattt! I LOVE KRABI!!! Moga Allah permurahkan lagi rezeki aku.. Aamiin...


bersambung.....

10 Comment:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..subhanAllah..tengok gambar-gambar yang dikongsi pun dah buat kak PC gembira,excited..kalau kak PC pergi mesti berdoa tak nak ngantuk,,nak nikmati keindahan alam ni siang malam..Allahuakbar..

Afiq Halid said...

Nice betul tempat ni. In Shaa Allah ada rezeki boleh lah dapat gi sana

Afiq Halid said...

Nice betul view kat sini. Ada rezeki in Shaa Allah boleh gi sana.

cantik sangat... nti dah kawen dengan orang perlis.. boleh la rajin jenguk thai hahahahahaa dekat jek

E'in said...

eiiiiiiiiii bestnye bestnye bestnye! yg packaging baju tu mmg mcm tu ea? menarik!

Husna Rahman said...

next kampeni trip boss nak blanje gi krabi Insyaallah ...kampung halaman dia katanya...fuh untung la kampung kat krabi...

Husna Rahman said...

view tu takleh nak tengok tempat lain dah..stunning view lah

Husein Rider said...

tak sabar nak pergi sana jugak.
Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

E'in said...

hi migha! e'in singgah lg.. hihi

CIKZACOM said...

Bestnya tempat ni.. masuk whistlist lah nt..