Mudah betul buat penukaran M aybank debit card ni. Dalam 30saat dah boleh siap. Cepatkan? Tak sampai seminit pun. "Eh, Yeke??" ...

30saat Je Dah Siap??

4:28 PM Mera Hussain 4 Comments

Mudah betul buat penukaran Maybank debit card ni. Dalam 30saat dah boleh siap. Cepatkan? Tak sampai seminit pun. "Eh, Yeke??"

Yelaaaa. Heheheh.. Tadi aku pergi Maybank kat TTDI Shah Alam. Dengan harapan hari ni tak berapa busy aku nak buat penukaran kad debit aku. Tempoh penularan sebelum 16hb kan? betul ke?? Ni officemate aku laa yang cakap. Tu yg menggelabah pergi. Baru terasa ade kesedaran. Huhu.. 

Bukan tu sebenarnya.. Ada cerita disebalik kenapa aku pergi buat penukaran kad ni sedangkan aku dah buat secara online. Nanti aku cerita.. Hehehe

Ok, sampai kat bank, staff bank tu kata "kak, kalau nak buat kat sini makan masa 2 hingga 3jam kak. Better akak pergi Aeon Shah Alam sebab kat sana ada kiosk debit card replacement. Kalau akak buat kat sana 3minit je dah siap. "

Tanpa buang masa aku dengan officemate terus pergi ke Aeon Shah Alam. Sampai kat bank.. Ya Rabbiii... Ramai gila orang. Panjang weyh beratur.. Pukul berapa nak siap macam ni.. Hmm.. Beratur je la kan dah alang-alang sampai sini.

Rupanya beratur pun takde laa lama mana. 30minit macam tu dah sampai turn aku. So aku ikut laa step yang dia suruh. Dalam masa 30saat je kad dah keluar. Fuyyooo..!! cepat gila!! Tak payah susah-susah aku amik nombor, pergi kaunter bagai.  Now, kad pun dah siap tukar! Hehehe. 

Image result for maybank debit card replacement kiosk
Gambar dari google
Mudah dan cepat kan kan kan?? Actually bukan waktu operasi bank je boleh buat. Mesin ni beroperasi sehingga jam 10malam. So, after waktu kerja pun boleh buat. So, kalau tak sempat buat siang.. malam korang boleh pergi buat. Mudah dan cepat! Baguskan  semua bank ada mesin macam ni. Hehehe..




*Aku buat semula kad debit ni sebab aku tunggu kad debit yang aku buat secara online tu dah 2bulan tak dapat-dapat. Bila aku call Maybank hq diorang minta aku refer dengan branch. At the end branch bagitahu aku kad aku pun takde. Mungkin masa aku buat tu aku punye proses tak berjaya tapi bank dah deduct dalam akaun aku. So tunggu la diorang refund balik balik duit tu. Dalam masa berapa hari aku tak sure. Maybe 2minggu jugak kot.. Nampaknya takda rezeki lah nak guna kad bank yang ada muka sendiri. Huhuhu..

4 Comment:

Mieza S said...

macam best je . buat kad pakau mesin. ahahhaha. nasib dah buat kad dah. kalau tak , nak gak merasa buat kad pakai mesin

Ros said...

senangnya kalau ada banyak kiosk macam tu..
kat mana lagi ada kiosk ni?

mOoN IzzaN said...

CIMB ada tak kemudahan mcm ni.. huhuhu..

E'in said...

kat jb pun ade mesin nie.. tp e'in tukar via maybank2u je.. hihi..