Pagi tadi jam 8.30pagi aku baru je sampai ke rumah selepas seronok bercuti di Thailand. Ehhh??? :p Heheheh. Sampai-sampai rumah aku letak b...

Walaupun Pedas Aku Tolak Tepi..

3:53 PM Mera Hussain 1 Comments

Pagi tadi jam 8.30pagi aku baru je sampai ke rumah selepas seronok bercuti di Thailand. Ehhh??? :p Heheheh. Sampai-sampai rumah aku letak beg then fikir nak mandi dan bersihkan diri supaya nampak segar sikit muka aku yang benyai dan badan aku yang maseemm ni. *angkat ketiak tutup hidung. Euuwww!!!

Tanpa buang masa aku keluarkan semua baju-baju kotor ke dalam mesin basuh untuk dicuci dan segala shawl aku rendam. Punya semangat nak settlekn kerja...aiseyyy!!! Sabun pulak habis. Hummm dah penat-penat macm ni memang tak laa aku nak keluar. Aku terus mandi dan biarkan dulu pakaian yang nak dicuci tu dalam mesin dan baldi. Nanti aku beli sabun baru basuh. Hihihi

Dah siap mandi aku terus keluarkan laptop dan update entry. Kali ni aku nak settlekan cepat sikit entry aku supaya aku boleh study dengan tenang. Maklum la kena buat preparation untuk interview hari Rabu ni.. Fuhh~ takut pulak rasa. Dah lama aku tak attend interview.. Hopefully dapat buat dengan baik la.. Heee

Tengah khusyuk buat entry perut rasa lapar pulak. Dah berkeroncong lagu #ayusamballado dah perut aku. Hahaha. Terus lincah aku keluar ke kedai cari makanan. Aku plan nak ke Speedmart99 terlebih dahulu nak cari sabun basih baju then baru pergi beli makanan.. Sedang aku nak bayar barang yang aku beli...

Tiba-tiba.....

Aku ternampak satu makanan segera kat  kaunter pembayaran.

Entah macam mana aku boleh terfikir nak beli. Padahal tekak aku nak nasi. Sebab dah ngantuk dan badan pun terasa letih, aku dah malas nak singgah mana-mana kedai lagi. Mata aku dah nampak bantal je. Huhu
Pedas gilaaaaaaa!!!
Sampai rumah aku terus buat. Sebab terlalu lapar, rasa pedas aku tolak tepi. Padahal mulut terasa panas dah. Bibir aku ni kalau aku pandang cermin mesti nampak mcam angelina kolie agaknya. Hahahah. Tapi aku dah tak hirau dah. Dengn laju aku telan. Fuhhh~ Berasap...

Dan hasilnyaaaaa....

Now aku dah kenyang.. Baru lah boleh rehat dengan tenang. Hehehe

1 Comment:

Nadia suka sgt sgt samyang nie . Suka sgt sampai makan nya pun dah tak rasa pedas .

Sedap kannnn~ =)