Alhamdulillah.. Selamat dah sampai ke Malaysia semula. Huhu.. Dengan pantas aku sampai ke rumah..mandi-mandi then terus buka laptop karang ...

Trip Percutian ke Thailand 4hari 3Malam Bersama....

12:32 PM Mera Hussain 13 Comments

Alhamdulillah.. Selamat dah sampai ke Malaysia semula. Huhu.. Dengan pantas aku sampai ke rumah..mandi-mandi then terus buka laptop karang entry ni. Semangat sangat! Haa.. nampak tak?? Maklum la 1st time pergi sini kan..So, excited dia memang lain macam sikit. Hehehe..

Percutian kali ni membawa aku menyelusuri bumi Thailand bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari selama 4hari 3malam di bawah agensi pelancongan Ayden Averroes Travel Sdn Bhd. Sepanjang 4hari 3malam kami di Thailand sempat kami menikmati keseronokan dan keindahan di 3 buah daerah disana iaitu Phuket, Krabi dan Hatyai.


Kalau nak diikutkan, aku memang dah lama berkeinginan nak ke Thailand ni sebab banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi disini. Tapi kebiasaannya aku kalau pergi travel aku akan aim pulau! Haa,, nasib baik Ayden Averroes Travel Sdn Bhd pakej ni. Heee~ (peace)


Sewaktu disana lagi ada yang dah pm, dm bertanya tentang pakej yang kami ambil. Tak dinafikan pada mereka yang suka melancong tapi tak pandai atau tak berani travel secara bersendirian mereka confirm akan gunakan travel agen ni untuk mereka pergi ke sesuatu tempat tu. Tapi zaman sekarang ni macam-macam kes dah kita dengar dan banyak dah kes pihak agensi pelancongan tipu customer kan..jadi nak pilih agen yang boleh dipercayai tu sangat perlu berhati-hati okey.


Tapi Ayden Averroes Travel Sdn Bhd telah membuktikan pada kami yang mereka adalah agen pelancongan yang sangat boleh dipercayai. Haaa.. Buktinya, sepanjang kami kat sana, mereka cuba berikan yang terbaik pada kami walaupun hanya 4 hari dan ada beberapa kejadian yang tak disangka terjadi tapi kami masih dapat cover trip kami dengan baik. Alhamdulillah! :)



Dibawah ni adalah pakej kami sepanjang berada disana.


PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)
- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit

PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam 
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi 
✅Hotel 1 Malam di Phuket

🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil

Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag

Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market

TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas


Aku tahu, ramai yang tengok gambar-gambar kat Ig aku macam panas hati je kan?? Hahahah.. Ni kira intro dulu la aku bagi sebelum aku cerita panjang lebar lagi mengenai trip best aku kat sana. Huhu.. Dia punya best sampai sekarang tak boleh move on. Rasa macam masih berada kat dalam pulau tu dok tengah kepak-kepak tangan tengah snorkeling. Hahaha.. 



Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya Aydena Averroes Travel Sdn Bhd ni banyak lagi menawarkan pakej percutian yang lebih menarik di tempat lain pada masa akan datang. Untuk keterangan lebih lanjut sila ke :-


InsyaaAllah ade umur yang panjang nak jugak repeat ke sini. Mana tahu kan time tu datang dengan kawan-kawan ke atau dengan shuben ke.. eh?? Gatai! Hahaha..So, geng TROLL (nama geng aku).. ape lagi??? sila la plan tarikh kita buat trip ke sini eh eh eh??. Sebelum ada yang kawen kan?? Hehehe..




Sekian.. nantikan entry seterusnya okey! xoxo

13 Comment:

Anonymous said...

Awak belanja pls.
gigih nak mampos baca kau punya entry masa kerja ni. kahkahkahkah.

-mijatrollllssss-

Normi Nieza said...

untung leh g bercuti..hihi

Mimin Adam said...

Fuhh.. lumayan penat weyh kalau p banyak tempat.. kau x nak ajak aku p kee kalau kau p lg 👉🏻👈🏻

mmg panas hati tgk korang kat sana

Jun Zie said...

seronok ny!!!! harap di pnjgkn umur jejak kaki ke sana nnti =D
Pakej pun bbaloi.

P/S: follow sni 304#. newbie lg, mohon support =)

tengok muka korang pun tau best sangat tu.. tak sabar nak baca lagi..

Azni said...

Amboiii sakan semua yerr..i is jeles. Dah pernah p.. Nnt nak p lagi

aswaleyla said...

seronok tengok. bila tah boleh sampai sana

Dura Norell said...

Pakej percutian yang mampu milik :)

Dura Norell said...

Pakej percutian yang mampu milik.. ade rzki den pun nak bercuti di pulau jugek :)

Memang jelesss tgk ig korang...nak pergi jugakkk

mas saari said...

menarik dan best!
memang teringin nak pi sana..

Yanty Lee said...

Best snorkeling...ikan demok2