Fuhh~~ terasa debaran ni tiba-tiba. Kenapa eh aku cakap macam ni?? Hari ni aku terlibat dengan satu sesi interview di sebuah company ya...

Debaran Terasa..

9:17 AM Mera Hussain 3 Comments

Fuhh~~ terasa debaran ni tiba-tiba. Kenapa eh aku cakap macam ni??
Image result for interview
Hari ni aku terlibat dengan satu sesi interview di sebuah company yang agak besar jugak. Alhamdulillah, saat yang aku tunggu-tungu akhirnya tiba. Walaupun ianya sekadar interview dan bukan tawaran kerja.. tapi aku rasa ni peluang yang aku perlu ambil tanpa fikir panjang. 

Sebelum ni pun aku dah banyak ali cerita tentang masalah yang aku hadapi kat tempat kerja aku yang sekarang. So, untuk apa aku terus stay kat situ kan?Untuk apa aku terus merungut kalau dah ada rezeki depan mata tapi aku tak ambil? Betul tak??

Hingga ke hari ini, dah nak masuk 2 bulan gaji aku tak dapat. Dah macam-macam cara aku buat tapi still diorang buat bodoh. Hurmmm.. Aku sampai dah hilang akal nak buat apa.

Masa dapat tawaran interview ni rasa macam tak percaya. Aku tak percaya aku boleh dapat. Aku pun tak tahu kenapa. *macam mimpi kot.. Hehehe.. Tapi memang aku tak fikir panjang dah! daripada aku nak fikir pasal kerja kat sini baik aku grab je tawaran ni. Aku kene fikir future aku. Tu yang paling penting!

Semasa dalam perbualan, bila diberitahu sewaktu sesi interview aku ada technical test dan sebagainya. Seriously aku rasa takut dan berdebar. Aku tak pernah attend interview yang ada test ni semua. Fuhhh takut nak jawab weyh. Kadang-kadang orang yang terror pun boleh error kan. Inikan aku. Hasih!!

Hopefully aku dapat buat dengan baik. Aku yakin aku BOLEH! Aku tak mengahrap aku dapat kerja ni. Andai ada rezeki aku kat sini Alhamdulillah. Aku serahkan semuanya pada ALLAH. Korang doakan aku buat yang terbaik! Semoga ALLAH kebaikan korang atas kebaikan korang pada aku. 

Aamiin. :)

3 Comment:

Pagi tadi jam 8.30pagi aku baru je sampai ke rumah selepas seronok bercuti di Thailand. Ehhh??? :p Heheheh. Sampai-sampai rumah aku letak b...

Walaupun Pedas Aku Tolak Tepi..

3:53 PM Mera Hussain 1 Comments

Pagi tadi jam 8.30pagi aku baru je sampai ke rumah selepas seronok bercuti di Thailand. Ehhh??? :p Heheheh. Sampai-sampai rumah aku letak beg then fikir nak mandi dan bersihkan diri supaya nampak segar sikit muka aku yang benyai dan badan aku yang maseemm ni. *angkat ketiak tutup hidung. Euuwww!!!

Tanpa buang masa aku keluarkan semua baju-baju kotor ke dalam mesin basuh untuk dicuci dan segala shawl aku rendam. Punya semangat nak settlekn kerja...aiseyyy!!! Sabun pulak habis. Hummm dah penat-penat macm ni memang tak laa aku nak keluar. Aku terus mandi dan biarkan dulu pakaian yang nak dicuci tu dalam mesin dan baldi. Nanti aku beli sabun baru basuh. Hihihi

Dah siap mandi aku terus keluarkan laptop dan update entry. Kali ni aku nak settlekan cepat sikit entry aku supaya aku boleh study dengan tenang. Maklum la kena buat preparation untuk interview hari Rabu ni.. Fuhh~ takut pulak rasa. Dah lama aku tak attend interview.. Hopefully dapat buat dengan baik la.. Heee

Tengah khusyuk buat entry perut rasa lapar pulak. Dah berkeroncong lagu #ayusamballado dah perut aku. Hahaha. Terus lincah aku keluar ke kedai cari makanan. Aku plan nak ke Speedmart99 terlebih dahulu nak cari sabun basih baju then baru pergi beli makanan.. Sedang aku nak bayar barang yang aku beli...

Tiba-tiba.....

Aku ternampak satu makanan segera kat  kaunter pembayaran.

Entah macam mana aku boleh terfikir nak beli. Padahal tekak aku nak nasi. Sebab dah ngantuk dan badan pun terasa letih, aku dah malas nak singgah mana-mana kedai lagi. Mata aku dah nampak bantal je. Huhu
Pedas gilaaaaaaa!!!
Sampai rumah aku terus buat. Sebab terlalu lapar, rasa pedas aku tolak tepi. Padahal mulut terasa panas dah. Bibir aku ni kalau aku pandang cermin mesti nampak mcam angelina kolie agaknya. Hahahah. Tapi aku dah tak hirau dah. Dengn laju aku telan. Fuhhh~ Berasap...

Dan hasilnyaaaaa....

Now aku dah kenyang.. Baru lah boleh rehat dengan tenang. Hehehe

1 Comment:

Alhamdulillah.. Selamat dah sampai ke Malaysia semula. Huhu.. Dengan pantas aku sampai ke rumah..mandi-mandi then terus buka laptop karang ...

Trip Percutian ke Thailand 4hari 3Malam Bersama....

12:32 PM Mera Hussain 13 Comments

Alhamdulillah.. Selamat dah sampai ke Malaysia semula. Huhu.. Dengan pantas aku sampai ke rumah..mandi-mandi then terus buka laptop karang entry ni. Semangat sangat! Haa.. nampak tak?? Maklum la 1st time pergi sini kan..So, excited dia memang lain macam sikit. Hehehe..

Percutian kali ni membawa aku menyelusuri bumi Thailand bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari selama 4hari 3malam di bawah agensi pelancongan Ayden Averroes Travel Sdn Bhd. Sepanjang 4hari 3malam kami di Thailand sempat kami menikmati keseronokan dan keindahan di 3 buah daerah disana iaitu Phuket, Krabi dan Hatyai.


Kalau nak diikutkan, aku memang dah lama berkeinginan nak ke Thailand ni sebab banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi disini. Tapi kebiasaannya aku kalau pergi travel aku akan aim pulau! Haa,, nasib baik Ayden Averroes Travel Sdn Bhd pakej ni. Heee~ (peace)


Sewaktu disana lagi ada yang dah pm, dm bertanya tentang pakej yang kami ambil. Tak dinafikan pada mereka yang suka melancong tapi tak pandai atau tak berani travel secara bersendirian mereka confirm akan gunakan travel agen ni untuk mereka pergi ke sesuatu tempat tu. Tapi zaman sekarang ni macam-macam kes dah kita dengar dan banyak dah kes pihak agensi pelancongan tipu customer kan..jadi nak pilih agen yang boleh dipercayai tu sangat perlu berhati-hati okey.


Tapi Ayden Averroes Travel Sdn Bhd telah membuktikan pada kami yang mereka adalah agen pelancongan yang sangat boleh dipercayai. Haaa.. Buktinya, sepanjang kami kat sana, mereka cuba berikan yang terbaik pada kami walaupun hanya 4 hari dan ada beberapa kejadian yang tak disangka terjadi tapi kami masih dapat cover trip kami dengan baik. Alhamdulillah! :)



Dibawah ni adalah pakej kami sepanjang berada disana.


PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)
- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit

PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam 
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi 
✅Hotel 1 Malam di Phuket

🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil

Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag

Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market

TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas


Aku tahu, ramai yang tengok gambar-gambar kat Ig aku macam panas hati je kan?? Hahahah.. Ni kira intro dulu la aku bagi sebelum aku cerita panjang lebar lagi mengenai trip best aku kat sana. Huhu.. Dia punya best sampai sekarang tak boleh move on. Rasa macam masih berada kat dalam pulau tu dok tengah kepak-kepak tangan tengah snorkeling. Hahaha.. 



Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya Aydena Averroes Travel Sdn Bhd ni banyak lagi menawarkan pakej percutian yang lebih menarik di tempat lain pada masa akan datang. Untuk keterangan lebih lanjut sila ke :-


InsyaaAllah ade umur yang panjang nak jugak repeat ke sini. Mana tahu kan time tu datang dengan kawan-kawan ke atau dengan shuben ke.. eh?? Gatai! Hahaha..So, geng TROLL (nama geng aku).. ape lagi??? sila la plan tarikh kita buat trip ke sini eh eh eh??. Sebelum ada yang kawen kan?? Hehehe..




Sekian.. nantikan entry seterusnya okey! xoxo

13 Comment:

Fuhh Fuhh Fuhhh~ .. Padu betul line internet aku malam ni. Laju je tapa ada sebarang gangguan pun. Selalu macam siput sedut. Hahaha.. Har...

Selamat Tinggal Awak... Hye Burung Biru..

1:18 AM Mera Hussain 1 Comments

Image result for Celcom
Fuhh Fuhh Fuhhh~ .. Padu betul line internet aku malam ni. Laju je tapa ada sebarang gangguan pun. Selalu macam siput sedut. Hahaha.. Hari ni nak bukak Ig, whatssap, twitter, main game apa semua laju. Maklum laa.. Baru tukar telco. Hihi.. Kalau tak, mengharapkan wifi kat office je la kalau nak tengok Ig ke main game ke.. Sebab tu semua memerlukan kelajuan internet atau data yang banyak. Huhu

Hmm,, Kenapa tiba-tiba aku nak tukar telco? Tak seronok dah ke guna Maxis? Hmmm.. Aku bukan nak kondem la.. Tapi...biar la aku sendiri memendam rasa. Hahah.. Aku rasa ramai pengguna Maxis yang dah beralih arah. Bak kata Wak Hoq, "rasanya mera sorang je kot customer maxis sekarang ni". Cisss!!! Hampeh punya Wak Hoq. Langsung tak jaga hati. Hahah..

Aku bukan apa, sebenarnya memang dah tawar hati lama dah dengan Maxis ni..tapi~ tulah, rasa sayang tu masih ada. Nak buat cemana kan...Tapi nak taknak aku kene la buat keputusan jugakkan. Sampai bila nak terus rasa bengang kalau taknak move on kan kan kan??. So aku pun buat keputusan untuk tinggalkan Maxis dan berpaling pada Celcom. Haa,, gitew. Heheheh

Sebagai seorang blogger, internet adalah something yang sangat diperlukan. Kalau takde internet ibarat dunia ni gelap. Eceh... Yeyo'or je aku kan? Hahaha.. Yela,, nak update kalau internet lembap pun tak best jugak. hilang mood nak menaip. betul tak? Lagi-lagi kalau ada entry yang nak kene submit awal ke ape ke kan. So, internet ni sangat-sangat la penting. Kalau takde memang tak boleh. Huhuhu..

So, hari ni adalah hari pertama aku menjadi pengguna Celcom setelah 8tahun aku menjadi pengguna setia Maxis. Haa, lame tak kesetiaan aku dengan Maxis? Hihi..daripada prepaid aku tukar kepada postpaid
Image result for celcom first gold 20gb
Untuk pakej Celcom First Gold yang ni, bayaran bulan hanya RM80 (tak termasuk GST). Hehehe Tapi berbaloi la pada aku. Dengan 20Gb kuota internet sebulan ni aku rasa sangat memadai untuk aku gunakan upload gambar di sosial media dan jugak untuk update entry. Banyak dah ni weyh. Memang tak abis sebulan. Huhu.. Yang best unlimited calls tu. So lepas ni aku nak call amk aku pun dah tak payah susah-susah topup.Huhuhu

Banyak jugak dugaan aku nak tukar telco ni. Banyak kali Celcom submit porting request tapi asyik la kene reject je. Sayang betul Maxis nak lepaskan customer dia kan. Haha..Pakej ni kalau korang nak compare kan dengan Maxis memang jauh beza gila. Memang makan hati la. Maxis ni, kalau pakej yang diorang buat murah macam telco-telco lain mesti customer diorang tak lari. Ni tak, plan untuk postpaid RM49 1Gb internet. Giler mahal!!! Sape yang nak. Hmm... So,, memang selamat tingal laaa~~~ Huhuhu

ok.. itu nak share... ;) 

1 Comment: