Pada mereka yang tinggal di Lembah Klang semestinya tau kat mana lokasi hotel ni. Tapi pada yang tak pernah sampai ke sini, Sunway Hotel ...

Sunway Hotel Malaysia

12:47 PM Mera Hussain 3 Comments

Pada mereka yang tinggal di Lembah Klang semestinya tau kat mana lokasi hotel ni. Tapi pada yang tak pernah sampai ke sini, Sunway Hotel Malaysia ni terletak bersebelahan dengan Sunway Lagoon Water Park iaitu taman tema terbesar di Malaysia ni.. Emm, Cantikkan? Dari luar, ianya memang tersergam indah dengan reka bentuk bangunan serta keindahan landskap di sekitarnya yang cukup menarik perhatian sesiapa je yang melihatnya, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ianya nampak lebih cantik apabila kilauan lampu-lampu menyinari kubah-kubah indah yang dibina sebagai hiasan kat sini. 

Hmm, tu baru cerita pasal hotel. Belum lagi cerita pasal tempat-tempat yang menarik yang ada dekat area hotel ni. Pasti menjadi satu keseronokan pada siapa yang menginap kat sini. Haaa nak tau lebih lanjut, keep on reading ea... Hehee


Sebenarnya, banyak je aktiviti yang korang boleh lakukan bila korang berada kat sini. Guarantee takkan bosan. Antaranya:-

1. Berseronok di Sunway Lagoon Theme Park.
Bagi korang yang datang bersama keluarga, lebih-lebih lagi bersama anak-anak, sememangnya tempat ini menjadi lokasi wajib. Taman tema ni terbahagi kepada enam bahagian Nickelodeon Lost Lagoon, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park.

Di Nickelodeon Lost Lagoon ni, budak-budak mesti suka sebab mereka berpeluang untuk bergembira bersama karakter-karakter kartoon popular seperti Spongebob Squarepants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles! Di Water Theme Park pula, korang boleh cuba tarikan utama yang terdapat di sini iaitu vuvuzela tertinggi dan terbesar di negara ni! Best kan?? Haa.. 
Image result for sunway lagoon theme park

Image result for nickelodeon sunway lagoon theme park

Image result for nickelodeon sunway lagoon theme park
Kalau korang bukan jenis yang suka berendam dalam air(aktiviti dalam air).. Hahah, korang boleh habiskan maa di Amusement Park dan Extreme Park. Terdapat pelbagai jenis permainan mencabar yang boleh korang cuba di sini.

Wildlife Park pula sangat ideal bagi yang bawa anak-anak kecil sebab kat sini, mereka boleh exposed to various types of wildlife. Bukan tu je, pendedahan seperti ni juga boleh mendidik mereka secara tidak langsung untuk menghargai hidupan liar.

Di Scream Park pula, korang yang nak uji tahap keberanian diri untuk explore bangunan yang penuh dengan kuasa-kuasa jahat dan menyeramkan, taman ni sangat sesuai untuk korang. Sekarang ni tengah berlangsungnya event "Night of Fright4" kat sini. Apa kata korang cuba atasi ketakutan korang pulak. Hahaha.. Tapi kena ingat ye, ni bukan tempat untuk mereka yang lemah semangat. Kalau nak acah-acah berani takpe. Heheheh


Taman tema ni dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 6petang. Main lah kesemua permainan yang ada kat sini puas-puas. Hahaha.. Korang boleh dapatkan Sunway Lagoon ticket pada rate yang lebih rendah bila korang beli kat hotel Sunway Resort Hotel Spa. Menarikkan?

2. Membeli-belah di Sunway Pyramid Mall.
Pusat membeli-belah ini merupakan yang pertama di Malaysia berkonsepkan kombinasi antara pengalaman shopping dan hiburan. Dibuka secara rasmi pada tahun 1997 yang berkeluasan 4 juta kaki persegi. Besarkan? Seriously besar. Tak habis pusing dah lenguh kaki. Hahaha. Ianya lasti akan memberi pengalaman shopping yang luar biasa untuk korang. Terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Fashion Central, Oasis Boulevard, Asian Avenue dan Marrakesh.

Di Sunway Pyramid Mall, ianya menawarkan pengalaman yang berbeza untuk setiap peringkat umur. Pelbagai kedai baju, jam tangan, kasut, barang kemas, muzik, barangan kulit seperti beg tangan berjenama terdapat di sini yang mana sukar untuk korang membuat pilihan nak masuk kedai yang mana satu. Boleh dikatakan semuanya ada kat sini. Dah tak perlu pergi tempat lain. Semuanya ada dalam shopping mall yang besar ni.

Untuk pengetahuan korang, terdapat berbagai jenis makanan seperti local cuisine ataupun international dishes yang berdekatan dengan Sunway Pyramid Hotel ni tau. Kalau korang taktau kat mane korang search je kat Traveloka lagi senang. Hehehe

Dari sarapan pagi hingga ke hidangan lewat malam, macam-macam sajian ada untuk puaskan selera tekak korang kalau kelaparan. Haa.. 3 hari menginap kat sini boleh gemuk rasanya kalau makan sedap je. Hahah

Ramai yang tak tau sebenarnya macam-macam benda kita boleh explore dan discover bila stay kat Sunway Hotel ni tanpa perlu pergi tempat yang jauh. Pernah tak korang terfikir. Dah habis baca kan? Haa amacam, teruja tak?

Apa tunggu lagi, plan percutian korang mulai sekarang! Tak perlu pergi jauh pun.. Kat dalam negara ni pun banyak tempat-tempat best yang boleh dilawati. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan... Hehehe.. Selamat Bercuti.. :D

3 Comment:

memang best jalan kat sunway ni ... besar gile..hahah sampai sesat

Shark Kay said...

besar wooo hotel nie..
rasanya kalau dapat chek in xmo balik nie.

YB Shehan said...
This comment has been removed by a blog administrator.