Apa yang senang tu?? Hee.. Jom baca..   1. Safiyya Azra Binti Khairil Anuar - 12/10/2013 2. Muhammad razin Rizqi Bin Abdul Rahman - 2...

Sekali Sambut Je. Senang!!

12:45 AM Mera Hussain 2 Comments

Apa yang senang tu?? Hee.. Jom baca.. 

1. Safiyya Azra Binti Khairil Anuar - 12/10/2013
2. Muhammad razin Rizqi Bin Abdul Rahman - 21/10/2014
3. Fatin Arissa Kaisara Binti Mohd Aswad - 31/10/2013

20/10/2016 - Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meraikan harijadi anak buah aku 3orang ni. Haa,,ni la jadinya bila planning kahwin memasing bulan 11 so anak yang sulung lahir semua bulan 10. Tarikh pun tak jauh. Perancangan yang bagus tu. Huhu.. Persoalannya. Adakah aku akan menyusul seperti mereka?? Jeng jeng jeng!!! Hahahha
Hari jadi untuk budak 3 orang ni disambut secara kecik-kecilan je dengan adik beradik aku. Kitorang pilih Putrajaya sebagai lokasi untuk meraikan hari jadi ni. Sebabnya, mak pak diorang ni haa nak celebrated dekat taman katanya.. Hahaha.. Sambil-sambil tu boleh laa lepak dan bersantai kan. Budak-budak pun boleh bermain kat sini.

Sewaktu kitorang tiba kat taman Putrajaya ni lebih kurang dalam jam 9.00malam. Waktu ni memang ramai orang kat sini. Nasib baik laa dapat jugak tempat kosong untuk bentang tikar. Kalau tak makan berdiri la jawabnya. Hahaha

Segala persiapan untuk sambutan hari jadi pada hari tu kitorang dah siap sedia bawa dari rumah. Hanya makanan je yang kitorang beli kat luar sebab sebelum ke sini kitorang baru je hadiri majlis kahwin sepupu di Bangi. So, tak sempat nak masak kat rumah. Lagipun takut jugak kalau bawak makanan dari rumah nanti tak sempat makan dah basi. Nanti membazir pulak kan?. 

Selain tu, hiasan yang ada kat sini ni pun kitorang bawa dari rumah dan deko sendiri jekat taman. Kreatif kan? Hahah.. Padahal asal boleh je. Hahahha
Antara juada yang ada
Antara juadah yang ada
Cupcake ni kakak aku yang buat. Sedap tau. tapi tak amik tempahan. Hahaha
Sesi buka hadiah ni paling dioang suka aku rasa. Masingmassing Excited dapat permainan baru. Hahah
Seronok jugak sambut hari jadi kat sini. Kalau nak lepak dan bersantai dengan keluarga sesuai je tempat macam ni cuma kena cari port baik sikit la. Alhamdulillah sambutan malam tu lancar dan seronok walaupun disambut bersama keluarga dan secara kecil-kecilan. Hehe..

Apa pun, selamat hari jadi Cik ya ucapkan untuk Safiyya Azra, Fatin Arissa Kaisara dan juga Mohamad Razin Rizqi untuk pertambahan usia dan akal yang cerdik. Cik ya doakan semoga membesar jadi anak yang baik untuk kedua orang tua dan juga berjaya di dunia dn akhirat kelak. Aamiin..

2 Comment:

Mommy Cici said...

seronoknyaa. kalau petang lagi cantik kan babe. boleh buat photoshoot =p

Sue Izza said...

kalau siang lagi best ni...cantik skit bergambar hehehhe