Makin lama di biarkan makin menjadi-jadibpulak diorang ni! Aku sabar je! Minggu lepas tanya kata takde berita. K fine aku tunggu! Hari isni...

Management Paling Teruk Aku Pernah Jumpa!!!

11:41 AM Mera Hussain 3 Comments

Makin lama di biarkan makin menjadi-jadibpulak diorang ni! Aku sabar je! Minggu lepas tanya kata takde berita. K fine aku tunggu! Hari isnin lepas tanya kata minggu ni! Tapi tak confirm katanya. 

Hari ni aku call lagi dengan Hr aku tanye lagi bila gaji?? Kata minggu depan! Whattt??? Orang lain sampai dah nak masuk gaji bulan 10 dah. Aku ni gaji bulan 9 pin tak dapat lagi. Dari lewat 9hb lepastu lewat ke 11hb lepastu lewat ke 14hb. Now dah berapa hari bulan aku tak dapat lagi gaji aku??? Memang saja naikkan temper aku pepagi buta. Kan dah mendapat setepek dengan aku!

Hey.. Kemon la.. Kau marah bila kitorang salahkan kau sebab kitorang tak dapat gaji. Tapi hakikatnya  memang salah kau pun! Kau tak jalan kan kerja kau langsung! Patutnya kau kena tau apa tanggungjawab HR. Seriously, ni management paling teruk aku pernah jumpa.

Salah ke aku tuntut hak aku????! Tu baru bab gaji aku tuntut. Belum lagi bab epf socso aku yang tak pernah nak bayar langsung! Semua orang ade komitmen sendiri nak kena bayar. Aaarghh!!! Stress kepala otak aku hari-hari datang kerja bergaduh! Ingat aku suka ke jadi macam ni?? Ingat aku suka ke nak bergaduh dengan orang?? Aku pun nak ada perasaan datang office dengan senang hati. Tapi kalau dah macam ni???

Apa aku nak buat lagi sekarang??? Nak report kat labour aku dah buat dah. Tapi cara pegawai diorang layan aku masa aku datang pun macam kerek! Tak mesra langsung! Bila ditanya apa tindakan diorang pada company cuma cakap based on pegawai kita buat kerja macam mana. Kah! Langsung tak boleh terima jawapan diorang ni. Macam tak function pulak aku pergi report! 

Aaarghhh!!!!! Makin serabut aku fikir.

Aku mendoakan rezeki aku dapat kerja datang bergolek secepat mungkin. Banyak tempat dah aku submit resume. Hopefully ada laa rezeki aku kat mana-mana. Tak sanggup dah nak face and mengemis gaji sendiri tiap-tiap bulan. Semua orang pun taknak bergaduh. Tapi kalau dah sampai lewat 3minggu nak jadi ape? Ni baru aku sorang yang datang marah and bergaduh dengan kau. Jangan sampai staff lin buat lagi teruk!

3 Comment:

Mommy Cici said...

teruknya labor staff tu jawab. dulu my husband pernah jugak buat report pasal boss dia tak bayo gaji, tapi okay je . siap boleh borak borak lagi.

hopefully majikan dapat setelkan hal gaji u cepat.

I dulu , kalau gaji masuk lambat pun dah sakit hati, inikan pulak kalau dok delay delay je. grr

ucing said...

(-_-) in dah tahap merbahaya ni.

Reen Johari said...

Cuba pergi lagi skali untuk buat report dan make sure jangan jumpa gn orang yang sama. Atau.. Just call tanya pendapat.

Sebelum ni Reen call, alhamdulillah.. Layanan sangat awesome.