Trip kitorang diteruskan pada pagi Ahad. Eh? Trip ape ni? Emm.. Trip ke Sungai Lembing laa.. Hahaha.. Lambat betul aku sambung. Mahap ler.....

Indahnya Ciptaan Allah!

11:18 PM Mera Hussain 3 Comments

Trip kitorang diteruskan pada pagi Ahad. Eh? Trip ape ni? Emm.. Trip ke Sungai Lembing laa.. Hahaha.. Lambat betul aku sambung. Mahap ler.. Akak busy dik non. Harap sudi baca ea. Heeee.

Sebelum ni memang aku pernah plan nak ke Sungai Lembing ni dengan kawan -kawan office aku. Katanya, kat sini air terjunnya cantik! Bila dapat peluang bersama KBBA ni memang tak lepaskan lah. Tak sabar weyh nak tengok depan mata. 

Pagi-pagi kitorang dah bersiap nak pergi mandi air terjun. Perjalanan kitorang dari resort menuju ke Lubuk Beruk mengambil masa lebih kurang 20minit dengan menaiki 4x4. 

Laluan untuk 4x4 pun memang adventure. Redah sungai kecil, langgar lopak air yang besar. Lagi lah malam tu hujan, so jalan agak teruk sikit. Memang best giler! Pengalaman yang berbeza semasa aku kat Taman Negara dulu. 

Sampai je di Lubuk Beruk kitorang perlu melintas sungai ni untuk ke seberang dan barulah hiking ke rainbow waterfall.
Mungkin disebabkan hujan pada malam tu air agak deras, jadi kitorang disuruh pegang tali kuat-kuat suaya tak terlepas. Sungai ni boleh tahan dalam jugak. Aku masuk pun air cicah paras pinggan.Huhu... Masa ni taya fefeeling takut baju, kasut semua basah. Memang korang wajib basah! Hahaha..

Tetiba tertarik pulak dengan batu-batu yang ada kat tepi sungai ni. Cantik je. Macam disusun. Unik kan? 
Perjalanan kitorang diteruskan lagi untuk menuju ke rainbow waterfall. Untuk sampai ke atas tak jauh sangat pun. Lebih kurang 1000meter je untuk sampai ke atas. Hmm, kalau Wak hoq boleh takkan laa korang tak boleh kan? Gitew. Hahaha 

Tengah-tengah hiking kat lerengan bukit dah boleh dengar bunyi air, nampak air turun mengalir kat batu-batu, haihh tak sabar nak sampai. 

Lepas 45minit berjalan, akhirnya kitorang sampai di rainbow waterfall! Subhanallah!!! Cantiknyaaaa!!!!
Masa ni tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Tak sangka boleh nampak keindahan ciptaan Allah yang cantik sangat. Kebetulan kitorang datang memang pelangi muncul pada waktu kitorang sampai. Teruja tau. Terujaaaa!! Haaa

So, tanpa buang masa kitorang terus terjun masuk dalam ni. Air dia memang sejuk gila. Hahahhaa. Nah aku payung sikit gambar kitorang kat sana. Heee





Tapi apa yang aku nak ingatkan kat sini, pastikan korang pakai kasut waktu mandi kat sini sebab dalam ni kawasan berbatu. So agak sakit laa tapak kaki korang kalau mandi tak pakai kasut. Batu dia pun agak tajam. Paling penting jangan cuba buat terjunan pandalela ea. Tak pasal-pasal berdarah kepala korang nanti. Huhuhu

Lepas dah hampir sejam berendam, masing-masing naik dengan muka kelaparan. Haahaha. Tula seronoknya join trip dengan Xcape Resort ni. Mereka akan bekalkan makanan masa kat atas ni.

Sejuk-sejuk macam ni, makan maggi cup dengan milo panas pun sedap. Huhu

Dalam jam 11.30pagi kitorang turun dan pulang ke resort. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak ke sini. Tak dapat pergi dengan officemate tapi dapat pergi dengan kawan-kawan blogger KBBA. Alhamdulillah.

Terima kasih Xcape resort untuk aktiviti dan juga penginapan yang selesa sepanjang dekat Sungai Lembing ni. Ada waktu dan umur yang panjang aku akan ke sini lagi insyaaAllah. Hehehe.




Photo by: Ayu Jean, Afiq Halid

3 Comment:

Rindunyaaa rainbow waterfalll... ss pn br nk wat entry ni

Husein Rider said...

cantiknya.. siap ada pelangi lagi.

Cikk Mimin said...

cantiknyaa view dia. Masyallah. harap dpt pergi pas ni