Bermula hari ni 7hb Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016,  Sunway Lagoon telah dipenuhi dengan zombie dan hantu yang mana hantu-hantu ni sem...

Atasi Ketakutan Di 'Night Of Fright 4' Sunway Lagoon!!

11:32 PM Mera Hussain 2 Comments

Bermula hari ni 7hb Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016,  Sunway Lagoon telah dipenuhi dengan zombie dan hantu yang mana hantu-hantu ni semua akan menghantui hidup korang jugak! Haaaa..  Hahaha... Takde laa.. Aku tipu je.. Heee

Ini bersempena dengan "Night Of Fright 4" yang akan berlangsung selama sebulan di Taman Tema Sunway Lagoon.
Apa yang buat aku rasa tertarik nak pergi, mereka akan membawa korang bertemu secara 'face to face' dengan hantu-hantu dari lagenda tempatan, Hollywoods dan juga hantu misteri moden yang dibawa secara live! Haaa... Kalau tengok video pun dah seram inikan tengok face to face. Agak-agak meremang tak bulu roma? Haaaa

Masa aku datang ke sini dengan geng KBBA, aku tengok ramai yang berpakaian hantu dan muka dah disolek real mengikut watak hantu. Katanya, ini adalah tarikan terbaru yang menjanjikan ketakutan tahap max dan keseronokan berganda. Kalau korang penakut macam aku memang seram la weyh. Aku nak dekat pun tak berani. Hahaha. Tapi memang enjoy gila. 

Kalau korang nak tahu, banyak watak hantu berkeliaran dalam kawasan Taman Tema ni. Sapa yang kena kejar tu beruntung la. Baru betul-betul dapat pengalaman keseronokan berganda. Hahahhaa

 Photo by: Ayue jean
Photo by: Ayue jean
Kat sini ade banyak zon dan rumah hantu yang menyeramkan tau. Antaranya Malaya High School, Chaonei No #81, Diyi-Journey Of Judgement, Kevil Hill Cryonic Corporation HQ dan banyak lagi.. So kalau rasa teringin sangat nk masuk tapi tak kuat nak hadap hantu-hantu tu sila jalan tutup mata macam aku eh. Haha

Ini adalah pengalaman pertama aku pergi sini dan seriously aku seronok! Tapi disebabkan kesuntukan masa dan waktu ade jugak tempat-tempat yang kitorang tak sempat masuk. Huhu

Sejujurnya aku masih tak dapat atasi ketakutan aku sepanjang dalam ni. Seriously, masuk rumah hantu sana sini tak sah tak menjerit. Kesian rambut kak ayu aku tarik. Habis rosak. Hahaha.. 


Sampai begitu sekali penakut aku ni. Nak amik gambar and selfie dengan hantu-hantu ni takya cakap la.. Memang aku tak berani. Ade sorang dua hantu je aku selfie. Seram weyh muka diorang. Orang lain yang selfie sana sini tu takde rasa takut ke? Pelik aku. Hahaha..
Dengan hantu ni je laa aku berani dekat. Sebab dia comel. Hahah
Kalau korang pun nak rasa sendiri and cuba atasi ketakutan korang di NOF4 ni boleh rujuk butiran kat bawah ni. 

Tempat:
Taman Tema Sunway Lagoon

Tarikh:
7 Oktober - 31 Oktober 2016

Masa:
7.30pm - 11.30pm

Hari:
Jumaat - Ahad


Tiket :

RM58 (harga biasa)

RM50 (harga pelajar)

RM120 ( Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket NOF4 

RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)


Untuk info lanjut :

Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com

2 Comment:

mana hantu yang kejar mera tu ? haha

alamak...seram leerr