Cuti Deepavali korang buat apa?? takkan beraya kot. Hahaha.. Kebetulan Deepavali ni jath hari sabtu, so saja cari alasan berjalan. Kalau ta...

AEON JUSCO SUPER SAVER 2016!!

11:17 AM Mera Hussain 7 Comments

Cuti Deepavali korang buat apa?? takkan beraya kot. Hahaha.. Kebetulan Deepavali ni jath hari sabtu, so saja cari alasan berjalan. Kalau tak Deepavali pun aku tak melekat kat rumah jugak. Ada je tempat aku pergi. Hehehe
Niatnya nak ke Midvalley bertukar ke One Utama. Ni gara-gara kakak aku la ni nak cari baju dinner. Dah diheretnya aku ikut sekali. aku bukan apa, kalau aku keluar mesti ade barang yang aku akan beli walaupun niatnya taknak beli. Tapi kali ni aku nekad lah taknak shopping pape. Sebab barang-barang keperluan aku masih ada lagi. 

Kitorang masuk ke One Utama melalui pintu AEON kat floor berapa tah yang bahagian baju kanak-kanak tu. Aku ni tak familiar sangat dengan One Utama sebab jarang sangat datang ke sini. Tiba-tiba aku nampak ramai sangat orang kat dalam AEON ni. Apahal eh? Macam pelik pulak. Sebab boleh dikatakan memang ramai la sampai kan semua kaunter orang beratur untuk buat bayaran. sekali aku terpandang "SALES"!!! 
 AEON Gift Voucher Announcement
Aku belek-belek la baju-baju budak. Huiyoohhhh!!! Murah gilaaa!!! Kakak aku yang mulanya nak cari barang dia pun terus terparking kaki kat situ cari aju untuk anak dia. Hahahaha
Sales gila-gila punya murah AEON ni. Bukan apa, biasanya sales diorang ni nama je sales. tapi still mahal lagi. Lagi-lagi baju budak ni bukan murah. Harga baju diorang lagi mahal daripada baju orang dewasa. kan?? Sebelum ni pun memang AEON pernah buat sales macam ni tapi aku tak berkesempatan pergi. Tapi kali ni kebetulan pulak. Hahah..

Lama jugak aku tolong kakak aku cari baju untuk anak dia. Sekali main ambil sana sini, eh.. banyak pulak. So, mula belek-belek semula cari mana yang betul-betul berkenan. Hahaha.. then teru spergi kaunter buat bayaran. Sementara nak tungggu buat bayaran, terpandang pulak sesuatu yang dah lama aku nak beli tapi setiap kali nak beli mesti hold dulu sebab mahal! Huhuhu.. Kaunter ni pulak betul-betul sebelah barangan ni. Haish! saje menggugat keimanan aku.

Haa ni lah bantal yang selama ni aku nak! Jean Perry..Hahha.. Seketul bantal ni je pun dah beratus harganya. Gigih la aku tunggu sales. Tapi setiap kali ade sales pun bukan banyak pun harga dia turun. Datang nasib tak baik pergi takde sales. Tapi kebetulan semalam aku pergi memang tengah sales! Belek punya belek berbelah bagi pulak nak beli. Hahaha.. Bantal punya pasal je pun sampai berbelah bagi hati ni. Hahah.. Aku belek pulak comforter. Aduhh!! daripada harga 200++ tinggal 80++. Aaaarghh!! mau menjerit aku kat situ!. 

Kita ni kalau datang saitonirrojim dalam diri memang akan berbelanja tak ingat dunia waktu tengah sales. Sebab apa?? Sebab kita nampak semua barangan yang sales tu murah! Hmm baru niat taknak beli pape, akhirnya lebur jugak. Tapi aku decide beli bantal ni je. Comforter lain tahu aku beli. Hahahhaa

Sales ni dah berlangsung pada 21 Oktober 2016 lagi rupanya. Baru aku teringat AEON ada hantar mesej kat aku yang mereka nak langsungkan promosi ni. Aku ni pulak jenis dapat mesej dari diorang aku ignore je. Baca pun tak cuma bukak then tutup! Hahaha.. 

Untuk korang yang rasa nak membeli-belah kat AEON, promosi ni berakhir pada hari ni 30 Oktober 2016. Cepat! Sementara masa dan peluang masih ada. Tapi kena ingat, berbelanja mana yang perlu.. Jangan sakan sangat. PM dah pesan suruh kita jimat berbelanja. 

7 Comment:

Nur Husna said...

Kita perempuan memang pantang tengok ada sale, semua benda rasa nak beli haha


Anyway, kalau rajin singgah lah baca blog. Thank you in advance and have a good day :)

http://husnawho.blogspot.my/

Ummi Nani said...

meera duta aeon hahaha.. dh tu apa jer yang dibeli di sana.. banyak ke shoping

Mommy Cici said...

wahhh tengah sale rupanya patutla semalam ramai je orang. tapi tak beli apa pun. baby dah merengek. hehhee

Reen Johari said...

Bantal ni sedap lah juga. Mungkin sebab hari2 guna.. Jadi cepat juga tengelam. Awal2 beli.. Best. Bila lentok kepala, rasa lembut. Lepas tu bila tepuk2 bantal, akan auto jadi gemu semula.

Macam ads spring lembut..

Cikk Mimin said...

tak buat apa. jln2 mersing je. hehe

Mizz ErMa said...

betul2, sy pon suka jgk shopping kat aeon nie..hihi

Zulfan said...

best la pergi jalan2.. lagi best kalau dapat gi travel... haha