Cuti hari merdeka hari tu, aku dengan kakak aku sempat melapangkan masa ke Halfest kat Seri Kembangan tu. Pantang ada cuti. Langkah panj...

Trust Issue Ni Apa Benda???

7:29 AM Mera Hussain 4 Comments

Cuti hari merdeka hari tu, aku dengan kakak aku sempat melapangkan masa ke Halfest kat Seri Kembangan tu. Pantang ada cuti. Langkah panjang! Muehehe

Ok, bukan tu tujuan entry aku ni. Hehe.. Lepas je keluar dari MIECC, The Mines tu aku dengan kakak aku dah kebuluran mencari makanan walaupun masa kat dalam Halfest tu macam-macam makanan kitorang beli dan bedal. Tapi perut aku mana kenyang. Hahaha

So aku decide bawak dia pergi makan kat cafe kawan aku kat Cheras, KL. Haaa, jauh kan kitorang pi cari makan. Hehe... Sekali sekala.. Apa salahnya.. Ye dak??

So, haritu tekak aku teringin pulak nak makan western. Makanya aku order laa spaghetti ni haa...

Menu aku :- Spaghetti Aglio Olio Smock Duck

Ok ni feedback jujur aku bagi. Actually spaghetti ni ok dah. Tip top! Cuma pada aku rasa dia agak masin sedikit. Mungkin sebab aku ni tak berapa kuat masin sangat kot. *menjaga kesihatan sangat aku kan?? Hahaha... Tapi masih boleh diterima tekak aku. So, kira takde la masin teruk sangat. Actually depends pada tekak korang la. Sebab apa yang aku rasa tak sama macam korang rasa. So kena datang sini and try sendiri. 

Menu kakak aku :- Spaghetti Carbonara

Untuk menu ni kakak aku bagi positive feedback jugak. Dia kata Carbonara ni sedap sebab dia rasa pedas-pedas. Biasa kalau makan kat tempat lain Carbonara ni cepat muak sebab dia more to creamy. Jadi makan sikit memang akan rasa kenyang dan muak. Kat sini first time dia makan Carbonara rasa pedas-pedas macam ni. So, takde laa cepat muak. 

Kakak aku ni jenis susah nak bagi komen baik kalau makan kat luar. Tapi honestly dia cakap Carbonara ni sedap. Aglio Olio aku pun sama. Alhamdulillah! Tak silap kedai la aku bawak kali ni. Kalau tak asyik kene complain je cakap kedai aku bawak tak best la makanan tak sedap laa. Cisss!
Tapi huntung kakak aku hari tu, sempena hari merdeka kebetulan dia pakai blouse askar celoreng-celoreng pulak. Tak memasal dapat satu cawan Hot Lemon Tea free. Kalau la tau, aku pakai baju kadet polis hari tu. Nak free punye pasal kan?? Haha

Actually ada lagi 2 menu yang aku tak tunjuk. Choclate Cake and dia punya ChurossLapo sangat kan sampai lupa nak amik gambar. Ekeke.. Paling aku s
uka cake dia. Omaigaaddd!!! Terbayang-bayang curahan coklat kat atas cake yang ade aiskrim tu. Hmm.. Ngidam pulak tetiba. Hahaha.. Nanti lah aku datang lagi aku review kek tu. Hee

Pada aku tak rugi makan kat sini. Berbaloi dengan portion makanan dan jugak harga yang dikenakan. Tak menyesal datang weyh..

Tunggu la nanti aku datang lagi sekali. Aku review makanan lain pulak. Aku nak heret budak 2 orang yang kuat makan tu sekali. Siap korang! Haaa

Lokasi :-

Alamat :-
102, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Batu 9 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi :-
12pm - 12am

4 Comment:

Maman Reen said...

Kuantiti spaghetti nampak macam sikit.. Mungkin sebab gambar kot..

ucing said...

oh..lain nama restoran tu.(>.<)Sertai Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing.

Mera Hussain said...

Portion dia banyak sebenarnya. Serius kenyang makan sepinggan. Ye,Mungkin sebab gambar kot.

Nama restoran rupanya ingat issue apa lah tadi