Hmm.. Penat laa hari-hari macam ni.. Buat keje tapi macam tak dapat apa-apa benefit. Penat weyh.. Hmm Kenapa aku mengeluh? Kalau korang...

Sampai Bila Aku Nak Bertahan???!

9:53 PM Mera Hussain 13 Comments

Hmm.. Penat laa hari-hari macam ni.. Buat keje tapi macam tak dapat apa-apa benefit. Penat weyh.. Hmm

Kenapa aku mengeluh? Kalau korang jadi aku pun korang akan mengeluh. Aku rasa lagi teruk dari apa aku rasa. Kalau yang tak tahan mungkin dah hantar resign letter 24h!

Aku bukan tak seronok kerja kat sini. Seronok.. Cumanya aku rasa macam tak berbaloi dengan apa yang aku beri. Aku keluar tenaga and buat kerja tapi apa hasil aku dapat? Epf aku tak bayar.. Socso aku tak bayar.. Tapi bila tengok payslip, kedua-duanya dah ditolak sip-siap. Adil ke?

Bab gaji pulak. Every month aku akan dapat gaji lambat. Mesti lebih daripada tarikh yang dijanjikan. Kadang-kadang kita sendiri yang kena tanya "bila gaji?". Kalau setiap bulan macam ni, tak ke rasa mengemis. Hmmm

Kat company ni kerja menimbun. Kalau boleh semua benda nak siapkan. Bila dah terlalu banyak sampi kerja sendiri pun tak terkejar. Diorang ni tau nak untung je.. Tapi sikit pun taknak jaga kebajikan staff. Sedih weyh...

Cuma yang aku rasa seronok sini environment dia la.. Kawan-kawan ok, kerja tak push. Yang paling best, memang banyak benda aku belajar kat sini. Dari A hinggalah Z. Tapi bila certain-certain bab tu jadikan kita makin hari makin tak syok pulak keje. 

Orang lain keje yang berbulan-bulan caruman epf, socso diorang dilindungi. Apa patut aku buat eh untuk jaminan masa depan aku? Kalau nak suruh report ke apa ke tu semua dah buat. Agak-agak ada cara lain tak yang korang boleh suggest kat aku??? 

Aku dah patut fikir langkah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku. Kalau aki bertindak lebih agresif confirm kene buang keje. Tapi.. aku dah bersedia dah untuk dibuang kerja. Asalkan aku dapat hak yang sepatutnya aku dapat. Dah tak larat nak hadap benda ni. Huh

Sesiapa tahu ada kerja kosong tolong bagitau aku eh. Huhu..

13 Comment:

firzz duka said...

Situasi kita sama...penat..kita enjoy apa yang kita buat...tapi macam tak dihargai...sebijik sama apa yang ko lalui dengan apa yang aku hadap...seronok kerja, tapi suasana yang hermmm

kak yoorin dah rasa apa mera rasa..part gaji lambat tu memang rasa mcm kita mengemis,,dah laa x dapat full.. 5 tahun sabar.. now puas hati jadi surirumah je,,tp mera muda lg,, mudah dapat kerja.. dan kerja kat situ pon dah dikira sbg pengalaman..sebelum diberhentikan, try2 cari kerja lain..

Anonymous said...

Huhu..dlm keadaan sekarang ni mmg susahvnk cari kerja yg match kehendak kita.. Stay dulu kat situ belajar betul2 samapai benar2 yakin kita mampu untuk aplikasikanya ...anggap mcm training or in learning process.. dan sambil tu leh lla job hunting

Yanty Lee said...

Walaupun banyak typo. Masih faham keluhan luahan rasa awak. Sementara sambil bekerja , apa kata cuba cari kerja lain dan fikir diri sendiri. Rakan sekerja kat mana2 pun ada cuma nak get along sekepala mungkin nak kena rebuilt it and takes time. Slowly. Isi je mana2 kekosongan kerja , rezeki datang dari Allah. In sha Allah.

Diana Rashid said...

Allah..kesian nya..sambil2 tu cari la kerja lain..

Cari keje lain.. smbil2 pastu diam2 wat aduan. Gaji ada payslip kan?

Bruce Banner said...

Report la... Haish

YieN said...

Mmg tak best kalau kerja suasana mcm tu kan.. Dah la kite nak kene hadap 1/2 of ur day kat situ, setiap hari pulak tu.. Better cari je kerja lain, nnt disebabkan itu je mood kite bole down hari2

Maman Reen said...

Sebelum ni Reen kerja di RHB bank tapi under 3rd party agency.. Kerja yang Reen buat sama dengan orang yang bergaji RM3K.. RM6K.. Sedangkan gaji Reen hanya rm1,750..

Reen kerja sana dah 3 tahun.. Tapi setiap tahun hanya reniew contract. Kerja sana environment memang best, cuma pressure.

Selepas fikir masak2, reen decide untuk berenti kerja. Tak sanggup nak tunggu lagi.. Alhamdulillah bila dah brenti kerja, happy je. Hihihi

mOoN IzzaN said...

try la cari keje lain..

kak gojes said...

KG pun rasa camni d tmpt keja..huhu...bertabah jer la atau try cari keja lain dik

Cikk Mimin said...

sebelum decide nak cari kerja lain, make sure dah ada backup kerja.
la tahzan sahabat

kesiannya...boleh cari keje lain..bab epf socso boleh report tu...bawak payslip,ic,surat tawaran kerja ke kwsp n socso...insyaAllah dorg akan bantu...tu hak kita.mesti kene pertahankan.