Hari tu aku ada bertanyakan di  facebook . "Ikhlas tu macam mana nak describe eh??" Sebenarnya aku faham maksud ikhlas....

Apa Erti Ikhlas???

11:17 AM Mera Hussain 4 Comments

Hari tu aku ada bertanyakan di facebook.

"Ikhlas tu macam mana nak describe eh??"
Sebenarnya aku faham maksud ikhlas. Ikhlas ni ertinya apabila kita melakukan sesuatu perbuatan atau memberi pertolongan dengan niat kerana Allah S.W.T tanpa meminta sebarang pembalasan atas perbuatan tersebut.

Tapi yang menjadi persoalan aku kat sini bagaimana kita nak tahu seseorang itu melakukan perbuatan dengan ikhlas seiring dengan niat dan hati yang ikhlas??

Ini sebahagian jawapan dari rakan facebook :-
Ada satu kiriman dari seorang rakan whatssap aku yang baik hati explain benda ni kat aku. 
Ya, sebenarnya konsep ikhlas ni mudah je kalau kita betul-betul faham. Bila niat kita betul-betul nak membantu kerana Allah S.W.T tanpa meminta sebarang pembalasan, InsyaaAllah kita akan diberi ganjaran pahala dariNya.

Untuk lebih faham.. Cuba baca satu kisah dibawah ni.

“Mari aku ajarkan kamu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”

“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”



Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu.  
Perasan tak, kadang-kadang kita ni ikhlas nak membantu ataupun bila orang mintak tolong pada kita, kita sanggup je buat. Tapi sebelum kita rela lakukan sesuatu tu kita dah merungut macam-macam. Tak pun, tengah kita buat tu kita complain macam-macam. Kan?? Kan?? Kan??

Untuk kita mengetahui seseorang tu betul-betul ikhlas dalam melakukan perbuatan itu memang sukar. Dari segi zahir, Ya. Mungkin kita boleh nampak seseorang tu ikhlas melalui perbuatan tapi samada perbuatan itu seiring dengan niat atau tidak ianya tidak diketahui.

Kadangkala kita ni lalai. Kita tak sedar ada kala kita Riyak dalam beramal. Jadi betul la pepatah mengatakan "ikhlas" ni ibarat semut hitam diatas batu hitam yang berjalan dalam kegelapan malam. Ianya rahsia diantara manusia dengan Allah S.W.T..

Ada jugak yang bagi jawapan kelakar untuk soalan ni. Tergelak baca.. Haha.. 

Apapun, thanks pada semua yang sudi berikan komen dan pandangan atas soalan aku. Semoga lepas ni kita boleh betulkan niat dan ikhlas dalam segala perkara. *peringatan diri nih. 

4 Comment:

Mommy Cici said...

hahah suka jawapan Abang Ben =p

betul lah susah nak describe ikhlas ni.

Dkna Abza said...

hahahahaa..macam-macam versi jawapan..

Sue Izza said...

rahsia Allah,sebab tu ikhlas ke tak ikhlas ke tak yah pertikai tak nilai...

nor azman said...

Ikhlas itu tanpa harap sesuatu balas dr orang lain kecuali allahswt