Dulu masa kecik-kecik setiap kali tibanya hari raya, bila dengar takbir raya pada pagi raya mesti sayu hati ni. Lagi-lagi bila kenangkan or...

IDCC Sebagai Lokasi Rakaman Takbir Raya Aidil Adha 2016

11:30 PM Mera Hussain 4 Comments

Dulu masa kecik-kecik setiap kali tibanya hari raya, bila dengar takbir raya pada pagi raya mesti sayu hati ni. Lagi-lagi bila kenangkan orang yang kita sayang takde sama-sama dengan kita nak beraya. Hmm sobb.. sobb.. Ok, tujuan entry aku hari ni bukan nak sesedih. Huhu..

Sabtu lepas aku bersama beberapa geng KBBA berkesempatan menyaksikan rakaman Takbir Raya yang dirakamkan di IDCC Shah Alam.  Ini adalah kali pertama aku merasai pengalaman menyaksikan rakaman takbir raya ni. Program Takbir Raya ni diusahakan oleh NIPVSB (Noraniza Idris Production Ventrues Sdn Bhd) dan Persatuan Belia Kota Gagasan dengan kerjasama IDCC Shah Alam.
 
Seperti yang sedia maklum, untuk menjayakan program Takbir Raya ini Kak Ani (Noraniza Idris) menggabungkan lebih dari 60 orang artis lelaki yang terdiri dari 2 genre iaitu Rock dan popular semasa. Artis yang turut hadir pada waktu tu seperti Waris, Saleem, Aris Ariwatan, Fee Haiqal, Ameng, Firman, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Fadzlee Sufri, Qody, Azmir Arif dan ramai lagi artis tempatan yang turut serta dalam program ni. 

Khabarnya, slot takbir ni akan disiarkan pada Hari Raya Aidiladha di tv Alhijrah.

Walaupun kita tahu peranan artis kat Malaysia ni yang sibuk menghiburkan para peminat, tapi dalam slot persembahan khas ni mungkin ianya boleh mengubah persepsi dan tanggapan negatif sesetengah masyarakat terutamanya dalam tanggungjawab menyampaikan mesej berunsurkan islamik. Ini adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat yang bersifat mendidik dalam membentuk akhlak yang mulia.


Tahniah kepada NIPVSB dan jugak kesemua yang terlibat dalam menjayakan rakaman ni. Bukan senang tau nak kumpulkan artis yang begitu ramai dalam satu masa. Tapi apa yang dimaklumkan oleh Noraniza Idris , niat murni beliau untuk program ini adalah ingin memartabatkan mereka dengan melibatkan diri dalam sesuatu program yang berunsurkan keagamaan dan kebudayaan. 


Beliau yang kini sedang sibuk membuat persediaan Siri Jelajah Malaysia untuk tahun keempat bermula September ini berharap agar dapat membimbing artis pelapisnya untuk menyambung usaha perjuangannya dalam seni dan budaya. Tahniah diucapkan dan semoga NIPVSB terus maju jaya. 

Kenapa IDCC Menjadi Lokasi Pilihan
Istimewanya program ni dirakamkan di IDCC Shah Alam kerana IDCC mempunyai Dewan Bonque terbesar yang pernah direkodkan dalam “Malaysian Book Of Records”. Percaya tak?? Haaa..

Pertama kali aku masuk IDCC ni tak memang aku tak nafikan, ruangan dewan kat sini besar dan luas. 

Terdapat 11 Hall Dewan Bonque yang terletak ditingkat atas sekali bangunan ini dengan ruangan yang sangat besar. Dewan ni bukan sahaja Dewan Bonque yang terbesar di Shah Alam, malah ianya merupakan Dewan Bonque yang terbesar di Malaysia ni sehingga mampu menampung muatan seramai 8000 hingga 10000 orang dalam satu masa. No wonder lah masuk "Malaysian Book Of Records".

Memang sesuai la nak dijadikan tempat persandingan, acara korporat dan majlis perkahwinan. Bagi tempat letak kereta pula boleh memuatkan sebanyak 2200 biji kereta dalam satu masa.

Nampak macam tak ramai pengunjung je mall ni. Pendapat aku, mungkin Mall ni masih baru dan ramai lagi yang tak tau tentang kewujudannya. Tapi masa aku datang sini Sabtu lepas, ade beberapa Dewan Bonque yang digunakan untuk majlis perkahwinan. 

IDCC yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah bangunan 7 tingkat yang mempunyai pelbagai fasiliti di dalamnya. Selain tu, banyak lagi kemudahan lain yang turut disediakan di IDCC ni. Bagi mereka yang berminat mengadakan sebarang majlis boleh dapatkan details kat bawah. 
Untuk sebarang pertanyaan sila ke:-

Website:

atau

Emel:
 atau

Hubungi:
 +603-50313333. 

Alamat:
Ideal Convention Centre Sdn Bhd
IDCC Shah Alam
5-01, Level 5, Jalan Pahat L15/L,
Section 15,
40200 Shah Alam, Selangor


4 Comment:

Farah Dafri said...

wuuu cantiknya sis. xsabar nk tgk dlm tv :P

Dkna Abza said...

hye... ada muka ai la kat sini

Afiq Halid said...

IDCC ni pula senang cari sebab sebesar-besar alam tepi Federal. Haha

UMMINANI said...

selamat hari raya korban