PART III Haih,, lama betul aku nak sambung part3 ni. Sorry lah, busy sangat tak sempat nak sambung story. Huhuhu.. Pagi Jumaat 15/04/20...

PAKEJ SNORKELiNG TERBAIK | PERHENTIAN KRAVERS

6:28 PM Mera Hussain 6 Comments

PART III
Haih,, lama betul aku nak sambung part3 ni. Sorry lah, busy sangat tak sempat nak sambung story. Huhuhu..

Pagi Jumaat 15/04/2016 kitorang bangun pagi untuk mulakan aktiviti kedua kitorang di Pulau Perhentian. Aktiviti ape eh??
Ape lagi... snorkeling la... Hehehe 
Hari kedua ni kitorang dibawa ke 5 buah tempat snorkeling paling best kat Pulau Perhentian ni. Untuk trip snorkeling ni kitorang ambil pakej dengan Perhentian Kravers. Lama jugak la aku deal dengan si Mudy ni. Yang pasti 2bulan sebelum tarikh pergi aku dah booking dengn si Mudy ni sebab kalau lambat booking mesti full!
Sebelum menyelam kita isi perut kasi kenyang dulu. Hehehe
Sebelum kitorang mulakan aktiviti snorkeling, kitorang diberi briefing terlebih dahulu. Mane tau takut ade yang langgar peraturan waktu snorkeling nanti. Haaa.. Tu pentingnya briefing. 
Ni lah Abang Mat. Personal diver a.k.a guiders dan jugak driver boat kitorang.













30minit kemudian... Semua naik boat mengikut kumpulan masing-masing. Wuhhuuu.. Tak sabar weyh nak snorkeling!! Hihihi

Korang scroll laa gambar snorkeling aku. Jangan jeles pulak! Hehehe

Fish Point
Haa, ni laa fish point. Kat sini memang banyak ikan belang-belang ni. Berapa banyak pulau aku pergi pun aku takkan ingat ape nama natang ni. Yang aku tau nama dia ikan belang-belang je. Hehehe..

Kat sini aku paling suka sebab ikan ni pun macam aku. Pantang nampak makanan laju je datang. Kekeke.. Yang bestnye bila dia datang kerumun tangan sebab nanti kat tangan rasa macam geli-geli. Hahahah.. Lols



Coral kat sini pun boleh tahan besar-besar.
Turtle Point
Point kedua kat sini. Masa kitorang sampai ramai giler orang. Kebetulan masa sampai tersaing dengan boat-boat lain. Hurm waktu ni nak snorkeling pun rasa macam takde ketenangan. Apa taknye.. Baru acah-acah nak kuak dada tangan dah libas muka orang lain. Hahahaha

Tapi guiders kitorang memang terbaik. Tetap bagi layanan best. Dia suruh kitorang follow dia nak tengok penyu. Siap guide kitorang dive masuk dalam semata nak tengok penyu seketul ni. Hehehe. Best betul service diorang ni.

Tapi hasilnya aku boleh bagi gambar orang lain sebab aku tak kesampaian nak buat. Baru setengah paras air laut aku dah telan air masin. Sakit weyh hidung aku! Hahaha. 
Tahniah pada kawan-kawan yg berjaya ni. Huhu
Bangga betui kak neyra bila dapat turun dasar nengok penyu. Tercabar pulak aku. Hahaha
Shark Point
Ni point yang aku paling tunggu-tunggu. Aku memang tak sabar sangat nak tengok shark ni. Masa Mudy tunjuk gambar-gambar orang yang dah amik pakej dengan dia aku memang paling teruja tengok gambar diorang dengan shark! Terus excited gile aku nak amik pakej dengan diorang ni. Huhuhu

Dekat shark point ni air dia beralun-alun. Kuat dan deras. Kalau duduk kat boat lama-lama pun boleh mabuk.  Lepastu kalau korang turun jangan la sesekali cuba bukak snorkle tu. Confirm air masuk hidung and mulut. Aku dah rasa. Masin gila air ni! Bweekk!

Tapi kalau dah sampai sini kalau korang duduk atas boat je baik pi balik bilik. Rugi la weyh bayar ratus-ratus tak dapat tengok shark ni rayau-rayau sondol badan korang. Haha...

Abang Mat cakap shark ni jinak. Tak payah takut. Paling kuat pun korang naik boat kaki hilang sebelah je. Hahahaha
Waktu kitorang sampai sini dah tengah hari. Shark pun dah penat agaknye dan tak berapa agresif waktu ni. Banyak main kat bawah je. Abang Mat umpan pun dia taknak naik. Ni pun kebetulan laa dia naik kejap. Sempat jugak laa kitorang snap gambar. Puas hati laa. *muka peyh!
Kat belakang tu, kitorang la tu yang jakun nampak shark. Haha
Light House

Kat sini takde ape yang best sangat. Ikan pun takde. Tapi yang bestnya kat sini korang try terjun dari rumah api ni. Memang best. Aku terjun sekali nak lagi. Siap nak up stage lagi. Hahaha..
Anak sape yang tak semenggah ni. Hahaha
 Selain tu, korang boleh cuba jugak try dive masuk dalam tunnel ni. Aku dah cuba tapi tak menjadi. Setiap kali sampai separuh paras laut mesti telan ayor masin. Patut la balik Perhentian dapat darah tinggi! Hmmm..
Eiii, tak puas hatinyaa lahai kawan aku ni boleh buat. 
Next time kalau datang lagi aku nak try masuk bawah tunnel ni. Tak kira! *hentak2 kaki. Haha

Romantic Beach
Ok, last point!

Kat sini ada ikan nemo je.. Takde ape sangat. Tapi tempat ni memang cantik. Korang nak tengok sunset pun ok jugak. Tapi sape yg nak layan korang tunggu kat sini sampai senja? Hahaha

Tapi kat sini kalau nak buat port berdating memang sesuai sangat. Haha.. Tak tau lah kenapa. Aku memang tertarik dengan tempat ni. Aku perhati sekeliling tempat ni.. Bestnya kalau dapat tengok sunset dengan orang tersayang. *terus berangan muka bakal somi. Haahaha. Emm memang sesuai pulak  tempat ni dengan nama romantic beach. 

Kat sini kitorang takde watpe sangat pun. Mungkin sebab masing-masing dah penat and puas snorkeling kot. Huhu.. So, kitorang just amik-amik gambar, main tanam badan dalam pasir. Haa,, tu je la. 
Pakej snorkeling ni aku rase boleh tahan murah Mudy bagi sebabnya pakej ni termasuk sekali dengan penginapan, 5point snorkeling dan jugak makan minum kat sana. Siap ade BBQ ok. Penginapan pun selesa. Kitorang tido kat Sharila Resort lagi. Total semua RM350. Selesa hakak. 

So, kitorang balik snorkeling pun dah petang. Sumpah penat tapi best gile. Paling best laa pengalaman snorkeling aku buat masa ni. Perhentian Kravers memang terbaik la. Tak sia-sia aku percaya si Mudy ni. Terima kasih jugak kat Aed dan Abg Mat sebab sanggup layan kepala kitorang berenam. Huhuhu

Malam tu kitorang dijamu dengan BBQ. Memang kenyang lah cerita dia. Dah penat seharian bersnorkeling, niat nak pergi long beach malam tu pun dibatalkan. Tunggulah next time kitorang repeat insyaaAllah. Hehehe.

Malam tu tido dengan lena sebab keesokan hari nak balik dah. Tunggu sambungan next entry. Sekian...

*Tapi memang wajib repeat! Banyak lagi benda aku nak try buat kat sini. Setiap kali belek gambar memang tak boleh move on! Tq Perhentian Kravers!!



Part I : Percutian ke Pulau Perhentian
Part II : Percutian ke Pulau Perhentian


6 Comment:

Afiq Halid said...

Terbaiklah snorkling dia.

Amanda Suria said...

Tak sangka kak SA Mera suka snorkel...bestnyaa pandai berenang...kalau akak setakat celup2 kaki je ler

Bestnya! Teringin nak snorkling tapi tak tau berenang hehe

Yana MIB said...

akk xreti snorkeling nyelam dlm² gitu...berenang kt surface air je pandai laaa...haha

YB Shehan said...

serius. mmg nak repeat!!

Maman Reen said...

Murah..! Pergi berapa orang..? Jinak penyu tu.. Tak lari walaupun dtg dekat. Hihihi