Sabtu lepas aku dan team KBBA berkampung kat sini mengisi kekosongan perut kitorang di salah sebuah cafe yang baru dibuka di Shah Alam Sela...

Nak Makan Chalong Ada Kat Sini.. | Delong Coffee & Such

11:51 PM Mera Hussain 5 Comments

Sabtu lepas aku dan team KBBA berkampung kat sini mengisi kekosongan perut kitorang di salah sebuah cafe yang baru dibuka di Shah Alam Selangor. Terima kasih kerana sudi jemput kami.
Delong Coffee & Such|Sebuah cafe yang menghidangkan menu dari negeri Pantai Timur (Terengganu) dan juga makanan Western. Cafe ni diberi nama Delong bersempena dengan nama sebuah kampung di daerah Dungun, Terengganu. *haa,, macam pembaca berita dah aku. 
Photo Cc by: Razi
Actually, Cafe ni sebenarnya baru je dibuka di TTDI Jaya, Shah Alam dan masih dalam pembikinan. Apa yang aku nampak dari segi susun atur, cafe ni berkonsepkan santai dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Haa,, korang tunggu meta deyh. Tak lama lagi cantik laa cafe ni. Hehee

Menu menarik di Delong Coffee & Such

Menu utama yang aku nak kongsikan dengan korang kat cafe ni adalah Nasi Carrot dan juga Chalong.
Korang pernah makan Nasi Carrot?? Chalong?? Aku pun first time rasa dan dengar nama makanan ni. Dengan itu, terus nafsu makan aku datang ibarat Phirana. Kekeke.. *padahal sebelum pergi sini aku dah bedal nasi sepinggan kat rumah. Hee~

Nasi Carrot ni hasil ciptaan air tangan Puan Ina(owner) sendiri tau. Kalau orang yang tak kenal makanan macam aku ni confirm ingat ni Nasi Minyak sebab rupa dia lebih kurang sama tapi rasa berbeza. 
Nasi Carrot
Lauk yang bersesuaian ofcourse laa ayam merah dan acar sayur. Beras yang digunakan pun jenis beras panjang. Makan sikit dah rasa kenyang. Tapi aku tak kenyang. Malah nak tambah lagi ade la..tapi malu... Hihiks

Ni menu utama yang kedua kat sini. Chalong. Haa ni laa dia Chalong!!!
Chalong
Macam lari pulak nama dengan rupa dia. Haha.. Tapi unik! Aku ingatkan ni Bee hoon sup tapi bila sekali rasa bukan rupanya. Memang buta menu!! Hahaha..
Chalong ni yang sedapnya fishball yang diletakkan dalam makanan ni 100% homemade daripada Puan Ina sendiri. Bahan yang digunakan pun 100% adalah isi ikan tanpa sedikit pun campuran tepung. Sedap weyh fishball homemade ni. Seriously rasa tak sama macam fishball ko beli kat Tesco ke Giant ke.. So, kalau nak rasa kena datang sini dan cuba menu Chalong ni!
Actually banyak lagi menu-menu lain yang ada kat sini. Pada penggemar Western.. Chicken Chop, Steak, Nasi goreng pun ada kat sini.  Nasi lemak pun ade. Tapi nasi lemak kat sini sambal dia special sikit sebab sambal yang digunakan diterbangkan khas dari Terengganu. 
Ni antara minuman yang aku minum hari tu. Air Soda Bukit Besi.. *krikk krikk. Aku ingat nama makanan je unik, sekali sampai ke air pun unik jugak nama dia. Kreatif betul Puan Ina ni. Huhu

Untuk korang yang ade berdekatan dengan cafe ni, datang lah lunch kat sini. Harga untuk Nasi Carrot + Air Soda ni cuma RM9.90. Murah kan? Weyh murah la... Berbaloi sangat!

Selain daripada tu jenis minuman yang ade kat sini seperti coffee.. coffee latte , mocha dan lain-lain lagi ... Tapi ade yang lagi sedap.
Lala Choco Drink
Smoothie ni ada 2 perisa yang aku rasa. Satu lagi perisa Strawberry. Dua-dua sedap pada aku sebab aku penggemar coklat. Hihiks. Tapi yang sedapnya strawberry tu dia rasa masam-masam manis. Memang sebiji rasa mcm makan yougurt. Yang ni aku tak dapat nak tunjuk gambar sebab aku dahulukan perut aku dulu dari kamera. Hehehe..
Marshmallow tu dibakar terlebih dahulu before makan.  Aku makan tak cukup segelas. Heee
Alhamdulillah, kan aku dah cakap aku tak suka membazir. Menu yang dihidangkan pada hari tu licin aku makan. Sorry laa terbawak saka sekali pergi food review. Ekeke..
Terima kasih Puan Ina atas jemputan dan hidangan yang menyelerakan. Dapat jugak merasa masakan orang ganu. Hihii. InsyaaAllah akan datang lagi untuk rasa menu yang lain. Semoga Delong Coffee & Such terus maju jaya. 


INFO

Address :
 No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 
0139583797 / 0122808996 

Instagram : 

5 Comment:

Xde cawangan dekat Kl ke? Jauh benor nk g try

ucing said...

wow.nampak sedap (>.<)

first time dengar pasal chalong tu...nampak cam sedap je tu..hehe

Yanty Lee said...

Klu tersesat ke sana nk gi try la chalong tu

ubai ismail said...

seronoknya depa makan.. hehe nanti nak try singgah la.. :)