Hello..!! Assalamualaikum.. Buat ape tu?? *tanya macam tengah main whatssap pulak kan?? Haha. Tak tau hari ni nak buat ape so ai merajin...

Best Gila Buat Facial Treatment Kat Sini.. | Bio Pearl Advance Skin care

5:20 PM Mera Hussain 4 Comments

Hello..!! Assalamualaikum..

Buat ape tu?? *tanya macam tengah main whatssap pulak kan?? Haha. Tak tau hari ni nak buat ape so ai merajinkan diri mengupdate blog yang dah berdebu ni. Huhuhu

Hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang tentang facial treatment yang aku pergi beberapa hari lalu. 

Nervous jugak la nak pergi. Padahal facial treatment je kan?*over angat. Ahaha.. Ni first time aku buat facial treatment tau. Sebelum ni urut-urut muka sendiri kat rumah je. Ekeke.. Tq kak Saidila rekemen tempat ni. 

Bio Pearl Advance Skincare Bio Formula.

Pernah nampakkan?? Kat sini la tempat facial treatment aku pergi tu. Aku punya temu janji jam 5.30petang tapi jam 3.30petang aku dah terpacak depan premis ni. Hihi.. *semangat naw.

Aku naik teksi beb pergi sini. Dah laa mahal. Tak pasal-pasal kene paw RM30 dengan pakcik teksi. Caitt!! *tak memasal je buat luahan perasaan. Hahhaa.. (hmm.. muka tak puas hati.)

Da laa, banyak sangat pulak celoteh. Bosan korang baca blog aku kang. Huhuhu..

Masa aku sampai kat sana aku di assist and consult oleh salah sorang daripada pekerja kat situ (Zaza).  

Aku disuruh masuk ke dalam sebuah bilik untuk mulakan treatment. Nebes weyh.. Takut muka jadi pape. Huhuhu

Sebahagian peralatan facial tretment.
Proses rawatan muka bersama Bio Pearl Advance Skincare Bio Formula.

Now, aku nak cerita pulak proses sepanjang rawatan. Kesemua produk daripada Bio Pearl ni adalah 100% dihasilkan menggunkan bahan-bahan organik tanpa sebarang campuran bahan kimia sikit pun tau. Haa, tu yang bagusnya. Terus tak sabar nak berfacial.. Hihi..

Jom mulakan...

1) Analisa kulit
- Sebelum si Zaza ni mulakan treatment kat muka aku, dia kenalpasti dulu masalah kulit aku. *lembut je tangan dia belek-belek muka aku. Hihihi
2) Makeup Remover
- Treatment dimulakan dengan bersihkan makeup menggunakan facial cleansing oil atau mekap remover. *aku siap terfikir nak bawak pencuci muka dari rumah sebab nak cuci makeup aku. Hahaha. Noob betul.

3) Pembersih muka
- Lepas muka dah free daripada segala jenis makeup, Zaza cuci muka aku menggunakan sebum control cleansing gel sebab kulit muka aku berminyak. Mungkin kesan daripada makeup tadi kot. Untuk korang yang ada masalah kulit sensitive pun boleh gunakan pencuci muka ni.
4) Scrub
- Soft scrub ni di apply ke muka aku untuk membuang sel-sel kulit mati. Biasanya soft scrub digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah oil cyst atau skin tags.

5) Extraction
- Proses membuang black head atau white head. Memang banyak jugak oil cyst kat muka aku rupanya. Seronok si Zaza ni cungkil benda tu kat muka aku. Nak tertido aku dibuatnya. Haha.. Takde la sakit mane pun..

7) Vitaplex
- Sejenis antiseptik bagi menyembuhkn luka selepas extraction dan mengurangkan radang. Selain tu vitaplex ni kan sesuai jugak dijadikn krim malam lepas kita buat extraction, oilcyst or skintags.
8) Masker
- Masker pun kena ikut kesesuaian jenis masalah kulit kita. 

9) Toner
- Bila dah settle buang oilcyst and pakai masker bagai, toner ni di apply kat muka aku bagi menutup semula liang-liang pori (bukan liang lahad ea) yang terbuka selepas facial

10) Sunblock
- Aku apply UV Milk sebab dia ade antiseptik dan sesuai jugak untuk yang ada masalah kulit jerawat. Kat sini ada beberapa jenis sunblock seperti Advance UV, UV Milk dan juga Miracle Balm. Advance UV ni lebih sesuai untuk tutupkan liang2 pori dan masalah kulit kering. Miracle beauty balm pulak sesuai bagi yang ada masalah kulit berminyak.

Satu jam dalam bilik treatment no.4 rasa macam sekejap sangat. *macam tau je bilik no.4. Hahaa.. Tak puas rasa si Zaza urut-urut muka ni haa.. Best weyy.. Kalau tido memang lena. Hahah
Fresh gila muka aku lepas buat facial. 
Aku punya beautician. Comey dok? Hehehe
Korang kalau ada berkeinginan nak buat treatment macam aku ni boleh pergi Bio Pearl Skincare ni. Seriously aku cakap puas hati dengan service dan layanan diorang.

Kebetulan, aku nak kasi korang info sikit. Sekarang ni Bio Pearl ada buat promosi facial treatment. Haaa.. Tengok gambar kat bawah ni.



Confirm ko rasa nk pergi kan? Jangan nipu.. Murah gile kot sape yang taknak!! Bukan muka je.. Hair treat dan body therapy pun ade tau. . Korang boleh refer alamat kat bawah nanti

Sebelum balik tu aku sempat laa grab satu produk Bio Pearl ni. Ekeke
Ni bukan calang-calang sabun tau. Dermocleanse Facial Soap ni mampu membersihkan segala kotoran kat muka, mencerahkan kulit muka dan juga bahagian celah-celah tersembunyi (celah bedah). Hikss.. Paling best boleh jadi sabun mandi jugak. Sebab tu aku tertarik nak beli! RM21 je pun. Huhu

Tiga lokasi cawangan Bio Pearl Advance Skincare yang korang boleh lawati.

Biofem Beauty Resources
No.29-1-1, Jalan Setia Prima AU/13A, Setia Alam.
No. Tel:
018-2168548

Bio Pearl Hq (centre) Bangi
No. 2A & 4A, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
No. Tel
0122339700/ 0122047711

Bio Pearl Skincare Bangi Gateway
Lot 2-11 & 2-12, Block A, Persiaran Pekeliling, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. Tel:
016-337 1566

Kipmall Bangi Utama  Shopping Complex (warta)
Lot 2-05 Tingkat 2,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
No. Tel
+60 12‑233 7900

+60 12-684 7900

Website:

Facebook:

Instagram:

4 Comment:

Memang puas hati kan wat facial treatment kat sini!

YB Shehan said...

Best. Nak cuba juga

Amanda Suria said...

Alahai..lama dh akak x pi facial...x tau la bila ada peluang nak pi

tengok muka mera lepas treatment tu mmg nmpk segar..sampai lupa kejap eh kena paw dgn pakcik teksi? hehehe