"Kak, minta i/c..", minta kerani driving school tu. "Jap ea.." Kata aku.. Cari punya cari... Eh? Mane pergi i/c...

Kerana Lalai, Hampir Setahun Tak Sedar Dah Mati!!

9:18 PM Mera Hussain 0 Comments

"Kak, minta i/c..", minta kerani driving school tu.

"Jap ea.." Kata aku..

Cari punya cari... Eh? Mane pergi i/c aku eh? Kat rumah kot.. Tertinggal.

"Kak, saya guna lesen saya boleh tak? I/c saya tertinggal lah."

Kerani tu mengangguk tanda kata boleh. Aku pun keluarkan laa lesen memandu aku sebagai ganti i/c untuk dia memasukkan butiran diri aku dalam sistem.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu..
Nampak tak apa yang aku cuba tunjuk??

Tu.... Tempoh lesen aku tu.. Dah expired rupanya!! Hampir setahun pulak tu. *Dalam hati aku nasib baik la aku tak pernah kena roadblock sepanjang bawak moto. Huhuhu

Semalam, aku sempat pergi kenpejabat pos untuk renew balik lesen moto aku yang dah mati berkurun ni.

Tiba-tiba je kakak kaunter tu cakap.. "Renew lesen RM132."

Terus aku tanye.. "renew lesen berapa?"

"RM32 setahun.." Jawab kakak kaunter pos.

Aku pun  cakap "saya nak renew 2 tahun je kak. Bukan 5 tahun sambil sengeh." Bengang je dia tengok aku. Hahaha

5minit kemudian...
Siap pun lesen baru. Heee

Harap-harap sebelum sampai tarikh lahir aku tahun depan boleh ingat laa nak kena renew lesen semula. Hehehe

*kisah i/c aku yang ingat tertinggal kat rumah tu sebenarnya tertinggal katbkampung masa balik raya hari tu.. Maka akunpun berhuhu laa minggu tu tanpa i/c san lesen...

Ok bye...

0 Comment: