"Indahnya sungguh dihari raya.." "Ramainya orang bersuka ria.." Hahahah.. Semangat aku nyanyi lagu raya. Padahal ...

Photoshoot KBBA 2016 | KBBA Berhari Raya

10:36 PM Mera Hussain 8 Comments

"Indahnya sungguh dihari raya.."
"Ramainya orang bersuka ria.."

Hahahah.. Semangat aku nyanyi lagu raya. Padahal puasa pun belum lagi waktu ni. Hee~ 

Actually aku masih tak boleh move on dengan hari photoshoot KBBA walaupun dah beberapa hari berlalu. Bila tengok gambar-gambar dekat fon, ohh!! rasa macam baru semalam je photoshoot untuk hari raya ni. Huhuhu

Bertempat di Matic, Kuala Lumpur.. Pada 4 Jun 2016, Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan satu event photoshoot hari raya bersama para blogger. Events bermula jam9.00 pagi tapi aku dengan si Afiq kol 10.00pagi baru sampai. Bukan sengaja eh datang lambat. Haa~

Untuk photoshoot kali ni beberapa penaja sudi berkerjasama bagi merealisasikan Photoshoot KBBA. Antaranya banner ini dan beberapa prop yang ditaja oleh Dalizgrafix. Simple tapi cantik kan?! Korang boleh follow insta dia kalau nak tahu lebih lanjut tentang servis yang disediakan.

Agak meriah jugak hari tu.. Masa aku sampai, blogger-blogger perempuan semua tengah dok sibuk make-up dengan MUA masing-masing. Aku tengok takde sorang pun MUA yang kosong. Semua tengah sibuk. Aku yang datang lambat ni terpaksa lah tunggu que. Dalam hati ni dah tak sabar nak muka ni nak kena tonyoh.! Aku pun nak lelawa jugak oi! 

Bila aku nampak kak Nina dah siap makeup aku terus pergi kat Mua tu. Nampak cantik je muka kak Nina dia makeover aku pun terus mintak dia makeup kan aku. Haa tengk

Hehehe.. Hasil sentuhan kak MimieZoll, muka aku yang ada parut chicken pop ni pun boleh ploles ko! haa, kalah ayda jebat. Abang Jebat(Sharnaaz Ahmad) kalau tengok aku pun terus lupa kat Darmia(Nelydia Senrose). Hahaha *pengaruh tv sangat.

Yang bestnye kak Mimi ni, apa yang aku request kat dia, dia buat dengan baik. Dah la kelakar. Tak habis gelak masa tengah makeup dengan dia. Hahaha.. Bila dah siap, rasa macam tak caya tengok muka sendiri. Cantik jugak aku!! Hahaha

Tengok la tuan punya makeup pun cantik kan?? Comel je.. Hehehe.. Memang aku puas hati dengan sentuhan kak Mimi ni.. Aku tengok diri sendiri pun boleh kata cantik! Inikan pula bakal suami tengok. Eh??? Hahaha.. *jap, nak masuk bakul jap. Bila lagi nak puji diri sendiri kan? Huhu.. Tq kak Mimi.. Tq tq tq!!!! Suka sangat tengok muka sendiri.

Kalau korang nak tahu semua MUA yang makeupkan kitorang ni dibawa oleh Rita Rahman dan Artistic Team. Jom kita lawat IG diorang.

MUA : Rita Rahman

Artistic Team: @zanazack @put3ratnasari @makeupbywinwin @fetriany @farizha_mua
@alkazamdacute @makeup_mimiezoll @raihana.basar @iamizuansani @aresue86 @syuhada_said @wearemarymar @makeup_byel @_violetgrape @farinabasneemakeup @byfidaramli
@wanie_touch

Kesemua Mua yang bertugas pada hari tu memang berpengalaman dan memang patutlah semua blogger-blogger wanita cantik-cantik hari tu. Hehehe



Credit photo : Kak Shehan

Dah cantik-cantik ni, bagi peluang aku berposing kejap. Bukan selalu dapat peluan macam ni.. Hehehee


Disebabkan badan aku yang susah nak cari baju dan size yang fit dengan badan, makanya aku pakai baju tajaan diri sendiri je pada hari tu. Sedih. Orang lain semua pakai baju sponsor. Huhuhu

Credit Photo : Lala Husna
Alhamdulillah, nasib baik baju yang aku bawa bersesuaian pula dengan tudung tajaan dari Butik Deea ni. Shawl yang aku pakai ni adalah instant shawl dari butik deea. Mudah dan selesa sangat bila dipakai. Kepada mereka yang nak cepat tapi tampil cantik boleh beli instant shawl ni dengan harga RM49 je. Boleh la pakai untuk hari raya nanti kan? Heheheh

Haa,, nah aku tunjuk sikit gambar sepanjang photoshoot hari raya kitorang. Waktu diorang dok photoshoot and catwalk tu aku takde sebab dok tengah touch up muka lagi. Sape suruh lambat kan. Hahahaha



Credit Photo : Joe Labu


Credit Photo : Abang Dino
Inilah antara busana dari Butik Deea yang diperagakan oleh para blogger. Aku paling suka baju yang Kak Shehan pakai tu. Lawooo oi.


Credit Photo : Joe Labu
Untuk blogger lelaki pulak, mereka memperagakan pakaian dari busana Emin Madrosa. Masing-masing dah macam imam muda aku tengok. Sejuk mata bini diorang ni kalau tengok. Hahaha

Bila dah penat photoshoot, perut confirm lapa bak ang! Tengah hari tu kitorang disajikan dengan makanan yang di sponsor oleh restoran Cafe Cerita kambing. Alhamdulillah.. rezeki hari tu. Dah penat-penat dapat pulak makan nasi beriyani. Hmm, memang kenyang lah cerita dia. Huhu.. Sebelum ni pun aku pernah makan kat restoran tu. Memang sedap pun. 

Credit Photo : Mimin Adam
Dap oooo.. Nak tambah lagi tapi kang baju tertetas pulak. So, batalkan niat. Heee~.
Ok, ada berita baik untuk korang ni. Untuk pengetahuan korang, bulan puasa ni Cafe Cerita Kambing ada membuat buffet ramadan tau. Jadi, pakat mai datang bawak family berbuka puasa kat sini. Murah je tau.
Gambar wajib : Bersama founder KBBA9 
Terima kasih kepada founder KBBA (Abang Ben), KBBA team dan juga kak Ana kerana berjaya merealisasian event ni. Terima kasih untuk moment yang indah ni dan beri peluang pada aku join photoshoot ni. Yela, 1st time join photoshoot macamni sapa yag tak suka kan? Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang. InsyaaALLAH. Hee~
#takkanpernahlupa



**********************************



Barisan Penaja


Penaja Lokasi : MATIC
Pakaian Wanita : Butik Deea
Pakaian Lelaki : Emin Madrosa
Pin Hijab : Vonaish
Makanan : Cafe Cerita Kambing
Banner & Props : Daliz Grafik
Photographer : Abang Dino & Lala Husna
Mua : Rita Rahman

Artistic Team : zanazack, put3ratnasari, makeupbywinwin, fetriany, farizha_mua, alkazamdacute, makeup_mimiezoll, raihana.basar, iamizuansani, aresue86, syuhada_said, wearemarymary, makeup_byel , _violetgrape, farinabasneemakeup, byfidaramli, wanie_touch

8 Comment:

Afiq Halid said...

Perghhh. Datang lambat. Hahaha

Cantik sangat mekap Meera. Best kan photoshoot KBBa9 happening sgt

YB Shehan said...

Tq mera cantik. Puji baju akak. Ekeke. Tu baju raya nt la tu. Hehe.. mmg superb giler akak tu makeup. X tau plak mera ada parut. Heee.. Cantik mera n k.nina..

Sue Izza said...

untung laaaaa

Maman Reen said...

Meriah dan best..!

acu yuhan said...

hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

Irda Garmin said...

yup nampak cantik...tapi u memang cantik jugak lah yang..salam singgah sini ya

qaseh dalia said...

tanteknye mera mcm kojol eh kajol haha