Korang pernah tak rasa kena kacau dengan lelaki yang korang tak kenal and tak paham bahasa apa orang cakap?? Pernah tak?? Pernah takk??? ...

Lelaki Ni Memang Tak Paham Bahasa!!!!

6:04 PM Mera Hussain 8 Comments

Korang pernah tak rasa kena kacau dengan lelaki yang korang tak kenal and tak paham bahasa apa orang cakap?? Pernah tak?? Pernah takk???

Mesti pernah kan??? Rasa annoying sangat kan???.. Errghhh!!!

Eh? Dah kenapa laa aku meroyan pepetang buta ni. Haihh!! Bukan apa... Sakit hati rasanya dengan orang macam ni. 

Mula-mula mesej katanya nak berkenalan. Yang pelik bila tiba-tiba boleh tahu nama kita. Entah mana dapat and dari mana kau datang pun aku tak tahu. Tiba-tiba nak berkenalan. Em... Ok laa aku positif dan aku terima laa salam perkenalan tu...

Biasa laa baru nak kenal kan... Satu demi satu soalan ditanya. Yes.. Aku jawab semua soalan dengan elok. Tapi bila sampai part personal pun nak tahu jugak tak boleh lah. 

Yang penting aku tak tipu bab status. Aku jujur yang aku dah berpunya. Aku rasa lebih baik daripada menipu. Huhu.. 

Bila dah tahu kita dah berpunya kau still nak kacau and text 24jam.. Rasanya tu nak apa eh?? Aku tak cakap la aku hot.. Tapi cara kau nampak macam "bukan sekadar nak berkawan" ni. Hahaha

Bila dia tahu kita dekat luar dengan family still nak text.. Tengah kerja still nak text.. Tengah spent time dengan seseorang pun still nak text. Bila tak reply still jugak text tak henti-henti. Bila tak reply dikatanya "sombong"!!

Eh?? Dah kenapa eh?? Hurmmmm

Sorry la sebab tak layan and tak reply langsung text awak tu.. Sebabnya mesej-mesej yang awk hantar tu tak penting untuk saya reply.. 

Its ok.. Saya accept if awak datang dengan niat yang betul "cuma nak berkawan". Yes!!! Saya akan terima.

Tapi bila macam ni, rasa tak sedap hati and rimas pulak. Kita bukan sombong..  Tapi kita ada hati yang perlu dijaga. Kalau niat tu nak berkawan tu betul bagus lah.. 

Kadang sebab nak jaga hati kawan kan?? Kita reply la jugak sepatah dua. Tapi nak melayan tu memang tak lah. Hee... Kita pun ramai kawan kat alam maya ni. Tapi tak semestinya nak kene mesej dan layan 24jam tau. Kita pun tak kenal awak. 

Maaf lah ye... Heeee~

8 Comment:

Afiq Halid said...

Sabar weyyy. Puasa2. Hahaha.

Farah Dafri said...

semak gila kalau ada org cmni. mintak kena makian haha

Tom Cruise said...

Ok la saya mintak maaf. Lepas ni saya x kacau awak lagi. ;)

PeRdU cINta said...

Sangat mencabar kesabaran kalau macam ni...abaikan Mera.. :(

jida said...

Susah jgk org mcm ni.semoga dia cepat2 fhm la hendaknya dan tak ganggu mera lg...

Mommy Cici said...

pernah jugak. level tak paham bahasa yang tak tergambar dengan kata kata. memang menyeksa jiwa dan raga, kekadang orang macam ni guna kekerasan je, tapi zaman skrg ni macam tak boleh berkeras sangat . orang kalau dah tak betul+ psiko ni macam macam boleh buat bila dah dendam. abaikan je lah. cakap je busy banyak keje blablabla

Mizz ErMa said...

lorr, orang tu attention seeker gamaknya..hahaha

Maman Reen said...

Pernah.. Pernah! Reen ada satu pengalaman yang tak boleh jalan. Tegur Reen, "Hi awak..!"

Reen malas nak layan, buat xtau je. Then mamat tu ckap "Hek eleh... Muka kalau cantik tak pe..!"

Reen pun dalam hati "Eh. gila ke ape mamat ni."

Btw sis, Reen jalan-jalan sambil komen dan follow. Follow back..? :)