Alhamdulillah, hari ni genap dah 8hari umat islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Tapi aku pasti, masih ada lagi yang kat luar sana m...

Istimewa Buffet Ramadan - The Chef Restaurant Shah Alam

3:42 PM Mera Hussain 5 Comments

Alhamdulillah, hari ni genap dah 8hari umat islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Tapi aku pasti, masih ada lagi yang kat luar sana mencari-cari tempat menarik untuk berbuka puasa kan kan kan??? Heee

Khamis lalu, aku dan 3 orang lagi rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan berbuka puasa bersama di sebuah restoran yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam iaitu The Chef Restoran.
Restoran milik Pn. Norazian ni sebenarnye baru je beroperasi. Jadi, sempena bulan puasa ni, The Chef menyediakan buffet ramadan dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan kepada semua pelanggan. Bayangkan lah,  dengan harga Rm39.90 (dewasa) dan RM19.90 (kanak-kanak) korang boleh makan bermacam-macam jenis makanan kat situ.  Muarahkan??

Seperti biasa lah, nama pun buffet ramadan kan? Tak sah kalau takde kambing golek. Hehehe. Aku ni tak makan kambing. Tapi bile aku tengok afiq makan kambing golek ni, berselera betul. Dari situ aku tengok pun dah tau sedap.

Kalau korang nak tau kat sini, ada menu istimewa iaitu Mongolia Barbeque.
Ni salah satu signature di restoran ni. Seriously sedap! Tapi untuk Mongolia Barbeque ni korang kena pilih lauk seafood and sos yang korang nak untuk di grill nanti. Aku pilih sos Mongolia. 


Haa, lepas di grill, ni la hasilnya... tadaaa!! hehehe
Rasa dia manis dan tak berapa pedas. Nice la. Gitew! Kalau datang sini korang kena try menu ni! Heheh

Setiap hari Chef disini akan menyediakan 60 jenis juadah berbuka puasa. Ada masakan melayu dan juga western. Emm,, banyak kan? Aku tengok pun rambang mata weyh. Sampai tak tahu nak makan apa. Hahaha.. nah aku payung sikit gambar. Jangan ada yang buka puasa dah la ea. Hahaha











Credit photo: ayue jean
Amacam?? Terliur tak?? Hahaha

Tapi tak lengkap rasanya kalau takde pencuci mulut, kuih muih atau dessert kan? Eh, sama la tu dessert dengan pencuci mulut. Nak jugak cakap omputih. Heee~



Abc ni kena buat sendiri ok. Sedap jugak aku buat. Boleh dah bukak kedai rasanya. Confirm aku je la customer tu. Hahaha.

Haa, sebelum terlupa, ada satu lagi yang istimewanya kat kedai ni. Korang kalau datang sini kena cuba air ni! Pandan 3layer. Dap ooo.. rugi tak minum. Air aku habis segelas aku rembat air kak ayu. Habis 2 gelas aku minum. Hahaha.. rasa dia seperti cendol

Korang tengok lah ni. Penuh meja makan kitorang. Yang paling bestnye pinggan aku licin weyh. Ikan bandaraya kan? Mana mungkin tak habis. Hahaha
credit photo: afiq
Haaa, memang meriah meja kitorang hari tu. Alhamdulillah kenyang perut kitorang malam tu. Tengok laa, muka pun ada sinyum! Hehehe

Untuk maklumat lanjut:-

Alamat :
Kafe The Chef
43 Persiaran Anggerik Vanilla,
Bussiness Park 1,
Seksyen 31, Kota Kemuning
(Bersebelahan Gamuda Walk)

Waktu Operasi :
6 petang - 10 malam (Ramadhan)

Telefon :
03-55253707
012-3171707

Facebook :

Instagram :
Terima kasih kepada owner restoran iaitu Pn. Norezlin Zamri dan juga Chef Azman sudi menjemput kitorang berbuka puasa bersama. Kata Chef lepas bulan puasa banyak lagi menu istimewa yang ada. Tak sabar nak pergi lagi!Hehehe

5 Comment:

Mommy Cici said...

gegar iman baca entry ni di petang hari. ahhahah. nak red velvettttt <3

woww..sedapnye makanan..kurus puasa i tengok hidangan ni mera..hahaha

Justin bibir said...

Perrghhh jom pi lagi...

Afiq Halid said...

Boleh bawa geng sekolah lak reunion berbuka kat sini. Hahaha

ucing said...

wow.sedap nya makanan.(>_<) Sertai Segmen Memori Berkasih Ucing Follow :cool: