Masuk harini , hari ke-10 aku diberi cuti akibat chicken pox. Fuhh~ rasa lama dah jugak aku cuti sakit ni. Apa khabar dengan kerja-kerja ak...

Tambah Cuti Lagi!!!

3:28 PM Mera Hussain 4 Comments

Masuk harini , hari ke-10 aku diberi cuti akibat chicken pox. Fuhh~ rasa lama dah jugak aku cuti sakit ni. Apa khabar dengan kerja-kerja aku kat office tu ye?? Huhuhu

Pagi tadi aku ke klinik, dapatkan rawatan untuk mak aku sebab mak aku tiba-tiba tak sihat pagi ni. Katanya nak pitam. Maklumlah orang tua kan,, tak sihat tu perkara biasa. Kemungkinan tak cukup rehat dan cuaca terlalu panas pun ye jugak. Jadi perjalanan darah dalam badan tak stabil. Kesian mak aku.. Penat jaga aku ke?? tetiba rasa bersalah pulak. Huhuhu..

Sambil mak aku dapatkan rawatan, aku pun tanya lah pada doktor tentang penyakit aku ni. Mane lah tau kan, dah baik ke. Esok-esok dah boleh masuk kerja ke... Yelah, aku pun nampak luka aku macam dah banyak yang kering. Hari-hari aku sapu minyak kelapa dara sampai dah nak habis sebotol dah. Mana lah tau dah boleh masuk kerja ke... aku punya MC pun dah tinggal lagi satu hari je. 

Jadi, bila doktor nak cek, katanya masih belum pulih sepenuhnya. Luka aku masih belum kering dan masih kemerah-merahan lagi.  Dia akan sambung MC aku lagi 2hari. Katanya, penyakit ni berjangkit, jadi memang kene betul-betul sembuh bar boleh dekat dengan orang luar. Dalam hati aku "lama betul nak baik penyakit ni.. haihh!!"
Jadi.... jadi... bila MC aku disambung lagi 2 hari bermaksud aku akan mulakan kerja minggu depan lah. Hehehee.. Genap 2minggu dah ni aku cuti. Harap-harap cepat sihat lah. Rindu pulak kat officemate. Rindu pulak nak buat kerja.
Eh?? audit report aku!!!!! Hurm... chicken pox balik. Sobb.. sobb..sobb...

4 Comment:

Yana MIB said...

ank akk kena ciken pox pun makan masa 2 minggu gak baru bebetul sembuh..huhu bertabahlahh...guna kan masa ni utk rehat puas²... :)

yaya cendana said...

get well soon meraaaa

orang Johor kaaa? hehehehe

Mommy Cici said...

get well soon babe. btw I am your new follower. salam kenal ye