Hampir 3minggu berlalu rasanya baru hari ni jari-jemari ni berkesempatan nak menaip entry panjang tentang percutian singkat aku ke Kota S...

PERCUTIAN JIMAT SAYA KE SINGAPORE!! JIMAT KE??

7:27 PM Mera Hussain 7 Comments

Hampir 3minggu berlalu rasanya baru hari ni jari-jemari ni berkesempatan nak menaip entry panjang tentang percutian singkat aku ke Kota Singa hari tu. Tapi sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada abam handsome atau owner Percutian Jimat Saya atau Percutian Murah Saya kerana sudi menjemput aku join sekali Singapore Day Trip pada 3 miggu lalu. Terima kasih juga pada Uzu yang ajak aku join trip ni. Alhamdulillah trip ni berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dijadualkan.
Ni lah abam handsome a.k.a owner Percutian Jimat Saya. Huhu
Ok, sebelum tu aku nak cerita sikit tentang percutian day trip ni. Mane tau de yang tak tahu ke kan?? Hehehe.. Percutian ni bermula pada 10 April 2016 sehingga 12 April 2016 yang mana kitorang bertolak dari KL sentral pada jam 12 tengah malam. So, kitorang tiba di R&R Gelang Patah pada jam 5.30 pagi (11 April 2016). Pada hari sabtu tu lah bermulanya pengembaraan kitorang di Kota Singa ni. Haa,, Kitorang pulun habis satu hari berjalan kat Kota Singa ni sampai malam. Penat weyh.. Hahaha.. Jam 8.30 malam kitorang bertolak keluar dari Singapore dan sampai di R&R Machap untuk bersihkan diri dan solat. Kiotrang tiba di KL Sentral jam 2.30 pagi (12 April 2016). Jadi, beginilah sebenarnya percutian 3hari 2malam kitorang ke Singapura. Tido dalam bas je weyh. takde hotel-hotel pun. Hahahah

Haa,, kalau korang nak tahu ada artis sekali tau follow trip percutian ni.. Cuba teka sape??? Heheheh..
Ni lah artis yang join trip Singapore kitorang  - Afiq Syazwan
Jom usha gambar tempat-tempat yang kitorang lawati sepanjang satu hari di Singapura. Heheh.. Seronok tau!!

1. Merlion Park.
Kat sini kami diberi masa lebih krang 35minit je. Lepastu kami diminta berkumpul semula dibawah satu pokok besar (checkpoint yang ditunjuk) untuk bergerak ke tempat seterusnya. Jom tengok-tengok dulu apa yang ada kat sini. Hehehe


Kat sini, korang kena belajar jadi agresif sikit kalau nak bergambar. Sebab kat sini pelancong terlalu ramai dan korang memang tak berpeluang nak ambil gambar fefeeling dilwale ke kuch-kuch hota hai ke ape ke memang tak berpeluang! So kalau ade peluang sesaat untuk bergambar terus snap je. Dasyat kan?? Hahaha

2. Garden By The Bay.
Tempat ni aku paling suka sebab banyak pokok-pokok cantik kat sini.. 





3. Bugis Street.


Kitorang shopping di Bugis street. Kitorang cuma diberi masa lebih kurang 30minit je untuk membeli barang-barang atau cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Aku sempat la beli t-shirt untuk mak dan anak-anak buah aku.. Untuk kawan-kawan aku bagi key-chain je. Hehehehe.

Habis shopping kitorang bergerak menuju ke Malay Heritage Kampung Gelam.

4. Kampung Gelam & Arab Street
Kat sini kami dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana 1 kumpulan akan masuk ke USS dan 1 kumpulan lagi akan pergi ke Pulau Sentosa.

Sebelum ke Pulau Sentosa kami berhenti makan tengah hari. Abam bawa kitorang makan dekat Restoran Zam-zam yang mana popular dengan Murtabak singapore dan jugak Nasi Briyani. Sedap weyh Murtabak Singapore dia. Habis 2 pinggan aku bedal. Hahahha.

Perut dah kenyang, masa pun banyak lagi. kita pusing-pusing dulu area Arab Street ni. Heheheh



Lepas puas makan dan berjalan di Kampung gelam dan Arab Street ni, kitorang bergerak ke Pulau Sentosa pula yang mana destinasi terakhir percutian kitorang. Hehehe.

Perjalanan dari Kampung gelam ke Pulau Sentosa mengambil masa dalam 15-20 minit je dengan menaiki teksi.

Nak tunggu Teksi kat pun memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan hari tu hujan lebat. Teksi taknak berhenti pulak tu..Sepatutnya kitorang perlu berjalan ke depan lagi yang mana tempat teksi turunkan orang. So, sejam lebih jugakla kami tunggu teksi. Dengan berkat kesabaran dapat la teksi untuk ke sana. Hehehe.

5. Pulau Sentosa

Menaiki buggy keliling Pulau Sentosa. Macam-macam perangai diorang buat dalam ni. Sabar je la. Hahaha













Percutian Jimat Saya bersama Afiq Shazwan ke Singapore berakhir di Pulau Sentosa. Seronok sangat-sangat!! Walaupun dia artis yang popular tapi dia tak sombong. Sangat friendly. Baik je budak ni. Bagus-bagus.  Artis macam ni la kita nak. Hahahaha

Kalau korang nak tahu, ni lah kali pertama aku jejakkan kaki aku ke Singapore ni. Banya jugak tempat yang best aku dapat pergi walaupun tak berpeluang masuk ke USS. Servis dari Percutian Jimat Saya memang superb!! Terbaik lah. Aku memang berpuas hati sangat! 

Aku rasa ni pengalaman yang paling seronok dan ini kali pertama jugak aku join trip macam ni. Kalau diberi peluang lagi memang aku nak sangat join! Sebabnya banyak lagi trip yang menarik bakal diajurkan oleh Percutian Jimat Saya ni. Dengar-dengar tahun depan nak ke Ausie! Huhuhu
Trip Singapore dari Percutian Jimat Saya rasanya dibuat setiap bulan. Memang best! RM135 je untuk city tour. Murah kan?? Dah la boleh pergi banyak tempat. Aku pergi sini cuma bawak 50SGD je tu pun masih berbaki 20SGD. Jimatkan?? Kalau berminat nak join korang boleh call atau whatssap diorang.

Korang jugak boleh follow gambar-gambar keseronokan trip dari Percutian Jimat Saya melalui hashtag kat instagram #percutianjimatsaya . Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai trip boleh contact atau whatssap di no yang tertera dibawah ni.

Info :
Instagram : @percutianjimatsaya
Whatsapp : +6010 9834622

7 Comment:

wow best nampak nyer.
tapi kalu bwk anak2 mcm tak sesuai la, mera.
maklum ler budak2 kan. 30 minit sana, 30 minit sini memang tak sesuai :(

JMR said...

tiap-tiap bulan boleh pergi ni..;-p

Farah Dafri said...

syoknyee weh! jom la gi lagi skali dgn aku plakk

Cikk Mimin said...

Ruginyaaa x p ritu >.<
P lagi sekali laa weyhh

Yg comel, miminadam

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

Anonymous said...

Organizer ni cikgu addmath saya lah dekat tuisyen ahahhha