Omaigadddd!! Tinggal lagi 7hari je lagi bulan Ramadan bakal menjelma. aku yakin, mesti ramai yang dah survey tempat-tempat untuk berbuka p...

Buffet Ramadan 2016 - D'Kayangan Grill & Steamboat, Seksyen 13, Shah Alam!!

1:52 PM Mera Hussain 6 Comments

Omaigadddd!! Tinggal lagi 7hari je lagi bulan Ramadan bakal menjelma. aku yakin, mesti ramai yang dah survey tempat-tempat untuk berbuka puasa nanti kan?? Haa, hakak-hakak tu dah abis ganti puassa lom? Sibuk cari tempat buka jugakkan? Hehehe...
Rabu lepas aku dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang pergi ke D'Kayangan Grill & Steamboat, Seksyen 13, Shah Alam. Restoran ni dekat je dengan office aku. Kalau tak jammed 5-10 minit dah sampai. Haa, dekat sangat kan? tapi kepada mereka yang tak tahu tu boleh waze je. confirm jumpa. Lagi senang! Hehehehe. 

Semestinya ramai yang nak tahu kan apa yang menariknya kat sini? Ok, sebelum tu meh aku cerita sikit. D’Kayangan Grill BBQ Steamboat ni menyediakan makanan yang berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu Grill + steamboat + BBQ secara Buffet. So, untuk Ramadhan 2016 kali ni D'Kayangan menyediakan menu-menu istimewa selain daripada menu steamboat grill yang sedia ada.

Antara menu istimewa buffet ramadan kat sini seperti... Kambing panggang, Nasi Briyani Gam, Ayam Kampung Goreng Berempah, Gulai Kawah Daging, Gulai Kawah Ayam, Sup Tulang, Ikan Patin Masak Tempoyak. 




Selain daripada tu terdapat juga menu skewer dan BBQ  istemewa seperti... Ayam Skewer Berempah, Ayam Skewer Kunyit, Ayam Skewer Cilantro, Daging Skewer Hitam Manis, Sotong, Skewer Pedas Cilantro, Sotong Skewer Berempah, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer, Cilantro Pepper, Kambing Skewer Hitam Manis, Otak –otak, Pari Assam Nyonya. 












Bagi penggemar steamboat, pengunjung diberi pilihan samada memilih sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama makanan laut yang segar. 
Kalau aku, aku suka kuah tomyam. Sebab haritu aku try kuah tomyam dia. Sedap! rasa pedas-pedas. Hehehe..  Pilihan yang tersedia.

Antara makanan laut yang tersedia tentunya udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayuran, aneka mee, fucuk dan juga sos yang dibuat oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo turut tersedia.

!

Dah puas makan kita cuci mulut pulak. Eh! bukan cuci guna air tapi cuci dengan kuih muih atau dessert ni. hehehe.. Pencuci mulut yang disajikan pun sedap-sedap seperti ‘Breads & Butter Pudding with Vanilla Sauce’, aneka kek, krim puff mini, ‘round cake cut’, brownies coklat, agar-agar dan juga aneka buah-buahan. Pelbagai jenis aiskrim, ABC dan juga Minuman panas dan sejuk pun ada. Hmm, memang sakan laa aku makan malam tu. Hahaha.




Fuhh!! puas hati sangat ni kalau dapat makan kat sini. Buka puasa sampai kenyang! silap-silap rasa kenyang tu bawa smapai ke sahur esok. Hehehe
image
Tengok lah meja kitorang. penuh dengan makanan. memang puas hati dan kenyang sangat-sangat!! Abaikan muka aku yang terlebih happy tu! Hahaha. 
Tentang harga korang tak perlu risau. Aku tahu korang mesti rasa harga dia mahal kan?? Sebenarnya tak pun!!! Untuk pengetahuan korang.... dengan kesemua menu yang terdapat diatas,korang hanya perlu membayar serendah.... 

RM49.90 untuk dewasa
RM 24.00 bagi kanak-kanak (5 hinga 11 tahun..)

Booking cepat tau!! kalau tak habis nanti melepas..... Huhuhu.
Fuhh!! puas hati sangat ni kalau dapat makan kat sini. Buka puasa sampai kenyang! silap-silap rasa kenyang tu bawa sampai ke sahur esok. Hehehe..

Sekiranya berminat dan sebarang pertanyaan sila hubungi :- 

No 1, Sri Acappella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-55234979 / 012-2971091 / 017-5076274
Facebook: Steamboat BBQ Buffet DKayangan
Instagram: @dkayangansteamboat


Gambar cc: afiq

6 Comment:

Afiq Halid said...

Steamboat memang best makan ramai2 time berbuka nanti. Sedap2 pula tu makanan dia. Haha

Mommy Cici said...

wah semua tempting. macam makanan hotel

Waaaa~ tengok gambar je dah terliur ... Boleh cuba nie ... Nice sharing dan salam perkenalan =)

Tahun lepas ada pergi sini, memang sedap ;)

murah buffer ramadan dia

murah.. sini rm68 huhu