Disebabkan bulan Ramadhan bakal menjelang, aku tau mesti ramai kakak2, makcik2 kat luar sana dah mula buat survey baju raya apa yang nak pa...

Apa Yang Menarik Sangat Butik Surischa Ni???

10:03 PM Mera Hussain 7 Comments

Disebabkan bulan Ramadhan bakal menjelang, aku tau mesti ramai kakak2, makcik2 kat luar sana dah mula buat survey baju raya apa yang nak pakai nayi kan? Kan? Kan? Kan?? Eleh,, tak ngaku lettuw! Hehehe

Meh sini scroll entry ni sampai habis. Korang kena baca sampai tak kelip mata pun takpa sebab ada info-info menarik kat butik yang aku nak bagitau korang ni. Haaaa
Hari tu aku pergi ke Bangi sentral. Memang banyak betul butik kat situ. Ya Allah! Kalau tak kuat iman mau jatuh nafsu shopping weyh. Tak cukup kaki kalau nak masuk ke semua butik. Hahaha.. Tapi kalau dah sampai situ, korang kena jejakkan kaki masuk ke Butik Surischa ni.  Wajib! Heee~ sebabnya......

Ruangan dalam kedai ni sangat luas. Selesa kalau nak shopping ke ape. Koleksi pakaian yang dijual semuanya digantung dengan tersusun kat tepi dinding. Sedap je mata memandang tau. Nak shopping pun senang! Hehehe
Surischa ada menawarkan pelbagai jenis koleksi jubah, blouse dan palazo. Memang cantik-cantik koleksi dia. Aku pun tertarik. Alaa, standard lah perempuankan? Pantang nampak baju cantik mesti berkenan. Hehehe
Design baju ni cantik.. Aku suka sebab nampak simple je.. Tapi disebabkan aku terlalu tinggi kot. Bila pakai tergantung sikit. Tapi masih menutup buku lali. Huhuhu. Dah jadi kebiasaan pada aku kalau pakai jubah mesti macam tu. Hahahah

Ni antara koleksi menarik yang ada kat butik Surischa. Tak sabar aku nak tunggu koleksi raya. Mesti lagi banyak keluaran yang cantik-cantik!! Fuhh~ sedia duit je la. Huhuuu


Material yang digunakan untuk blouse ni pun best. Tak jarang, lembut dan selesa bila pakai. Design pun up-to-date. Style weyh bile pakai dengan palazo atau kain. Huhuhu
Mengenai harga pulak korang jangan risau. Harga yang ditawarkan di butik ni bermula dari RM75 sehingga RM150. Pada aku harga ni sangat berpatutan dan mampu milik. Yes!! Murah kalau nak dibandingkan dengan jubah-jubah lain kat luar sana.

Kalau korang datang time happy hour, korang berpeluang memperoleh jubah ni dengan harga bawah daripada RM100! Peww, best kan. Untung sangat sape yang duduk berdekatan dengan butik ni. Aargghhh!! Jeles!
Seronok kakak dua orang ni main tukar-tukar baju. Habis satu butik dia try. Hahaha.. Bestnye, staff diorang mesra sangat. Murah dengan senyuman. Tak henti melayan kerenah kitorang ni. Hahaha.. Memang sporting habis!
Untuk pengetahuan korang, SuriScha akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pada 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MITC Air Keroh, Melaka. Haa korang yang duduk kat Melaka tu boleh laa serbu nanti. Datang ramai-ramai bawak mak, kakak, sedara mara semua datang. Hehehe


Owner Surischa
Kepada korang yang nak datang ke butik ni, kat bawah ni aku sertakan alamat. Sebelum tu, korang boleh jugak survey semua koleksi keluaran Surischa di facebook dan instagram. Aku rekemen sangat korang datang sini
Alamat:-
3-41-3, Jalan Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral 
43650 Bandar Baru Bangi
Hotline : 017-9840807 
No. Ofis : 03-89220267
Facebook:- Surischa Malaysia
Instagram:- @surischa

7 Comment:

PeRdU cINta said...

nampak menariklah..suka dengan koleksi warna-warnanya..

Nadia Johari said...

nak datang lagi..nak beli baju lain pulak..hahhaa

Cikk Mimin said...

Baju datk pink tuu cun. Haihh. X ouas lahh tgok kat sini. Kene p butiknya jugak. T.T

mas saari said...

semua baju cantik.. material pun bagus!

SUKA MATERIAL YANG TAK JARANG...

Farah Dafri said...

eh ada kt melaka gak ke? nak gi lahh!

cantik cantik baju tu..