Hari ni dah hari ke-5 aku kena chicken pox. Tapi orang kata biasa dah hari ke-5 ni dah nampak kurang sikit.  (Gambar tangan) Ni kalau be...

Sakitnyaaaaa Kena Ayam Letup-Letup ni!!!

3:07 PM Mera Hussain 5 Comments

Hari ni dah hari ke-5 aku kena chicken pox. Tapi orang kata biasa dah hari ke-5 ni dah nampak kurang sikit. 
(Gambar tangan) Ni kalau berpeluh bukan main pedih + gatal lagi.
Tapi kat badan aku masih banyak lagi biji-biji merah yang ada air belum pecah lagi. ada yang besar ade yang kecik-kecik. Sakit weyh!! *nak tunjuk gambar badan memang tak boleh ler.. Hehehe
Ni gambar aku masa hari pertama kena dan hari ni. Nampak ade kurang sikit dah kat muka. Hehe
Tapi masa awal-awal aku kena hari tu lagi teruk. Memang betul-betul rasa macam kena attack kat muka dan kepala je. Nak baring dan tidur pun sakit. 4hari aku tak boleh tidur nyenyak.  Baring pun kena mengiring je. Sobs.. Sobs.. Sobs.. 

Ramai yang bagi aku petua nak ubat chicken pox ni. So memang ada sedikit sebanyak petua yang diorang bagi tu aku gunakan. dan Alhamdulillah ade jugak la perubahan untuk baik walaupun sekarang dia tengah aktif naik. *nanti dah baik aku share petua aku guna. Hehehe

Orang kata kalau dia nak keluar biar bagi keluar habis nanti tak kena lagi. So, kalau boleh aku pn memang nak dia keluar kasi habis. Biar chicken pox ni tak datang pada aku lagi. Sakit giler weyh!!!
Sekarang ni makan minum aku memang pantang je lah. Dah macam orang bersalin pun ye jugak. Huhuhu..Tapi kadang-kadang aku bedal jugak air sejuk sebab cuaca panas terlampau. So aku tak boleh kawal diri dari minum ais. Heee... Tak banyak pun. sikit cetoet je, Heheheh..
Apa pun ubat aku tak pernah missed makan. Harap-harap cepat lah baik chicken pox aku ni. Tak tahan dah rasa sakit, pedih, gatal, miang pun ade. Hummm #prayforsis

5 Comment:

Shaheizy Sam said...

U kena minum air kelapa banyak2

Anonymous said...

wehh terukkmyaa. get well soon :*

Nadia Johari said...

Bertabahla..semoga cepat sembuh

Bertabahlah..semoga cepat sembuh

uihh... semoga cepat sembuh..