PART 1 Dah lama sebenarnya aku dan kawan-kawan aku plan nak ke Pulau Perhentian ni. Katanya Pulau ni cantik dan Pulau Perhentian adalah...

Percutian Ke Pulau Perhentian, Terengganu

8:06 AM Mera Hussain 4 Comments

PART 1

Dah lama sebenarnya aku dan kawan-kawan aku plan nak ke Pulau Perhentian ni. Katanya Pulau ni cantik dan Pulau Perhentian adalah pulau yang tercantik di Semenanjung Malaysia ni. Ni bukan 1st time aku nak masuk Pulau. Sebelum ni aku pernah jugak pergi pulau tapi di Sabah. Airnya cantik jugak. Yelah, Ciptaan Allah mana ada yang tak cantik kan?? Huhu.. Tapi orang cakap Perhentian ni lagi cantik. Yeke... ??? Jom baca review aku tentang Perhentian ni macam mana??
Uzu takde waktu ni sebab flight dia awal sejam dari kitorang. Hahaha
Percutian aku kali ni melibatkan 4 orang yang mana 2 orang rakan blogger (Mimin & Uzu) dan sorang lagi rakan study aku iaitu Hanis. Kitorang ke sana menaiki flight je. Baru 45minit. Tak sempat nak lelapkan mata dah sampai. Hahaha.. Kalau naik bas mau patah pinggang. Yelah. KL-Best hampir 7jam tu. Huhuhu
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Hehehe
Sampai di Kota Bahru ada seorang abang van ni yang kitorang dah deal dari awal jemput kitorang kat Airport. Keluar je pintu airport aku nampak nama aku dah terpampang dekat papan macam sepanduk tu. Amieera!! Amieera!! Amieera!! Amieera!! *dah la salah eja, Bangga pulak pegang nama aku macam tu. macam mana tah nak sebut. Hancurr nama aku! Haihh.
Perjalanan kitorang mengambil masa 45 minit untuk samapai ke Jeti Besut. Ingatkan tak jauh. Jauh jugak rupanya. Tapi disebabkan excited terlampau nak jumpa Mudy (siapa Mudy? *nanti aku cerita hihi..) aku tak boleh tidur dan tak sedar dah sampai ke Jeti sebab dok rancak berbual dengan Uzu. Hahaha.

Setibanya di Jeti Besut kitorang berhenti makan dulu sementara nak tunggu orang yang kitorang deal (owner Pakej Perhentian Kravers) tu sampai. Lapar weyh, dari pagi tak makan. Huhu.. Selesai makan, Mujahid bawa kitorang ke jeti untuk menaiki boat menuju ke Pulau Perhentian. Cas RM5 dikenakan bagi setiap orang yang masuk ke Marine Park. 
Dari Jeti ni Mujahid dan Mirul jadi tour guide kitorang sepanjang berada di Perhentian ni. kitorang dah cop diorang berdua. Hehehe.. *gurau je..  
Dari Jeti Besut kitorang menaiki bot laju untuk masuk ke Pulau Perhentian. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit untuk sampai ke destinasi. Arus deras waktu ni.. Kitorang dalam bot terumbang-ambing. Jerit-pekik kitorang dah tak dihiraukan dah. Sapa yang mabuk laut tu bawak minyak angin siap-siap. Hahahaha..

Bot memang laju. tak sampai 45 minit kitorang dah sampai. Hahaha
Dari jauh dah nampak dah tempat yang bakal kitorang menginap malam nie. Hmmm Cantiknya... Hihihi.. (gambar dari google)
Yahoo!! akhirnya sampai jugak aku di Pulau Perhentian ni. Memang cantik weyh!! Cantiknyaaa MasyaaALLAH!! Air yang hijau nampak kebiruan tu.. buat rasa diri ni dah memanggil-manggil terjun ke dalam laut tu. Hahahaha..  Dalam kepala otak aku dah terfikir snorkling je ni. haihh!!! *sabar mera sabar! Hahahah

Okey, dalam itenary pakej yang kitorang ambil, waktu check in di Sharila Resort bermula jam 3.00petang. Tapi kitorang sampai lebih awal beberapa jam, Dengan itu kitorang ambil keputusan untuk buat aktiviti dulu sementara nak tunggu check in bilik. Nak tau???

 Kene tunggu next entry............... hihi

4 Comment:

Nur Husna said...

Saya dah lama nak pergi Pulau Perhentian niii, tapi sempat lagi. Nanti kalau rajin share itinerary and budget boleh? hehe thank you in advance

p/s: singgah lah baca kalau sudi :) http://husnawho.blogspot.co.uk/

Maman Reen said...

Bahaya tak dear kalau travels sorg untuk perempuan? Reen tengah survey chalet yang selesa di pulau perhentian dan samaada bahaya atau tdk kalau reen travel sorg ke sane.

Anonymous said...

Maman reen - kenape pulak nak bahaya..ok je pegi sorang..cuma takde teman nk borak la..

aDiLin_89 said...

Awk pergi bulan 4 ke?