Pada 22hb April 2016 berlangsunya Strikes Against Bowling Tournament Kelab Blogger Ben Ashaari di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Serono...

Main Bowling Sambil Makan Biskut!

12:34 PM Mera Hussain 1 Comments

Pada 22hb April 2016 berlangsunya Strikes Against Bowling Tournament Kelab Blogger Ben Ashaari di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Seronok weyh.. Dia punye seronok sampai keesokannya aku bangun pagi kena chicken pox. Hahaha

Tournamnet bermula pada jam 8.30malam tapi disebabkan ramai lagi yang belum sampai, permainan dilewatkan beberapa minit bagi menunggu rakan-rakan blogger yang lain tiba.

Team powerrr aku! 
Pembahagian team dibuat secara undi oleh Razi. Rebut punya rebut aku dapat kertas undi gambar arnab. Comel je gigi arnab tu macam aku. Hahaha.. Aku dapt satu team dengan Abang Zenan, Kak Ezza dan pembua kertas undi iaitu Razi. Hehehe

Yang tengah atas tu aku la tu. Nampak je macam tak reti main, tapi group kitorang lah yang pawerrrrr. Kalah grop sebelah. Hihii
Keseronokan macam ni jarang sekali dapat dirasa.. Waktu-waktu macam ni la kita akan nampak yang mana mak bapak budak pun jadi seperti kanak-kanak riang. Kalah anak-anak diorang yang main. Hahaha..

Walaubagaimanapun... team aku tetap POWER!!! Menang naib juara tau! Bangga laa boleh kalahkan team sado Abang Ben, team kaki silang wak sohoque, team kekonon asyik strike je (abg lan). Hahahaha.. Tak sia-sia satu team dengan Abang Zenan, Kak Ezza dan Razi. Power jugak diorang ni. Hehehe.

Terima kasih kepada K’Rogers Butter Cookies kerana sudi menjadi penaja aktiviti KBBA9 kali ni… Dah la bagi kitorang makan biskut free, menang dapat hadiah biskut plak tu. Sedap giler biskut ni. Makan memang  tak berhenti sebab biskut ni memang sedap!! sedap!! sedap!!. Sampai aku terfikir raya nanti aku nak beli biskut ni je . hehehe

Harap lepas ni akan ada lagi aktiviti yang dapat mengumpulkan blogger-blogger seperti ni. Dalam pada itu, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita serta menjadikan komuniti KBBA9 adalah kelab komuniti blogger yang paling aktif.

Nah aku payung sikit gambar-gambar malam tournament. 











Terima Kasih daun Keladi,
Lain masa kita jumpa lagi..

1 Comment:

Shaheizy Sam said...

U tak ajak i pun kan.