Haa,, ingat lagi tak semalam aku kata aku nak sambung cerita percutian aku ke Pulau Perhentian?? Jom baca aktiviti hari pertama aku kat san...

Kincir Angin Pulau Perhentian, Terengganu

2:39 PM Mera Hussain 4 Comments

Haa,, ingat lagi tak semalam aku kata aku nak sambung cerita percutian aku ke Pulau Perhentian?? Jom baca aktiviti hari pertama aku kat sana. Hehehe

PART II

Korang kalau dah sampai sini, jangan lepaskan peluang korang untuk mendaki ke Kincir Angin tau. Sebabnya korang akan menyesal kalau tak pergi. Yeke?? Hmm,, tak percaya?? Takpe.. bagi aku cerita...Huh!
Sebelum ketiak basah jap lagi izinkan hakak fefeeling kejap. Hahaha

Masa kitorang sampai ke Sharila Resort, kitorang tak diberi bilik lagi sebab waktu check in kitorang pada jam 3.00petang. Jadi, disebabkan kitorang dah buat keputusan untuk ke Kincir Angin. Kitorang pinjam bilik Mujahid sekejap untuk buat persalinan. Hehe.. Nasib baik si Mujahid ni baik hati. Huhuhu

Bila dah nampak katil, haa mula la semua bermalas-malasan dan terus rasa nak tidur. Hahahaha. Mana taknya, baru sampai terus nak pergi hiking. Dah la tak cukup tidur, tak cukup rehat, lepastu tengah hari buta pergi hiking. Kalau mak aku tahu ni mak aku pun cakap aku buang tebiat. Hahahaa..

*infowaktu tengah hari lah yang paling sesuai untuk pergi daki ke Kincir Angin ni. Baru korang puas hati dengan pemandangan dia. kata Mujahid kepada kami. Heee
Jam11.30pagi kitorang berkumpul di depan Ombak Cafe. Aku ingatkan diorang nak bawak pi makan dulu ke apa.. Rupanya memang laluan ke sana sebelah Ombak cafe tu. Hmmm.. aku pun terus berlalu sambil memandang air-air sedap yang terhidang di cafe tu. *terus turunkan spect kekonon tak bagi nampak. Hahaha

Okey, Jom mulakan pendakian. Heheh.. *kemain semangat aku
Laluan ke Kincir Angin / Long Beach
Kalau korang nak tahu, jalan ni jugak adalah salah satu jalan menuju ke Long Beach, Perhentian. Kat Long Beach ni, malam-malam best la.. ada pesta. Kalau yang bawak anak, malam-malam suruh anak tidur dulu baru boleh datang sini. Hahahaha... 
Cuaca memang panas terik waktu ni. Bertabah la kalau baru sekejap muka korang dah burn.
Perjalanan ni agak jauh disebabkan kitorang menginap di Coral Beach. Bukit ni berdekatan dengan Long Beach sebenarnya.,, Sebab tu pada mereka yang tinggal di Long Beach memang takda masalah untuk mendaki bukit ni.
Ni lah track sebenar!! Jangan mimpi nak dapat track yang rata siap bertambak tar. Hahahaha 
Time ni bukan aku je tak larat. Muka si Uzu pun dah pucat lesi. Masa ni mula terasa giveup dan macam nak patah balik. Tapi disebabkan aku fikir ni kali pertama aku datang dan bukan senang nak dapat pengalaman ni aku gagahan jugak kaki aku untuk terus mendaki. Hahahaha *Come On Mera!!! Come ONNNN!!!! 

20minit kemudian........

Yeayyy!!! sampai pun Kincir Angin ni.. Fuhh~ puas hati giler,,,
Puas hati giler bila dah sampai atas ni. Rasa penat, haus semua tolak tepi sebab dapat tengok view cantik ciptaan Allah S.W.T. ni.
Nah aku belanja sikit gambar pemandangan dekat Kincir Angin ni. Hehehe
View dari pondok atas

   


Jom terjun!! Hahahaha 

Haaa,, cantikkan pemandangan kat sini.. Ni la sebabnya kenapa aku cakap korang takkan menyesal pergi ke Kincir Angin ni walau penat macam mana pun. Sebab penat tu berbaloi! Fuhh~ rasa taknak balik weyh bila dapat tengok pemandangan macam ni. Cantik sangat. Dengar bunyi air pun tenang je.
video
Lepas 2-3jam kat atas kitorang mula turun dan balik ke bilik. Untuk hari pertama di Perhentian mula dah terasa seronok sangat. Bukan seronok je.. Seronok + penat + puas hati dengan diri sendiri pun ye jugak. Hehehe.. Tak sabar nak tunggu hari esok sebab kitorang akan pergi snorkeling. Wuhhuu!!!. tunggu entry seterusnya ye.... Heee~

*Akhir kata, terima kasih kepada Mujahid dan juga Mirul sebab sudi guide kitorang naik Kincir Angin ni walaupun dalam hati diorang keberatan nak follow sebenarnya. Hahaha.. So, bila dah sampai atas baru aku faham kenapa diorang naik ke sini cma setahun sekali je. hmm,, patut laaa.. Hahahahha...

Juga entry menarik:
Part I : Percutian ke Pla Perhentian

4 Comment:

PeRdU cINta said...

subhanallah...rasa sayu sangat tengok pemandangan lautan dan langit tu...Allahuakbar...

mas saari said...

subhanallah mmg cantik giler..
kena pi ni!

mas saari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mommy Cici said...

macam mencabar je track tu. tapi view kat atas tu cantik sangat >,<