Dah lama aku impikan nak pergi Taman Negara. Bila dengar cerita dari pengalaman kawan-kawan yang dah pergi sana, ramai yang kata best!...

Han Resort | Tempat Jatuh Lagi Dikenang.

5:02 PM Mera Hussain 4 Comments

Dah lama aku impikan nak pergi Taman Negara. Bila dengar cerita dari pengalaman kawan-kawan yang dah pergi sana, ramai yang kata best!. Jadi, bile diberi peluang untuk mengikuti trip ni, dengan sebesar hatinya aku tak tolak. Melonjak kegembiraan lagi adalah. Lagi-lagi bila dapat tahu tempat penginapan di Han Rainforest Resort. Peww!!! Lagi laa tak sabar nak pergi. Hehehe..


Perjalanan yang mengambil masa selama 5jam akhirnya sampai di Han Rainforest Resort pada jam 2.00pagi. Jauh kan? Aku tak tahu apa yang jadi sepanjang perjalanan sebab aku tido. Tau-tau je dah sampai. Hahahaa..

Bila tengok resort ni "pergh!! cantik gila resort ni!! Aku mula terbayang bilik tidur yang cantik. Maklum laa.. Masa ni mata dah nampak bantal je. Hehehe

Disebabkan hari pun dah tengah malam badan dah penat sampai je bilik terus lepak. Sebab keesokan harinya nak bangun awal untuk mulakan aktiviti.. Haaa.. Aktiviti tu nanti aku cerita. Hehehe
Laluan ke bilik bilik di Rainforest Resort .


Nampak tak lorong ni?? Ni laluan untuk ke bilik. Han Resort menyediakan 130 buah bilik yang terdiri daripada bilik premier dan juga bilik budget. Jadi, bagi mereka yang datang berkeluarga ataupun begpackers boleh memilih bilik yang bersesuaian untuk menginap.


Selesa ke?? Yang tu korang tak payah cakap la.. Selesa gila bilik dia. Besar pun besar. Boleh memuatkan 2-3 orang dalam satu bilik. Masa aku kat sini aku dapat bilik premier. Peww!! Memang best lah cerita dia.. Aku sebilik dengan Mar si mulut becok. Hehehe

Resort ni pada awalnya musnah akibat banjir teruk yang berlaku pada tahun 2014 dulu. Namun, mereka berjaya bangunkan semula dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada awal 2016 tahun ni.
Dewan makan. Kat sini makanan pun boleh tahan sedap jugak. Hehehe
Mini market dalam Han Resort. Malam-malam kalau lapar boleh cari makanan kat sini. Hehee

Ruang urut. Dah penat kan, alang-alang tu manjakan diri la. Hehehe
Banyak kemudahan yang pihak Han Resort ni sediakan. Senang cerita, semua ada.


*********


Keesokan paginya, semua orang dah bersemangat bangun awal dan bersiap sedia untuk mulakan aktiviti. Aku lagi tak sabar! Hihihi. Meh scroll entry ni sampai habis. Hehehe.

Aktiviti-aktiviti kat sini disediakan oleh pihak Han jugak. Memang besat. Rugi wooo kalau tak rasa kenikmatan yang ada kat sini. Antaranya....

Tracking Hutan Simpan Taman negara.


 


Canopy walk




Rapid boat shooting


Bermalam di perkampungan orang asli
 







Aktiviti 4x4



Walaupun dah sebulan berlalu, tapi aku rasa macam baru je semalam balik dari Taman Negara. Semua kenangan masih segar lagi dalam ingatan. Apa taknya...Tempat jatuh lagi dikenang. Hahaha

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari untuk kenangan yang indah dan juga beri aku peluang mengikuti trip ni. Hehehe

Terima kasih juga pada pihak Han Resort kerana beri penginapan yang cukup selesa dan terbaik pada kami semua. Memang takkan rasa serik nak datang lagi... 

Aku rekemen korang datang sini dan merasa menginap di Han Resort. Tak menyesal punya. Tiptop!



Untuk hubungi dan menempah Resort boleh terus hubungi :

HAN RAINFOREST RESORT SDN.BHD
Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Tel :09-2667888/2667241 Fax: 09-2666982/2667637
H/Phone: 016-2196908/012-6838208/012-9882022

www.han-rainforestresort.com

4 Comment:

Shark Kay said...

nampak macam kena repeat sekali lagi kesini.
macam x pueh plak.
bnyak lagi xtvt yang x dibuat tu.

Farah Dafri said...

jatuh jee keje ko! hahaha
dah la xtepati janji. ckp x nk berpisah dgn aku la apa, kt sana tinggal aku plak . ceh!

Cikk Mimin said...

Nak pergi lagi weyh ! Serious best.. kalau ada lagi. Aku nk prepare stamina lebih banyak dr yg ni

aRz MoHa said...

menarik...aRz dah pernah sampai rasanya dekat sini lebih kurang tahun 2007