Haihhh laa... Lama betul aku tunggu.!! Naik mereput tulang punggung tunggu turn aku nak sampai.  Dari jam 8.00 pagi aku tunggu sampai jam 11...

Akhirnya Sampai Jugak Turn Aku!!

12:23 PM Mera Hussain 5 Comments

Haihhh laa... Lama betul aku tunggu.!! Naik mereput tulang punggung tunggu turn aku nak sampai. Dari jam 8.00 pagi aku tunggu sampai jam 11.20 pagi baru siap. Lama wey.. Lama!! Hahaha.. 



Aku rasa aku keluar rumah dah cukup awal tadi. Rupanya ada yang datang lebih awal dari aku. Tido sini ke kak pagi tadi??? Eh, apa laa yang aku bebel sesorang kan? Macam syok sendiri je. Hahaha.. 

Jumaat malam ni aku ada satu trip ke Singapore. Alaa Singapore je pun.. Huhu.. Trip ni aku pergi bersama Uzu dibawah trip Pakej Jimat Murah. Tapi... Aku takda passport! So, hari ni kelam kabut la aku settlekan apa yang patut. 

Semalam aku ada jugak pergi pejabat imigresen ni tapi bila aku sampai nombor giliran habis. Kau rasa?? Aku punya laa gigih merempit sampai ke PKNS. Sekali sampai nombor pulak habis. Maka aku balik sambil berhuhuhu dan berhujan. Lencun satu badan sampai office weyyhh.  


So, sebagai satu pengajaran aku pun datang la awal pagi hari ni. Hehehe. Alhamdulillah... Akhirnya siap jugak passport aku! Yess!! Dah boleh melancong! Hehehehe

5 Comment:

wahhh bestnye mera nak g singapore..bila pulak turn kite dapat pegi holiday ni
??hehhe

Ros said...

Ros pergi buat passport anak. Dapat keutamaan sebab anak bawah 2 tahun. Tapi tengahari juga siap. Mujur anak boleh tahan lagi.

aRz MoHa said...

selamat melancong...

Safeni Feni said...

Selamat melancong ..

Farah Dafri said...

tak cukup lama lagi ni haha. Try buat kt jb lagi mereput nak siap!
aku dulu datang kul 7.30 pagi, dekat kul 4 baru setel. skrg buat kt melaka je, xsmpai setengah jam setel haha