Shaheizy Sam & Syatilla Melvin buat baju raya?? Biar betul..?? Wahh!!! Makin murah rezeki pasangan yang bakal bergelar ibu dan bapa ni...

Shaheizy Sam & Syatilla Buat Baju Raya???

4:00 AM Mera Hussain 10 Comments

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin buat baju raya?? Biar betul..?? Wahh!!! Makin murah rezeki pasangan yang bakal bergelar ibu dan bapa ni. Hehehe

Ahad lalu aku bersama beberapa rakan blogger lain telah pergi ke Grand Millenia Hotel di Bukit Bintang bagi menghadiri satu sidang akhbar untuk Projek Raya 2016 Elle Zada x Sam Syatilla ni. Haa, bukan Sam dengan Syatilla ni menjahit baju raya tau.. Sebenarnya ni projek baru mereka yang mana mereka berkolabrasi dengan jenama butik terkenal ELLE ZADA untuk menghasilkan koleksi baju raya tahun 2016 ni. Hehehe

image


Majlis telah dihoskan oleh Nik bersama Heliza Helmi sambil menggayakan koleksi baju raya Elle Zada x Sam Syatilla.  


Tengok Heliza Helmi pakai pun dah cantik kan?? Belum lagi tengok koleksi yang lain dan korang tengok aku pakai? lagi cantikkan? Hahaha.. *perasan nak mapoh!.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran dua ikon terkenal iaitu Dato' Noraziah dan Dato' Zaini Tahar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Normaziah selepas memberi ucapan.


Selepas perasmian, tiba-tiba semua tetamu dikejutkan dengan satu gimik menarik dari kumpulan Palang Bar-risan. Aku ingat diorang ni ni nak buat aksi akrobatik ape la dekat majlis sidang akhbar orang kan? Hahaha.. Rupanya.. gimik ni bertujuan nak bagitahu bahawa pakaian raya keluaran Elle Zada x Sam Syatilla ni adalah tahan lasak dan materialnya sangat berkualiti.




Dalam sidang akhbar yang berlangsung, projek yang bakal bermula dalam masa terdekat ini akan memasarkan lebih daripada 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden, abaya, baju melayu, kurta, jubah wanita dan lelaki. Setiap design pada koleksi pakaian Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bersama Elle Zada mempunyai keistimewaan tersendiri.

IMG_9905IMG_9492

Kombinasi idea antara Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bersama Elle Zada menampilkan ciri-ciri sotisfikated, moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini mampu menyerlahkan personaliti peribadi selebriti ini bercitarasa tinggi.

Koleksi yang bakal dikeluarkan ini datangnya dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium. Dari segi harga pula, harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 manakal koleksi premium eksklusif pula terdiri daripada RM299-RM599. Terdapat pelbagai pilihan designs dan warna untuk semua ahli keluarga! Ada rekaan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

IMG_9714 IMG_9037
IMG_9507 IMG_0572
Gambar dari blog ben ashaari

Cantik-cantikkan koleksi dari Elle Zada x Sam Syatilla ni??? Aku tahu mesti ramai yang dah dok usha-usha nak beli. Hehehe.. Kalau berminat dengan koleksi Elle Zada x Sam Syatilla ni boleh membuat pre-order melalui agen-agen yang dilantik.  Ini sejajar dengan objektif utama projek mereka ini adalah untuk menggalakkan orang ramai mula pre-order koleksi raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA daripada para agen.

Korang juga berpeluang menikmati potongan harga sehingga RM20 untuk satu item tau. Peww!!! Best weyh.. Tapi...... syarat untuk dapatkan potongan adalah korang harus membuat pembelian melalui agen. Haaaa..

Elle Zada dan Sam Syatilla membuka kolabrasi kepada masyarakat umum untuk menjayakan kempen pemasaran. Kolabrasi ini bagi mewujudkan keluarga bisnes yang besar untuk kongsi bersama hasil dari projek ini. Ahli keluarga bisnes terbuka kepada semua dan ditawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150.

Kat bawah ni aku tunjukkan korang beza harga asal dan pre-order.

Harga Pakaian Lelaki

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109
* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang

Harga Pakaian Perempuan

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209

Tempoh Pre-order adalah dari 20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016. Setiap item yang di-order akan mula di pos secara berperingkat bermula dari 1-8 Mei 2016, bergantung kepada kesediaan stok.

Untuk pengetahuan korang, Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla ni dah menerima lebih daripada 6000 permintaan. Perghh!! Memang tinggi betul permintaan untuk baju-baju ni. 

Pada korang yang nak buat pre-order tu.. haa ni aku bagi korang link senarai agent Elle Zada x Sam Syatilla untuk dapatkan potongan RM20 off :-


Jadi, aku dah tahu dah raya tahun ni aku nak pakai baju apa dan warna apa. Tunggu lah aku posing pagi raya nanti dengan salah satu koleksi dari Elle Zada x Sam Syatilla ni. Hehehe

Sebarang pertanyaan atau info lanjut sila ke :-

Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.
Email : ellezadaofficial@gmail.com

INI BARU CHAMPION!!

10 Comment:

dorg dh nk jdi mak ayh dah ye.. wa! tahniah.. anyway baju dorg cun la.. simple but i like

Normi Nieza said...

wah...terbaiklah review..:)

boleh usha2 ni .. tabung duit tuk beli baju

Bonda Zahra said...

rambang mata tengok koleksi elle zada ni

YB Shehan said...

bakal bergelar ibu bapa? dah preg eh?

Dkna Abza said...

ada saiz kecil tak?

mas saari said...

memang smart dan cantik baju dia..

Sue Izza said...

yeayyyyy mera nak belanja akak eh kalaer hijau tau hehehehe

Julia Johari said...

Suka dengan design yang premium dan ekslusif ni lawaaa sgt

Suriaamanda said...

Mera tinggi sure cantik pakai jubah samtilla tu ha...yang kaler hijau tu santek sangat...