Percaya tak aku pergi makan dekat 5 buah kafe dalam masa setengah hari? Haaaa.. Jangan terkejut. Aku tak bela saka tau. Heehe.. Ini adalah ...

Sedap Sangat Ke Kafe Ni??? | Ketchup Blogger Speed Run

3:39 PM Mera Hussain 13 Comments

Percaya tak aku pergi makan dekat 5 buah kafe dalam masa setengah hari? Haaaa.. Jangan terkejut. Aku tak bela saka tau. Heehe.. Ini adalah projek Ketchup Blogger Speed Run sebenarnya. Korang mesti nak tau Ketchup Blogger Speed Run tu ape sebenarnya kan??

Can You Ketch Up?

Ketchup Blogger Speed Run ni adalah satu program yang diilhamkan oleh Maven Communications dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari, Social Media Influencer, Foodink dan juga rakan media SINI dan MYC, dalam misi terjah-menerjah kafe-kafe yang berada di sekitar Lembah Klang.

Ketchup Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan pengunjung dan juga pemilik kafe. Ini bertujuan membantu mereka yang sukakan 'lepak' dekat kafe-kafe mencari tempat makan yang menarik berkonsepkan moden disekitar Lembah Klang. Bagaimana?? Mudah je... sebab Ketchup Community telah menyediakan satu platform dimana korang boleh mencari maklumat hanya dihujung jari je. Hehehe.. Selain daripada itu, pemilik kafe juga dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke kafe mereka. Pemilik kafe juga boleh menggunakan medium yang ini bagi mempromosikan jenama dan produk mereka.
https://1.bp.blogspot.com/-AxEy--M70vM/VuGIzI987_I/AAAAAAAAFrc/y3M1wCSmlbw/s640/IMG-20160304-WA0016.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-innWQl2JnC8/VuGVa0Opn5I/AAAAAAAAFtc/ZvW3uwEU2HU/s640/IMG-20160306-WA0001.jpg
Aku dan 5 lagi rakan KBBA (mimin, kak yanie, kak ayue, razi dan abg sohoq) adalah team pertama yang memulakan misi menerjah kafe-kafe di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).  Memang best woooo.. Larat dan tak larat je nak makan. Huhuhu..

Ok, lokasi kafe yang pertama kami kunjungi adalah.....

1. Chequers.

https://1.bp.blogspot.com/-167ngv28dlc/VuGOrJQP6tI/AAAAAAAAFtA/VefTkANsISw/s640/P_20160305_120957.jpg
Chequers, TTDI merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan sajian 'American dinner'. Disini mereka menyediakan pelbagai jenis menu untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam yang mana sangat digemari oleh semula peringkat umur. 

Menu yang menjadi pilihan kami pada hari itu memang sedap-sedap... Memang kene sangat dengan tekak dan perut yang tengah kelaparan. Hahaha. 

Moo Moo waffle burger  

Double deck croque monsiuer
Melting moment


James paradise

2. Quartet

https://2.bp.blogspot.com/-_a-vPnYZ9TU/VuGOqjDUZbI/AAAAAAAAFs8/ae8u0zUHrBY/s640/P_20160305_123757_HDR.jpg
Quatet mendapat namanya kerana minat pemilik kafe ni terhadap muzik. Jika dilihat susun atur dan dekorasi dalaman kafe ini, Quatet memilih konsep vintage dan juga muzik Indie sebagai pilihan muzik yang dimainkan didalam kafe ini.


Jenis pilihan makanan juga dipilih mengikut kesesuaian citarasa tempatan dan sedikit elemen fusion.

Eggs rockkafella

Smoked salmon bagel



French toast



Tempe

3. Grumpycyclist


Grumpycyclist??? Dengar nama pun kita dah tahu bahawa kafe ni tampil unik seperti nama brandnya. Kafe ni dijadikan pit stop bagi penunggang-penunggang basikal untuk merehatkan diri selepas penat bersukan. Selain daripada itu, disini tersedia sebuah bengkel basikal kecil untuk membaiki basikal. haa,, nik kan kafe ni??

Dekorasi dalaman kafe ni lebih kepada berkonsepkan hipster. Menu kat kafe ni lebih kepada makanan kesihatan. Siapa yang on diet tu sesuai sangat makan makanan yang macam ni. Hehehe

Potato Pista

Oliver James

4. Pickle & Fig



Ni salah sebuah kafe yang aku suka. Suasana dalam kafe ni tenang. Kalau nak buat perbincangan ataupun meeting sesuai sangat. Dari segi menu pula, Pickle & Fig menawarkan makanan yang seimbang. Menu yangdihidangkan pada kami seperti Coronation chicken (caramelized onions, sliced chicken breast, coronation sauce, alfalfa, raisin), Panini dan rotkraut pastrami (beef pastrami, rotkraut, Russian dressing , cheese)

Nachos

Churos

Panini

Corronation Chicken

5. Thursday


Ni last kafe yang kami terjah. Fuhhh!! perut memang dah full time ni. Tapi makanan sedap pulak datang kat depan mata. Hahahha

Thursday adalah salah sebah kafe yang berkonsepkan Melbourne Architecture. Dekorasi yang sangat tersusun dan teratur memberi keselesaan kepada para pengunjung yang ingin datang bersantai. Lambang gigi digunakan sebagai logo dan trademark untuk kafe ni kerana ada cerita disebalik kisah gigi tersebut. Kalau nak cerita mahu tak habis sampai esok. Hehehe. Menu yang disediakan seperti:-

Egg Ham Pancake

Pesto Fettuccini

Haaa nampak tak?? Menarikkan semua makanan dekat kafe-kafe yang kitorang terjah ni. N satu pengalaman yang best untuk aku dan rakan yang lain. Tak susah pun kalau korang nak pergi ke kafe-kafe ni. Kalau korang layari lama web KetchUp Community, ada banyak lagi tempat makan menarik yang anda boleh jumpa. Terasa nak repeat lagi kafe-kafe ni semua. Sedap weyh!!!

Untuk info lanjut menegnai Ketchp:-


Facebook


Laman Web



Instagram

13 Comment:

Bonda Zahra said...

besnya dapat makan-makan;)

Fieza Sani said...

Tgk gambar menyelerakan..nyum nyum

Ahmad Afiq said...

Tempting nyaaa!!! Huhu

aduhhh .. tengok gambar pun terliurrrrrrrrr T_T

nyum2

huwaaaa..sedapnya makanan...laparrrr

Cikk Mimin said...

omm nomm nomm, sedap !!

Seronok dpt food hunting...tpt menarik. Boleh siap2 bookmark

sangat menarik kalau ada aktiviti begini..mesti best sangat kan..

Farah Dafri said...

makan je keje tapi tak gemuk. benci ko haha

Sedapnya semua makanan tu mera

yanie yusuf said...

memang besttttt

Mommy Cici said...

semuanya nampak sedap. especially Nachos tu