Cuti raya cina yang panjang ni aku ambil kesempatan pergi jalan-jalan cari makan kat area Batu pahat dengan keluarga aku. Emmm,, nampaknya ...

Mee Racun Tulang | Batu Pahat

4:50 PM Mera Hussain 2 Comments

Cuti raya cina yang panjang ni aku ambil kesempatan pergi jalan-jalan cari makan kat area Batu pahat dengan keluarga aku. Emmm,, nampaknya makin gemok laa aku... Hihihi


Awal-awal lagi memang kitorang dah plan nak pergi makan mee racun kat sini yang memang famous laa orang cakap. Ramai dah yang tahu tentang kedai makan ni. Mee racun Batu Pahat ni memang best. Mabelesss!!! 

Dulu masa aku belajar kat Batu Pahat, aku tak berkesempatan pun nak pergi makan kat sini. So, ni adalah kali pertama aku jejakkan kaki makan kat sini. Kesiankan aku. Hahah..

Ikhsan google
Ni adalah senarai menu yang terdapat kat kedai makan ni. Kat sini sebenarnya makanan biasa je.. cuma ada kelainan sedikit disebabkan menu mee racun tu.  Itu lah menu yang menjadikan tarikan orang ramai pada kedai makan kat sini. Haaa

Kedai ni dibuka dalam jam3.30 petang. Masa aku sampai orang pun tak ramai sangat. So, aku pun terus order apa yang aku nak makan. Hehehe.. Jom aku tunjuk sikit makanan yang aku order. Mohon terliuq naa! Heheheh

Mee racun special
Mee ni yang specialnya dia ade gearbox. Nampak tu siap bagi straw untuk kita sedut. Pewwwww.. layan abis. 
Mee racun biasa

Ada orang kata mee racun ni rasa dia macam mee bandung. Lepas aku rase seriously memang tak sama pun macam mee bandung. Mee racun ni lagi sedap  rasa dia berbanding dengan mee bandung.

Aku pernah cuba jugak makan mee racun kat tempat lain tapi tak sedap dan rase dia tak sama macam kat sini.  Hahaha.. mungkin tekak aku boleh masuk kot dengan masakan kat sini. Sebab lain orang lain rasanya kan?? Hehehe

Dari segi harga pulak ade perubahan sikit. Harga untuk mee racun special RM9.00 manakala mee racun biasa RM7.00. Pada aku harga yang diletakkan masih reasonable lagi. 

Yang buat lagi aku berselera makan kat sini sebab kat depan meja kitorang makan ada satu stall jual cendawan goreng. 





Cendawan goreng ni memang sedap. Tepung yang dia gunakan untuk goreng cendawan ni memang berbeza dengan orang lain buat.  Yang pasti rasa cendawan goreng ni tak sama dengan cendawan goreng yang jual kat gerai-gerai lain. Ni first time aku rasa cendawan goreng yang sedap, rangup dan tak berminyak.

Bayangkanlah mula-mula kitorang order satu tak cukup then order lagi satu set. Rupanya memang tak cukup jugak 2set. Kitorang order lagi satu set. Memang licin kitorang abiskan. Betul kakak aku cakap. Makan cendawan goreng ni bila makan satu nak dua. Hahaha...


Finally semua makanan berjaya dihabiskan. Perghhh memasing macam phiranana. Hahhaha.. Pada orang luar yang datang ke Johor aku rekemen pergi laa try makan kat sini. Sedap la... Aku rasa macam nak pergi lagi je ni. Hahaha

Alamat:-
TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel:-
+60 13-355 2978

2 Comment:

Farahain ZFA said...

uishhh , turun BP kena cari ni . hehehe :)

Dkna Abza said...

takut pulak nak makan.. buatnya betul ada racun hahahaa