Kenapa aku cakap kali ni Dilwale fantastic?? Sebabnye... Sambutan terhadap filem ini sangat menggalakkan dan mencatat rekod yang tertinggi ...

Kali ni Dilwale Fantastic!!

8:54 PM Mera Hussain 2 Comments

Kenapa aku cakap kali ni Dilwale fantastic?? Sebabnye... Sambutan terhadap filem ini sangat menggalakkan dan mencatat rekod yang tertinggi di panggung. Mana taknya.. aku beratur panjanv nak beli tiket sampai kat kaunter tiket habis.  Huhu.. Cayalah !

Jadi, sebagai tanda terima kasih, pihak Antenna Entertainment menjemput semua peminat Dilwale untuk menonton filem ini secara percuma pada 30 Januari 2016 yang lalu.. Hehehe.. Kalau korang nak tahu Antenna Entertainment ni laa yang bertanggungjawab membawa masuk filem Dilwale ni ke Malaysia. Haa..


Free Screening ni yang mulanya bertempat di GSC Pavillion telah ditukarkan ke Cathay E-Curve, Damansara. Jauh kau nak pergi. Macam-macam dugaan aku, kak Mas dan Razi tempuh nak pergi tengok Dilwale ni. Rasa macam mencabar sangat. Haihh! Tapi kerana Dilwale aku gagahkan jugak! Hehehe


Kalau nak ikut kan, ini baru kali kedua aku tengok cerita ni. Kalau panggung sebelah rumah aku, mesti hari-hari aku pergi tengok. Minat punye pasal kat SRK aku sanggup je. Huhuhu

Tayangan bermula jam 3.30petang. Tapi aku dan rakan-rakan yang lain dah sampai awal satu jam sebelum tayangan. Haa,, excited kemahen!! Nampak takk?? Kalau dah gila hindustan gini laa jadinye. Heheheh

Sebelum wayang start macam biasa laa, berganbar dulu kan. Hehehe

Bila Meera Dev Malik jadi hijabista macam ni laa rupa dia. Hahaha

 
Ada yang pakai pakaian mengikut tema. Betul-betul minat hidustan ni. Huhuhu

Sebelum hari tayangan, kitorang dah diberi itenary terlebih dahulu. Ada pertandingan best dressed jugak pada hari tu. Tapi disebabkan aku takde sari, kurta kurti tu bagai aku pakai je laa sesimple yang boleh. Tak macam kakak-kakak kat atas ni. Memang betul-betul ikut teman. Hahaha.. 

Pemenang  kategori best dressed
So, ni lah muka para pemenang untuk best dresses hari tu. Budak lelaki yang comel tu menang tempat pertama.. Padahal dia pakai baju SRK je.. Kalau aku tahu aku pakai baju Kajol. Mesti menang jugak... Hehehe

Lepas je menonton kitorang dihidangkan air dengan sandwich sorang satu. Memang terbaik lah.  Kenyang jugak perut lepas temgok wayang. Huhuhu


Sebelum semua balik, kita ambil gambar dulu nak bagi SRK. Hehehe
Terima kasih SRK Universe Malaysia dan Antenna Entertainment! memang seronok sangat aku tengok cerita ni. Hari-hari dok bergerua tak kira tempat. Hehehe.. Aku rasa peminat hindustan je kot yang dapat rasa feel macam aku. Hahaha.. Terima kasih sekali lagi atas jemputan.

Syok weyh bila dapat tengok ramai-ramai macam ni... Ramai jugak fans SRK ni termasuk laa aku. Hehehe.  Bukan senang nak dapat macam ni. Sangat berharga. Hehe..

Terima kasih sekali lagi Antenna Entertainments Sdn Bhd -Malaysia dan juga SRK Universe Malaysia. 


2 Comment:

Cikk Mimin said...

seronok. asal tak pakai baju diwali ?

mera yang jadi heroin dalam movie tu kan ? ehhh tu mera kajooll :P