Hujung minggu lalu aku dan rakan blogger Kelab Ben Ashaari saja buat gathering kat cafe ni. Hehehe saja lepak isi masa lapang... Lokasinya ...

Best Jugak Lepak Dekat Coffee Societe Ni!

2:18 PM Mera Hussain 6 Comments

Hujung minggu lalu aku dan rakan blogger Kelab Ben Ashaari saja buat gathering kat cafe ni. Hehehe saja lepak isi masa lapang... Lokasinya di Coffee Societe, Publika. Waaa!! Best jugak lepak sini! Hahaha


Macam biasa,  aku kalau masuk kedai makan aku suka perhati sekeliling. Hehehe.. Apa yang aku suka dekat cafe ni adalah dekorasi dan hiasan dalaman kedai ni. Cantik dan tersusun je. Selesa jugak lepak sini. Pandai diorang cari tempat. Huhuhu






*Gambar cantik ni hasil kepakaran abg lan.

Semenjak trend hipster melanda kat Malaysia ni macam-macam benda orang cipta untuk jadikan sesuatu tu nampak hipster. Power

Makanan pun sekarang dah banyak jugak yang hipster. Dasyaaattt. Hahaha.. Korang pergi lah kat mana-mana pun mesti jumpa punya cafe-cafe hipster. Samada korang tau atau tak je. 

Ni aku belanja korang gambar minuman yang kitorang minum. Meleleh tengok. Sedap oiiii!!! Hahaha








Makanan kat sini tak payah cakap laa..  Banyak sangat sampai tak tau nak makan ape. Hahaha








Korang kalau nak lepak boleh laa datang kat sini. Makanan sedap-sedap. Nasib la aku tak sihat hari tu. Kalau tak macam-macam dah aku makan. Order air sedap pun orang lain tolong habis kan. Hahaha.. Lepas ni aku terjah lagi cafe ni. Huhuhu

Cafe ni berada di blok D. Dibuka seawal jam 8.30 pagi hingga 11 malam manakala pada hujung minggu dan cuti umum cafe ni dibuka pada jam 10.30 pagi - 11 malam.

Untuk maklumat lebih lanjut , sila ke :
Facebook : CoffeeSociété
Instagram: www.instagram.com/coffeesociete
Hastag : #CoffeeSociete

6 Comment:

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan sensasi ini yang baru sahaja selesai bernikah sebentar tadi. Dengan sekali lafaz, Syatilla Melvin k...

Sekali Lafaz Syatilla Milik Shaheizy Sam

9:51 PM Mera Hussain 0 Comments

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan sensasi ini yang baru sahaja selesai bernikah sebentar tadi. Dengan sekali lafaz, Syatilla Melvin kini sah bergelar isteri kepada Shaheizy Sam. Huhuhu






**********************


Syatilla menerima hantaran sebanyak RM 10,082 dan 7 dulang hantaran dari pihak Sam.








Majlis akad nikah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sempat lagi si Sam ni buat prank kenekan si Syatilla tadi. hahaha.. Buat-bat pengsan konon. hahahhaa... Apa pun, tahniah diucapkan kepada keduanya. Selamatpengantin baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. 

Sumber Foto: TV9 Malaysia

0 Comment:

Cuti raya cina yang panjang ni aku ambil kesempatan pergi jalan-jalan cari makan kat area Batu pahat dengan keluarga aku. Emmm,, nampaknya ...

Mee Racun Tulang | Batu Pahat

8:50 AM Mera Hussain 2 Comments

Cuti raya cina yang panjang ni aku ambil kesempatan pergi jalan-jalan cari makan kat area Batu pahat dengan keluarga aku. Emmm,, nampaknya makin gemok laa aku... Hihihi


Awal-awal lagi memang kitorang dah plan nak pergi makan mee racun kat sini yang memang famous laa orang cakap. Ramai dah yang tahu tentang kedai makan ni. Mee racun Batu Pahat ni memang best. Mabelesss!!! 

Dulu masa aku belajar kat Batu Pahat, aku tak berkesempatan pun nak pergi makan kat sini. So, ni adalah kali pertama aku jejakkan kaki makan kat sini. Kesiankan aku. Hahah..

Ikhsan google
Ni adalah senarai menu yang terdapat kat kedai makan ni. Kat sini sebenarnya makanan biasa je.. cuma ada kelainan sedikit disebabkan menu mee racun tu.  Itu lah menu yang menjadikan tarikan orang ramai pada kedai makan kat sini. Haaa

Kedai ni dibuka dalam jam3.30 petang. Masa aku sampai orang pun tak ramai sangat. So, aku pun terus order apa yang aku nak makan. Hehehe.. Jom aku tunjuk sikit makanan yang aku order. Mohon terliuq naa! Heheheh

Mee racun special
Mee ni yang specialnya dia ade gearbox. Nampak tu siap bagi straw untuk kita sedut. Pewwwww.. layan abis. 
Mee racun biasa

Ada orang kata mee racun ni rasa dia macam mee bandung. Lepas aku rase seriously memang tak sama pun macam mee bandung. Mee racun ni lagi sedap  rasa dia berbanding dengan mee bandung.

Aku pernah cuba jugak makan mee racun kat tempat lain tapi tak sedap dan rase dia tak sama macam kat sini.  Hahaha.. mungkin tekak aku boleh masuk kot dengan masakan kat sini. Sebab lain orang lain rasanya kan?? Hehehe

Dari segi harga pulak ade perubahan sikit. Harga untuk mee racun special RM9.00 manakala mee racun biasa RM7.00. Pada aku harga yang diletakkan masih reasonable lagi. 

Yang buat lagi aku berselera makan kat sini sebab kat depan meja kitorang makan ada satu stall jual cendawan goreng. 





Cendawan goreng ni memang sedap. Tepung yang dia gunakan untuk goreng cendawan ni memang berbeza dengan orang lain buat.  Yang pasti rasa cendawan goreng ni tak sama dengan cendawan goreng yang jual kat gerai-gerai lain. Ni first time aku rasa cendawan goreng yang sedap, rangup dan tak berminyak.

Bayangkanlah mula-mula kitorang order satu tak cukup then order lagi satu set. Rupanya memang tak cukup jugak 2set. Kitorang order lagi satu set. Memang licin kitorang abiskan. Betul kakak aku cakap. Makan cendawan goreng ni bila makan satu nak dua. Hahaha...


Finally semua makanan berjaya dihabiskan. Perghhh memasing macam phiranana. Hahhaha.. Pada orang luar yang datang ke Johor aku rekemen pergi laa try makan kat sini. Sedap la... Aku rasa macam nak pergi lagi je ni. Hahaha

Alamat:-
TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel:-
+60 13-355 2978

2 Comment:

Kenapa aku cakap kali ni Dilwale fantastic?? Sebabnye... Sambutan terhadap filem ini sangat menggalakkan dan mencatat rekod yang tertinggi ...

Kali ni Dilwale Fantastic!!

8:54 PM Mera Hussain 2 Comments

Kenapa aku cakap kali ni Dilwale fantastic?? Sebabnye... Sambutan terhadap filem ini sangat menggalakkan dan mencatat rekod yang tertinggi di panggung. Mana taknya.. aku beratur panjanv nak beli tiket sampai kat kaunter tiket habis.  Huhu.. Cayalah !

Jadi, sebagai tanda terima kasih, pihak Antenna Entertainment menjemput semua peminat Dilwale untuk menonton filem ini secara percuma pada 30 Januari 2016 yang lalu.. Hehehe.. Kalau korang nak tahu Antenna Entertainment ni laa yang bertanggungjawab membawa masuk filem Dilwale ni ke Malaysia. Haa..


Free Screening ni yang mulanya bertempat di GSC Pavillion telah ditukarkan ke Cathay E-Curve, Damansara. Jauh kau nak pergi. Macam-macam dugaan aku, kak Mas dan Razi tempuh nak pergi tengok Dilwale ni. Rasa macam mencabar sangat. Haihh! Tapi kerana Dilwale aku gagahkan jugak! Hehehe


Kalau nak ikut kan, ini baru kali kedua aku tengok cerita ni. Kalau panggung sebelah rumah aku, mesti hari-hari aku pergi tengok. Minat punye pasal kat SRK aku sanggup je. Huhuhu

Tayangan bermula jam 3.30petang. Tapi aku dan rakan-rakan yang lain dah sampai awal satu jam sebelum tayangan. Haa,, excited kemahen!! Nampak takk?? Kalau dah gila hindustan gini laa jadinye. Heheheh

Sebelum wayang start macam biasa laa, berganbar dulu kan. Hehehe

Bila Meera Dev Malik jadi hijabista macam ni laa rupa dia. Hahaha

 
Ada yang pakai pakaian mengikut tema. Betul-betul minat hidustan ni. Huhuhu

Sebelum hari tayangan, kitorang dah diberi itenary terlebih dahulu. Ada pertandingan best dressed jugak pada hari tu. Tapi disebabkan aku takde sari, kurta kurti tu bagai aku pakai je laa sesimple yang boleh. Tak macam kakak-kakak kat atas ni. Memang betul-betul ikut teman. Hahaha.. 

Pemenang  kategori best dressed
So, ni lah muka para pemenang untuk best dresses hari tu. Budak lelaki yang comel tu menang tempat pertama.. Padahal dia pakai baju SRK je.. Kalau aku tahu aku pakai baju Kajol. Mesti menang jugak... Hehehe

Lepas je menonton kitorang dihidangkan air dengan sandwich sorang satu. Memang terbaik lah.  Kenyang jugak perut lepas temgok wayang. Huhuhu


Sebelum semua balik, kita ambil gambar dulu nak bagi SRK. Hehehe
Terima kasih SRK Universe Malaysia dan Antenna Entertainment! memang seronok sangat aku tengok cerita ni. Hari-hari dok bergerua tak kira tempat. Hehehe.. Aku rasa peminat hindustan je kot yang dapat rasa feel macam aku. Hahaha.. Terima kasih sekali lagi atas jemputan.

Syok weyh bila dapat tengok ramai-ramai macam ni... Ramai jugak fans SRK ni termasuk laa aku. Hehehe.  Bukan senang nak dapat macam ni. Sangat berharga. Hehe..

Terima kasih sekali lagi Antenna Entertainments Sdn Bhd -Malaysia dan juga SRK Universe Malaysia. 


2 Comment: